Followers

Friday, March 25, 2011

Gadis Cuba Bunuh Diri di KB MALL

HARI ini SC ingin berkongsi dengan pembaca setia blog SC daripada seantero dunia sebuah video cubaan seorang gadis untuk membunuh diri di salah sebuah Pusat Membeli Belah terkemuka di Kota Bharu Kelantan.

Pusat membeli belah tersebut dikenali dengan nama KB MALL. Kejadian ini baru sahaja berlaku kelmarin 24 Mac 2011 dan berita mengenai telah disiarkan di akhbar Harian Metro 25 Mac 2011. Inilah dunia semakin hari semakin tragis, macam-macam perkara tak masuk akal berlaku sejak akhir-akhir ini.

Video tersebut boleh di tonton oleh semua pembaca di bawah ini:

Video Gadis Cuba Membunuh Diri Di KB MALL

Inilah lumrah dunia, macam-macam perkara aneh terjadi sejak akhir-akhir ini. Paling memeranjatkan kejadian ini berlaku di sebuah bandaraya yang turut dikenali dengan jolokkan Bandara Raya Islam.

Sekarang ini timbul persoalan, adakah semakin hari semakin bertambah manusia yang tidak cukup dari segi mental dan bilangan pesakit mental semakin bertambah dari hari ke sehari

SC: Inilah dia....manusia semakin hari semakin hilang pertimbangan akal yang waras.

Monday, March 21, 2011

Iklan Kereta Kelakar

TERLEBIH dahulu SC ingin ucapkan terima kasih kepada semua pembaca setia blog SC, terima kasih kerana menjadi pembaca setia blog SC. Sumbangan anda semua amatlah SC hargai kerana tiada maknanya Blog tanpa pembaca setia seperti anda.

Hari ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua satu video Iklan Kereta yang amat lucu lagi melawakkan dan mungkin boleh membuatkan korang semua tak kering gusi menontonya. Jadikan video ini sekadar hiburan dan jangan sesekali meniru aksi yang ditunjukkan dalam video ini bak kata orang putih "Don't Try This At Home.

SC berharap video ini akan mampu membuat anda semua pembaca setia blog SC ketawa terbahak-bahak mahupun ketawa berdekah-dekah. Itulah hakikatnya. Tontonilah video Iklan Kereta Kelakar di bawah ini:



SC: Inilah yang baru boleh dinamakan iklan, tidak seperti kebanyakkan iklan yang ada.

Sunday, March 20, 2011

Red Warrior Menang Bergaya di Gelanggang Lawan


HARI ini SC ingin bercerita mengenai kejayaan Skuad Bola Sepak Kelantan atau lebih dikenali dengan nama The Red Warrior yang menempah tiket ke Separuh Akhir Piala FA. Apa yang menariknya perlawanan kali ini dikira kemenangan di Gelanggang Lawan walaupun ia diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-iv.

Semalam SC berkesempatan untuk ke Stadium tersebut dan apa yang SC dapat lihat ialah Stadium tersebut dibanjiri oleh penyokong-penyokong The Red Warrior kerana di dalam Stadium kelihatan warna Merah dan Putih sahaja yang nampak menyerlah.

Sebelum SC terlupa, Perlawanan tersebut adalah yang melibatkan Felda United melawan Kelantan. Keputusan apabila wisel penamat dibunyikan ialah Felda United -0 dan Kelantan -3, secara agregatnya Kelantan menang dengan jumlah agregat 5-2.

Daripada apa yang SC lihat di dalam perlawanan semalam ternyata, pengadil perlawanan di dalam perlawanan semalam lebih menyebelahi Felda United apabila beberapa kekasaran terhadap pemain Kelantan kebanyakkan diabaikan oleh Pengadil Perlawanan.

Perkara ini juga mendatangkan kemarahan kepada penyokong-penyokong Kelantan, sehingga ada yang gagal mengawal emosi membaling objek masuk ke dalam padang dan ada yang lebih berani membaling mercun ke dalam padang.

SC: Go...Go...Go Red Warrior....berjuanglah para Pahlawan Merah.

Friday, March 18, 2011

Hindarilah Negaraku daripada Bencana

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua pembaca setia blog SC sebuah sajak yang bertajuk Hindarilah Negaraku Daripada Bencana. Ini adalah bersesuaian dengan keadaan di mana negara Jepun yang baru sahaja dilanda Tsunami dan juga Gempa bumi baru-baru ini.

Sajak ini mungkin boleh dijadikan pedoman atau perigatan buat rakyat negara kita yang masih selamat maklum sahajalah Malaysia letaknya di lokasi yang selamat, berbanding negara-negara lain. Itulah kelebihan Malaysia, namun tidak semestinya lokasi kita yang selamat membolehkan kita buat apa sahaja yang kita suka, ingat sekali Allah turunkan bala dalam sekelip mata juga keselamatan yang kita nikmati sebelum ini akan hilang.

Hindarilah Negaraku Daripada Bencana

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku sungguh sedih dan pilu melihat derita rakyat Jepun
Tsunami yang membadai Jepun bukti kekuasaanmu
Aku sungguh takut dan gerun

Ya Allah Ya Tuhanku
Hindarilah negaraku daripada bencana
Aku bersyukur di atas nikmat pemberianmu
Kau peliharakanlah negaraku daripada sebarang bala bencana

Ketinggian ombak Tsunami
Benar-benar mengisafkan diriku
Harapanku agar negaraku tidak dilanda Tsunami
Wahai manusia insaflah di dalam dirimu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku memohon ampun sekiranya ada yang kau murka
Aku akan berusaha agar dosa jauh dari diriku
Aku pohon maaf kerana sesekali aku terleka

Marilah rakyat negaraku di luar sana
Sama-samalah kita bertaubat di atas dosa kita sebelum ini
Sudah tiba masanya kita menghindari dosa
Jangan tunggu sampainya Tsunami


Wednesday, March 16, 2011

Tsunami di Jepun


HARI INI SC ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca setia blog SC berhubung satu bencana alam yang menimpa negara matahari terbit iaitu Jepun. Bencana alam yang dimaksudkan ialah Tsunami dan Gempa Bumi yang melanda Jepun baru-baru ini.

Kejadian tersebut telah mengubah keadaan cuaca di negeri-negeri Pantai Timur apabila sepatutnya bulan Mac lazimnya cuaca-cuaca di negeri-negeri pantai timur adalah agak panas namun selepas Tsunami dan gempa di Jepun cuaca di negeri-negeri Pantai Timur berubah menjadi seakan-akan musim tengkujuh yang lazimnya melanda negeri-negeri pantai timur pada bulan November - Disember.

Inilah buktinya kekuasaan Allah, dengan kuasaNya Allah boleh buat dan salah satu tanda yang bahawa bumi ini adalah milik Allah. Kepada semua pembaca SC insaflah di atas perbuatan-perbuatan salah sebelum ini, jangan tunggu sehingga Allah menimpakan bala bencana baru nak bertaubat.

Di bawah ini SC sertakan video-video Tsunami di Jepun untuk renungan bersama:






SC: Insaflah di atas dosa-dosa anda, ingat lima perkara sebelum lima perkara.

Saturday, March 12, 2011

Filem Hikayat Merong Mahawangsa


ALHAMDULILLAH dengan Izin Allah s.w.t SC dapat bertemu sekali lagi dengan pembaca setia blog SC dan pada kali ini SC ingin berkongsi maklumat mengenai sebuah Filem Keluaran KRU Studio iaitu Hikayat Merong Mahawangsa.

Filem ini SC jangkakan akan meletup di pawagam-pawagam tanah air dan mungkin akan tersenarai di dalam senarai teratas Filem Box-Office Malaysia. Hikayat Merong Mahawangsa dibintangi oleh Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert
Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong,
W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali,Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida,
Kuswadinata, Mano Maniam, Ravi Sunderlingam.

Seperti biasa sudah menjadi tradisi bagi blog SC untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca setia blog SC, jadi kebetulan hari ini SC berkesempatan jadi penulis memutuskan untuk berkongsi maklumat filem ini dengan pembaca setia blog ini. SC juga turut menyediakan Trailer Video Hikayat Merong Mahawangsa sepertimana di bawah ini:

Hikayat Merong Mahawangsa Trailer



Apa yang SC dapat rasakan daripada apa yang kita dapat lihat daripada video trailer Hikayat Merong Mahawangsa, SC boleh simpulkan yang filem ini sangat menarik, walaubagaimanapun untuk dapatkan yang lebih jelas SC kena menonton dulu filem ini di pawagam.

SC: Jom ramai-ramai kita menonton Hikayat Merong Mahawangsa di Pawagam.

Friday, March 11, 2011

CSL Spice Mi700 DroidPad


KALAU semalam SC berkongsi dengan pembaca setia blog SC berkenaan dengan gajet Apple iPad 2 hari ini SC sekali lagi memilih untuk berkongsi maklumat gajet kali ini keluaran syarikat tempatan iaitu CSL.

CSL Spice Mi700 DroidPad dikeluarkan oleh CSL Malaysia. Buat masa ini harga pasaran semasa bagi CSL Spice Mi700 DroidPad adalah RM1599.00. Bagi pembaca yang mampu memiliki gajet ini bolehlah dapatkan di pasaran sekarang.

SC juga mendapat maklumat mungkin memberi berita gembira buat pembaca setia blog ini. DiGi menawarkan CSL Mi700 DroiPad ini pada harga cuma RM799 khas untuk pelanggan baru DiGi. Mengikut maklumat yang diberikan DiGi harga tersebut hanya diberikan kepada Pelanggan baru DiGi yang melanggan perkhidmatan DiGi dengan kontrak 24 Bulan atau dua tahun.

Spesifikasi CSL Mi700 DroidPad

Spesifikasi Am

Rangkaian:
UMT/HSDPA: 900/1900/2100 MHz or 850/1900/2100 MHz GSM/GPRS/EDGE : 850/900/1800/1900 MHz

Diumumkan:
September 2010

Status: Terdapat di pasaran

SAIZ:
Dimensi: 179.4 x 110 x 11.5 mm

Paparan:
Jenis: WVGA Capacitive Touch screen
Saiz: 7 Inci

MEMORI
Buku Telefon: Ya
Rekod Panggilan: Ya
Slot Kad: Ya

DATA
Sistem Operasi: Android 2.2
GPRS: Yes
HSCSD: Yes
EDGE: Yes
3G: Yes
WLAN: Yes
Bluetooth: Yes
Infrared Port: No
USB: Yes

CIRI-CIRI
Permainan: Ya
Warna: Biasa
Kamera: Ya

Lain-Lain:
Qualcomm MSM7227, 600 MHz
GSM / GPRS / UMTS / HSDPA
ROM: 512MB / RAM: 512MB
WLAN 802.11 b/g
BT 2.1+ EDR
GPS/AGPS
3 Megapixel camera with auto focus; VGA Front Camera
G-sensor + E-compass Sensor + Proximity + Ambient Light Sensor
micro-USB (USB 2.0 High-Speed); 3.5mm audio jack
microSD

PAKEJ:
Adapter Pengecas: 1
Kabel USB: micro-USB (USB 2.0 High-Speed)
Panduan Pengguna: 1

Bateri:
Bateri: 3240 mAh Li-Pol battery
Masa Sedia: Sehingga 400 Jam bergantung pada rangkaian
Masa Bercakap: 6 Jam berngantung pada rangkaian.






Komen Video
SC: Wah canggih juga walaupun keluaran syarikat Malaysia, siapa kata Malaysia tak boleh buat.

Thursday, March 10, 2011

Apple Ipad 2


HARI ini SC nak berkongsi dengan korang semua berkenaan dengan sebuah gajet yang baru diperkenalkan oleh Apple Inc. iaitu Apple Ipad 2. Tablet yang semakin popular sejak akhir-akhir ini telah dilaporkan menjadi rebutan ramai.

iPad 2 dikatakan lebih ringan dan lebih laju berbanding model yang sama taraf denganya daripada jenama-jenama yang dikeluarkan oleh jenama-jenama pesaing. Oleh yang demikian SC mengambil kesempatan untuk berkongsi maklumat dengan pembaca setia blog SC berkenaan dengan spesifikisasi Apple iPad 2 ini.

Berikut ialah spesisifikasi gajet ini:

Pilihan Storan: 16GB / 32 GB / 64 GB

Harga Anggaran:
16GB (RM1,500), 32GB (1,800), 64GB (RM2,100)WiFi sahaja
16GB (RM1,890), 32GB (2,180), 64GB (RM2,490)WiFi + 3G

Unit Pemprosesan Pusat (CPU):
Apple A5 1Ghz

Skrin: 9.7 inci 1024 x 768 piksel

Kamera: HD video (belakang), VGA (depan)

Hayat Bateri: 10 Jam

AUDIO: 3.5mm stereo audio jack

VIDEO: HD (720p) – 30 kerangka sesaat

DIMENSI: 185.7 x 241.2 x 8.8mm

BERAT: 601g (WiFi), 613g (WiFi+3G)

CIRI UNIK: pemprosesan laju, kamera depan belakang

Preview Video:


SC: Kalau ada duit SC nak beli lah satu, tapi tak lah bila dapatnya.

Wednesday, March 9, 2011

Ramli Sarip - Andai Ku Tahu

TERLEBIH dahulu SC memohon maaf kerana semalam SC tidak sempat mengemaskini blog SC kerana terlalu banyak kerja yang perlu SC bereskan. Hari ini SC ada masa terluang dan terlintas di benak pemikiran penulis untuk berkongsi dengan anda semua pembaca setia blog SC sebuah muzik video siap dengan liriknya sekali dendangan Ramli Sarip dan bertajuk "Andai Ku Tahu".

Sebenarnya lagu andai ku tahu ini adalah lagu tema ataupun runut bunyi untuk filem 2 Alam yang diterbitkan oleh syarikat yang dimiliki oleh Dr Rozmey. SC percaya sudah ramai pembaca di luar sana telah mengetahui siapakah Dr. Rozmey ini, terutamanya pengguna produk JusMate ala produk untuk melangsingkan badan itu.

Sebagai menambahkan pengetahuan pembaca setia SC Filem 2 Alam ini merupakan percubaan pertama kali Dr. Rozmey dan merupakan percubaan sulung di dalam penglibatan beliau di dalam industri perfileman. Anda semua boleh menonton video muzik tersebut di bawah ini:

Ramli Sarip - Andai Ku Tahu



Lirik Andai Ku Tahu - Ramli Sarip

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…


SC: Mungkin ada yang mendengar lagu ini akan merasa insaf, insafilah diri anda.

Sunday, March 6, 2011

The Wang And Only - Nothing On You

HARI ini SC nak berkongsi dengan pembaca setia blog ini yang budiman satu muzik video yang mungkin agak melucukan dan melawakkan sesuai untuk membuat anda semua ketawa sekeluarga mahupun seorang diri. Kata orang tanpa lawak tiada makna hidup. Jadi lihatlah muzik video persembahan The Wang And Only Productions yang menyanyikan semula lagu Noting on you secara miming .



SC percaya anda semua pasti akan terhibur dan ketawa terbahak-bahak apabila menonton video ini. Ramai orang yang SC sudah tunjukkan video ini sebelum ini ketawa terbahak-bahak apabila menontonya. Jadi apa tunggu lagi hiburkanlah diri anda sila lihat video di bawah ini:



The Wang And Only - Nothing On You

Saturday, March 5, 2011

Muatan Melebihi Had Dibenarkan

HARI INI SC ingin berkongsi dengan anda semua yang budiman satu gambar yang mungkin melucukan, kata orang sekeping gambar memberi seribu makna, jadi tak tahulah gambar ini memberi berapa juta makna, apa yang penting gambar ini melucukan.

Tajuk gambar ini ialah Muatan Melebihi had yang dibenarkan. Kalau di Malaysia sudah kena saman tak dengan Polis dengan JPJ pun boleh kena saman sini. So Don't try this at Malaysia ok. Hehe syok juga sesekali SC speaking ni. Biarpun English tunggang-langgang tetapi lebih baik mencuba daripada tidak mencuba kan.

Kat bawah nilah gambar yang SC maksudkan:
Angry face


SC: Semoga anda semua tertawa dengan gambar lucu ini di lain hari SC akan berikan gambar yang lain pula.

Friday, March 4, 2011

Kenali Kerosakkan Komputer Berpandukan Bunyi Beep

HARI ini SC ingin berkongsi dengan pembaca setia yang tidak jemu-jemu membaca blog SC yang tak seberapa ini dengan satu tips untuk mengenalpasti kerosakkan komputer berpandukan bunyi beep bios.

Pendek kata ini adalah sifir kerosakkan komputer berpandukan kepada bunyi beep yang anda akan dengar di komputer peribadi masing-masing. Kerosakkan biasanya akan lebih mudah dikesan sekiranya kita mengetahui sifir Error Beep komputer anda.

Di bawah ini SC senaraikan beberapa keterangan bunyi beep dan jenis kerosakkan yang komputer anda alami:

Beep Code Kerosakkan
1 short DRAM refresh failure
2 short Parity circuit failure
3 short Base 64K RAM failure
4 short System timer failure
5 short Process failure
6 short Keyboard controller Gate A20 error
7 short Virtual mode exception error
8 short Display memory Read/Write test failure
9 short ROM BIOS checksum failure
10 short CMOS shutdown Read/Write error
11 short Cache Memory error
1 long, 3 short Conventional/Extended memory failure
1 long, 8 short Display/Retrace test failed

SC: Moga-moga dengan tips ini akan memberi anda tips yang berguna.

Tuesday, March 1, 2011

Dadali - Disaat Aku Mencitaimu

HARI ini SC ingin berkongsi dengan pembaca setia blog Sembang Cerita sebuah lagu yang semakin hangat di pasaran sejak kini. Lagu yang dinyanyikan oleh Dadali bertajuk Disaat aku Mencitaimu pasti akan menghiburkan anda semua semoga terhibur dengan lagu ini.

SC tahu bercakap mengenai lagu tidak sah kalau tiada liriknya jadi SC akan sertakan sekali lirik lagu nyanyian Dadali Disaat Aku Mencitaimu. Boleh jugak lah kalau korang nak layan lagu ni dengan tekun sekali.

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu



Lirik:

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


SC: Asyik juga mendengar lagu ni...memang layanlah orang kata...sesuai untuk mat-mat jiwang karat.