Followers

Wednesday, March 9, 2011

Ramli Sarip - Andai Ku Tahu

TERLEBIH dahulu SC memohon maaf kerana semalam SC tidak sempat mengemaskini blog SC kerana terlalu banyak kerja yang perlu SC bereskan. Hari ini SC ada masa terluang dan terlintas di benak pemikiran penulis untuk berkongsi dengan anda semua pembaca setia blog SC sebuah muzik video siap dengan liriknya sekali dendangan Ramli Sarip dan bertajuk "Andai Ku Tahu".

Sebenarnya lagu andai ku tahu ini adalah lagu tema ataupun runut bunyi untuk filem 2 Alam yang diterbitkan oleh syarikat yang dimiliki oleh Dr Rozmey. SC percaya sudah ramai pembaca di luar sana telah mengetahui siapakah Dr. Rozmey ini, terutamanya pengguna produk JusMate ala produk untuk melangsingkan badan itu.

Sebagai menambahkan pengetahuan pembaca setia SC Filem 2 Alam ini merupakan percubaan pertama kali Dr. Rozmey dan merupakan percubaan sulung di dalam penglibatan beliau di dalam industri perfileman. Anda semua boleh menonton video muzik tersebut di bawah ini:

Ramli Sarip - Andai Ku Tahu



Lirik Andai Ku Tahu - Ramli Sarip

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…


SC: Mungkin ada yang mendengar lagu ini akan merasa insaf, insafilah diri anda.

No comments:

Post a Comment