Followers

Wednesday, March 16, 2011

Tsunami di Jepun


HARI INI SC ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca setia blog SC berhubung satu bencana alam yang menimpa negara matahari terbit iaitu Jepun. Bencana alam yang dimaksudkan ialah Tsunami dan Gempa Bumi yang melanda Jepun baru-baru ini.

Kejadian tersebut telah mengubah keadaan cuaca di negeri-negeri Pantai Timur apabila sepatutnya bulan Mac lazimnya cuaca-cuaca di negeri-negeri pantai timur adalah agak panas namun selepas Tsunami dan gempa di Jepun cuaca di negeri-negeri Pantai Timur berubah menjadi seakan-akan musim tengkujuh yang lazimnya melanda negeri-negeri pantai timur pada bulan November - Disember.

Inilah buktinya kekuasaan Allah, dengan kuasaNya Allah boleh buat dan salah satu tanda yang bahawa bumi ini adalah milik Allah. Kepada semua pembaca SC insaflah di atas perbuatan-perbuatan salah sebelum ini, jangan tunggu sehingga Allah menimpakan bala bencana baru nak bertaubat.

Di bawah ini SC sertakan video-video Tsunami di Jepun untuk renungan bersama:






SC: Insaflah di atas dosa-dosa anda, ingat lima perkara sebelum lima perkara.

No comments:

Post a Comment