Followers

Sunday, August 7, 2011

CCleaner


PADA KALI ini SC ingin berkongsi dengan para pembaca setia mahupun pembaca baru blog Sembang Cerita sebuah perisian yang amat berguna untuk komputer /PC korang semua. Perisian/software tersebut dikenali dengan nama CC Cleaner.

Di mana fungsi perisian ini ialah memadam mana-mana data yang dirasakan tidak perlu bagi melancarkan lagi sistem operasi komputer anda semua. Anda semua jangan risau proses yang digunakan semasa memadam tidak akan menganggu atau menyebabkan kerosakkan kepada sistem operasi komputer anda kerana proses tersebut diadakan secara selamat.

Selain itu, perisian CC Cleaner ini juga mampu membantu anda untuk membaikpulih sistem Registry Windows komputer anda. Fungsi Registry Cleaner yang disediakan oleh CC Cleaner akan melancarkan lagi perjalanan sistem operasi komputer anda.

Bagi mereka yang mahu penerangan video boleh menontonya di bawah ini:


Bagi yang sudah berpuas hati dengan penerangan yang ditunjukkan di dalam video tersebut bolehlah Muat Turun CCleaner sekarang.

SC: Apa lagi kepada pemilik-pemilik komputer di luar sana jangan tunggu lama-lama muat turunlah perisian ini dengan seberapa segera.

No comments:

Post a Comment