Followers

Monday, August 19, 2013

Filem KL Zombie

FILEM baru yang akan ditayangkan di pawagam 29 Ogos 2013 nanti ialah filem KL Zombie. Oleh yang demikian hari ini SC mengambil keputusan untuk berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan filem ini yang dijangka akan mendapat sambutan hangat penonton.

Menurut laman blog budiey, filem ini sememangnya wajar menjadi senarai wajib tonton anda sekiranya anda inginkan sesuatu yang lain di dalam industri perfileman kita. Menurutnya lagi filem ini berdasarkan skrip yang mencuit hati dan dijangka bakal mengelikan hati dan menghiburkan hati penonton.

Menurut buzzera pula, filem ini memang patut menjadi filem wajib tonton terutamanya kepada pengemar-pengemar filem-filem tempatan, Filem ini diadatapsi daripada novel Fixi yang berjudul Zombijaya dan diarahkan oleh Woo Ming Jin.



SC merasakan tidak lengkap kalau kita bercerita mengenai filem tetapi tidak bercerita mengenai sipnopsis filem tersebut. Terlebih dahulu sebelum SC bercerita mengenai sipnopsis filem tersebut adalah lebih elok SC memperkenalkan para pelakon yang membintangi filem tersebut.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini adalah Zizan Razak Raja Lawak Astro yang memegang watak utama dalam filem ini sebagai Nipis. Selain itu, filem ini turut dibintangi oleh pelakon baru yang berbakat besar seperti Siti Saleha, Izara Aishah, Faizah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani.

SIPNOPSIS FILEM KL ZOMBIE

Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat resam ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?

Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan.

5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergumbira pada malam sambutan tahun baru di lembah klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke sarawak dan ke seluruh malaysia. dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis - seorang kaki teori konspirasi - mencadangkan mereka berpindah ke putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.

Dijangka ditayangkan pada tahun 2013, filem KL Zombie sememangnya merupakan filem yang harus ditonton jika anda ingin menyaksikan sesuatu yang berlainan dalam industri filem kita.

VIDEO TRAILER KL ZOMBIE


Sembang Cerita: 
Memang menarik filem ini rugilah kalau anda semua terlepas peluang untuk menonton filem ini. Jadi apa lagi 29.08.2013 sama-samalah kita ke pawagam.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment