Followers

Thursday, November 12, 2015

Mat Rempit Dulu Mat Rempit Sekarang

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua satu info mungkin juga berguna untuk anda semua. Info ini juga mungkin juga boleh dijadikan fakta sekiranya anda semua memerlukan fakta. Hari ini SC akan menyentuh sedikit berkenaan Mat Rempit, bukan bermakna SC menggalakkan aktiviti rempit tetapi sekadar untuk memberi anda semua pengetahuan tambahan tentang mat rempit.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, rempit ialah aktiviti yang dikaitkan dengan lumba haram menggunakan motosikal. Sekali lagi SC tegaskan di sini, artikel SC kali ini bukanya bertujuan untuk memberi definisi mengenai rempit tetapi dengan definisi ini membantu kita memahami apa itu yang dikatakan dengan rempit.

Kali ini SC hanya mahu membincangkan beza Mat Rempit dulu dan Mat Rempit Sekarang.

MAT REMPIT DULU

  1. Muka mereka selelalunya seperti muka pecah rumah.
  2. Mereka kurang membuat aksi bahaya di jalan raya yang sibuk.
  3. Mereka lebih gemar lumba haram daripada membuat aksi-aksi lagak ngeri.
  4. Topi kaledar yang paling top bagi mereka ialah SGV dan Magnum.
  5. Apollo dan MS88 dia tolak tepi kalau siapa pakai memang kena hina.
  6. Kurang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
  7. Kurang terlibat dengan kes-kes jenayah selain daripada trafik.
  8. Tidak kenal apa itu ketum
  9. Tidak kenal apa itu mebron
  10. Tidak kenal apa itu Metapethamine
  11. Hanya mengubah suai motor mengikut kemampuan kewangan masing-masing.



MAT REMPIT SEKARANG

  1. Kebanyakkan mat rempit sekarang muka jambu.
  2. Mereka kerap membuat aksi bahaya di jalan raya yang sibuk.
  3. Mereka gemar lumba haram dan aksi lagak ngeri.
  4. Topi Kaledar Arai dan Shoei menjadi pilihan utama.
  5. MS88 dan Magnum serta Bell menjadi pilihan kedua.
  6. Ramai yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
  7. Ramai yang terlibat dengan kes jenayah termasuklah kesalahan trafik.
  8. Kenal apa itu ketum
  9. Kenal apa itu membron
  10. Kenal apa itu Metapethamine 
  11. Ubah suai motor di luar kemampuan biar papa asal bergaya.


SC: Betul atau salah anda semua fikirkanlah sendiri. 

No comments:

Post a Comment