Followers

Friday, April 15, 2016

CDM Maybank Terima Not RM1 dan RM5

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan Mesin Deposit Tunai atau dalam Bahasa Inggerisnya Cash Deposit Machine (CDM) terbaru yang ditawarkan oleh pihak Maybank untuk keselesaaan pelangganya. CDM ini merupakan penambahbaikkan yang telah dibuat Maybank bagi memudahkan pelanggan-pelangganya. 

Pengenalan perkhidmatan ini memberikan satu kelebihan buat Maybank di mana ianya tidak ditawarkan oleh bank-bank lain. Lazimnya CDM bank-bank lain hanya menerima NOT RM10, RM20, RM50 dan RM100 sahaja. Dengan adanya CDM ini pelanggan mempunyai pilihan untuk samaada menggunakan perkhidmatan kaunter untuk mendeposit Duit RM1 dan RM5 ataupun mereka yang ingin cepat menyelesaikan urusan perbankkan bolehlah menggunakan perkhidmatan layan diri ini. 

SC ingin mencadangkan kepada bank-bank lain supaya turut memperkenalkan mesin deposit tunai yang menerima not RM1 dan RM5, secara tidak langsung ia mampu menggalakkan rakyat negara ini menabung demi kesejahteraan di masa depan. SC mengucapkan tahniah kepada Maybank kerana menawarkan perkhidmatan ini untuk pelanggan-pelangganya.

Sebelum ini pelanggan akan terpaksa berurusan di kaunter perkhidmatan perbankkan yang mengambil masa yang lama bagi membolehkan urusan deposit wang mereka selesai terutamanya di hari-hari pihak bank yang terpaksa melayan kunjungan ramai pelangganya seperti di awal minggu dan juga dihujung minggu. 


SC berharap pihak bank yang lain juga akan menuruti jejak langkah pihak Maybank bagi menawarkan Mesin Deposit Tunai yang menerima not RM1 dan RM5 kerana ia sekaligus mendatangkan keuntungan buat bank tersebut, tidak ada kerugian bagi pihak bank sekiranya menawarkan perkhidmatan ini demi keselesaan pelangganya.

Dalam masa yang sama SC berharap pihak Maybank juga menambah bilangan Mesin Deposit Tunainya yang boleh menerima not RM1 dan RM5 di masa-masa yang akan datang. SC percaya ia mampu menarik lebih ramai pelanggan untuk menyimpan dengan Maybank. Tahniah sekali lagi SC ucapkan pada Maybank di atas inovasi yang berguna ini.

No comments:

Post a Comment