Followers

Friday, September 8, 2017

Abang Lori Tenonenonet

LAMA juga SC tak mengemaskini blog ini kerana kesibukkan tugas SC, hari ini bagi tidak menghampakan anda semua SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua sebuah lagu beserta lirik yang tengah hangat di pasaran masa kini. Lagu tersebut adalah lagu Abang Lori Tenonenonet.

LIRIK LAGU ABANG LORI TENONENONET

begini nasib jadi pemandu lori
kesana sini tiada yang menemani
harap kelindan semua tak dan
kuat membuta setiap masa di jalan
tenonenonet

ehhh bangunlah, tenonenonet
ehh diamlah, tenonenonet

kadang di jalan, aku merasa bosan
buka radio, dengar satu rancangan
cerita seram, tentang bunian
tiba – tiba muncul bau wangi wangian

tenonenonet
ehh bangun daa seram daa
tenonenonet
ehh diam daa ngantuk daa

tiba di simpang, aku merasa hairan
terlihat gadis, cantik manis rupawan
berjalan seorang, di tengah malam
terlintas berbagai di pikiran

lemah gemalai dia membawa uncang
tertanya hati kemanakah tujuan
ku perlahankan laju, lihat cermin sisiku
adakah ia masih di situ
woooooooo..

*music…

terlihat jelas ia senyum padaku
membuat hati ku jadi tak menentu
ku hentikan loriku, ku ajak bersamaku
siapa tau sehala tuju

ingin ku tanya cik adik nak kemana
tapi ku ragu adakah ia nyata
ku beranikan diri, ku baca ayat kursi
dan aku pun terus bertanya

awak mahu kemana
saya ingin kesana
sudikah abang hantar
boleh wahai cik abang

buat apa kesana
saya menuju pulang
cukup sampai di simpang
saya jalan seorang

sampai disimpang, aku terasa seram
di tengah hutan, kawasan perkuburan
panas pipiku, bagai di tampar auuuuww
rupanya si kelin dan kejut suruh jalan

Earn free bitcoin

Saturday, August 19, 2017

Boboiboy Galaxy Episod 5

MUNGKIN ada pembaca blog SC ini merupakan peminat setia siri animasi Buatan Malaysia yang sememangnya diminati oleh semua golongan tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa kerana sememangnya animasi ini memang universal jadi bebaslah di antara kita untuk menjadi peminat animasi ini atau tidak kerana animasi memang dicipta memang untuk semua golongan dan bukanlah hanya untuk kanak-kanak semata-mata. 

Animasi yang SC maksudkan ialah Boboiboy Galaxy. Sebenarnya ini bukanya baru sahaja berkongsi video animasi ini, sebelum SC telah kongsikan sebanyak 4 Episod. Dalam posting SC pada hari ini SC masukkan Boboiboy Galaxy Episod 5 khas untuk tontonan anda semua selaku pembaca setia blog ini walaupun blog ini sebenarnya tak seberapa kalau nak dibandingkan blog-blog lain yang lagi top kedudukanya.

Marilah bersama kita mengembara bersama Boboiboy beserta rakan-rakan seperjuanganya. SC hendak ingatkan di sini bahawa walaupun ia hanya siri animasi tetapi kita tidak boleh memandang rendah kepada animasi ini kerana bukan semua orang dikurniakan bakat besar untuk menjadi seorang animator .

Thursday, August 17, 2017

Ribut Kencang di Paka Terengganu Pada 14 Ogos 2017

BEBERAPA hari yang lalu satu kejadian ribut kencang telah melanda Paka. Paka merupakan salah sebuah daerah di dalam naungan Kerajaan Negeri Terengganu, di mana Sultan bagi negeri Terenganu ialah DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin dan kerajaan negerinya diketuai oleh YAB Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif.

Dilaporkan bahawa ribut kencang itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa. Alhamdullillah semuanya selamat. Kejadian ribut tersebut sebenarnya telah berjaya dirakam dan turut menjadi viral di media sosial. Oleh yang demikian SC pun ingin turut berkongsi rakama video amatur tersebut kepada anda semua selaku pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini.

Video tersebut telah merakamkan detik-detik cemas berlakunya ribut kencang berhampiran loji penapisan minyak di Kerteh. Melihat video tersebut SC sangat terkejut dan berharap tiada yang menjadi korban mangsa ribut kencang tersebut, Alhamdulillah sepertimana yang dilaporkan tiada kemalangan jiwa akibat daripada ribut kencang itu berlaku.

Tuesday, August 15, 2017

Y15ZR Drag Race 2017

MAJULAH sukan untuk negara. SC percaya ada di antara anda semua adalah peminat sukan dunia pemotoran oleh yang demikian hari ini SC nak kongsikan dengan anda semua Video Perlumbaan Drag Race menggunakan jentera Yamaha Y15ZR yang di adakan di Gong Badak, Kuala Terengganu, Malaysia. 

Mungkin video ini dapatlah memberikan anda semua  tontonan perlumbaan berkenaan yang mungkin ada di antara anda semua yang meminati sukan permotoran tetapi tidak berkesempatan untuk berkunjung ke Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia kerana kesibukkan tugas ataupun tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup. Oleh itu, sebagai mengubat kerinduan anda semua kepada sukan permotoran SC kongsikan video perlumbaan Drag Race tersebut untuk tatapan pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini. 

Dalam masa yang sama, SC berharap bagi memastikan bahawa Dunia Sukan Permotoran negara terus mendapat tempat di hati peminat sama-samalah kita termasuklah anda semua memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada sukan dunia permotoran ini dengan hadir ke mana-mana tempat yang menganjurkan perlumbaan 'halal' ini. 

Sunday, August 13, 2017

House Tour Aiman Tino

SC percaya ramai daripada anda semua yang mengenali penyanyi muda yang berbakat besar. Penyanyi yang SC maksudkan itu ialah Aiman Tino. Mungkin ada diantara anda semua bukan sahaja mengenali Aiman Tino malah ada yang merupakan peminat Aiman Tino dan mungkin juga ada di antara anda semua adalah die hard fan Aiman Tino. Oleh itu, pada artikel SC kali ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua satu video House Tour ke Rumah Aiman Tino. 

Aiman Tino sememangnya penyanyi yang mempunyai bakat besar dan lagu-lagunya ternyata mendapat tempat di hati peminat-peminat industri muzik tanah air kita, malah populariti Aiman Tino juga berkembang cepat mungkin kerana beliau bukan sahaja penyanyi yang berbakat besar malah mempunyai paras rupa yang menarik ala-ala jambu gitu. 

Kali ini apakata kita melawat ke rumah beliau menerusi Video yang telah pun menjadi Viral di media sosial. Namun, kali ini SC pula ingin berkongsi video yang dihostkan oleh Aiman Tino itu sendiri kepada pembaca setia blog SC ini. SC berharap video ini mampu memberikan info berguna terutamanya kepada die hard fan Aiman Tino ini. 

Friday, August 11, 2017

Lirik Lagu Senorita (OST Abang Long Fadil 2)

FILEM Abang Long Fadil 2 akan menemui kita di pawagam berhampiran dengan anda semua pada 24 Ogos 2017 nanti, oleh yang demikian bagi membawa semangat kepada anda semua untuk menonton filem yang dijangka mendapat kutipan Box Office. Disebabkan itulah pada kali ini SC ingin berkongsi dengan anda semua lirik lagu beserta muzik video Senorita yang menjadi lagu runut bunyi /Original Sound Track (OST) untuk filem Abang Long Fadil 2.

Mungkin dengan perkongsian ini dapat meningkatkan semangat anda semua untuk menonton filem ini. Filem ini juga dikhabarkan banyak memaparkan aksi-aksi yang menarik dan mampu membuatkan anda semua terhibur dengan aksi-aksi yang dimuatkan di dalam Filem Melayu yang bergenre aksi ini. Lagu OST untuk filem ini yang bertajuk Senorita dinyanyikan oleh Dato AC Mizal, Syamsyul Yusof dan Shuib. Bukan sebarang artis yang membawa lagu ini masing-masing ada kelebihan sendiri.

Selepas menonton Video Muzik Senorita ini SC cadangkan kepada anda semua supaya jangan lupa pula untuk ke pawagam-pawagam yang berhampiran dengan anda semua bagi penonton filem yang dijangka mencapai kutipan pecah panggung, tak lain tak bukan filem Abang Long Fadil 2 di mana Zizan Razak adalah pemegang watak utama dalam filem ini. 

LIRIK LAGU SENORITA (OST ABANG LONG FADIL 2)
Artis: Dato AC Mizal, Syamsyul Yusof, Syuib

Wednesday, August 9, 2017

Benelli RFS 150i

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua sebuah model motosikal yang baru sahaja berada di pasaran negara kita Malaysia tanah tumpahnya darahku. Motosikal yang SC maksudkan ialah Benelli RFS 150i. Mungkin anda semua boleh menggunakan maklumat-maklumat yang SC kongsikan kepada anda untuk membuat pilihan samaada anda mahu beli atau tak nak beli motosikal tersebut. 

Motosikal tersebut adalah keluaran Benelli. Benelli merupakan syarikat pengeluar motosikal yang ditubuhkan pada tahun 1911 lagi, pendek kata Benelli ni sudah lama dalam bidang pengeluaran motosikal jadi pengalaman tersebut mungkin boleh dijadikan ukuran kepada anda semua untuk membuat keputusan samaada mahu membeli atau tak model tersebut. 

Ok lah sebelum SC melalut lebih lagi lebih baik kita menumpukan kepada penerangan tentang spesikifasi motosikal Benelli RFS 150i ini. Ye lah kalau kita nak beli motosikal sudah tentu kita perlu tahu spesifikasinya nanti barulah kita boleh buat perbandingan.

SPESIFIKASI MOTOSIKAL BENELLI RFS 150i

Monday, August 7, 2017

I Am Me - Datuk Seri Vida

SIAPA tak kenal dengan Datuk Seri Vida pengasas Vida Beauty di mana produk beliau yang paling famous adalah Pamoga dan Qu Puteh....Putih...putih ini barulah puteh. Kini DSV telah menambah satu lagi profesionya apabila kini beliau sudah bergelar penyanyi dengan terbitnya Single Pertama Datuk Seri Vida yang bertajuk I Am Me.

Hari ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua lirik lagu tersebut beserta dengan muzik videonya sekali semoga anda semua terhibur mendengar lagu nyanyian businesswoman dan juga jutawan yang paling kontroversi di Malaysia ini. 

Mungkin ramai juga yang membenci DSV ini, tetapi bagi SC ia perkara biasa kerana kita tidak mampu puaskan hati semua orang sepertimana cerita ayah dan anaknya beserta seekor unta. Hendak dijadikan cerita si anak berjalan bersama ayahnya sambil mengheret seekor unta, lalu datang orang berkata "Apa lah orang ni ada unta tak naik tapi sanggup berjalan kaki" mendengar kata-kata orang itu si ayah pula menunggang unta tersebut. Namun di pertengahan jalan mereka terserempak lagi dengan orang kali ini orang itu berkata pula "Kenapalah si ayah itu membiarkan anaknya jalan kaki sedangkan dia menunggang unta". Ekoran daripada itu si ayah pun mengarahkan anaknya untuk menunggang unta dan si ayah berjalan kaki. Selepas beberapa lama meneruskan perjalanan mereka sekali lagi mereka dengan terserempak dengan orang kali ini orang itu berkata "Apalah anak dia tu sanggup biarkan ayahnya yang sudah tua berjalan kaki sedangkan anak yang muda bertenaga itu menunggang unta". Mendengar kata-kata itu si ayah sekali lagi menukar strategi kali ini mereka berdua pula menunggang unta tersebut. Di pertengahan jalan mereka sekali lagi di sapa orang kali ini orang itu berkata "Zalimnya dua beranak ini kesian dekat unta tu terpaksa menanggung beban sampai dua orang". Berdasarkan cerita ini kesimpulanya kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang jadi bagi orang-orang kat luar sana henti-hentilah kecam DSV.

Sebenarnya SC sendiri mempunyai hati dan perasaan terhadap DSV tapi apakan daya DSV lebih memilih untuk David Beckham. Lagipun SC faham hanya satu sahaja kriteria SC yang memenuhi kriteria yang DSV mahukan iaitu muda yang lain tu semuanya SC tak ada. Nak buat macamana tak ada jodoh jadi SC redho dan pasrah sahaja bahawa hati DSV tidak akan menjadi milik SC.

LIRIK LAGU I AM ME
ARTIS: DATUK SERI VIDA 

Saturday, August 5, 2017

War For The Planet Of The Apes (2017)

WAR FOR THE PLANET OF THE APES hari ini menjadi pilihan SC untuk dikongsi dengan anda semua. Satu filem yang menarik dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Padat dengan aksi dan mempunyai mesej yang tersendiri. Filem ini turut dikenali dengan nama Planet Of Apes 3.

Filem Planet of Apes 3 ini bukan sahaja padat dengan aksi, elemen kekeluargaan, mengajar untuk kita bertimbang rasa malah turut padat dengan aksi-aksi lucu yang akan membuatkan anda semua tak kering gusi di buatnya.

SC sendiri pun sudah menontonnya di pawagam, ternyata tidak mengecewakan. Lima bintang SC bagi untuk filem ini, memang berbaloi beli tiket panggung wayang untuk menonton filem aksi yang berngenre sains fiksyen ini.

Sipnopsis Filem War For The Planet Of The Apes (Planet OF Apes 3)

Sunday, July 30, 2017

Kisah Sang Rasul

Lagu Qasidah yang kini menjadi viral. Tajuk lagu Qasidah tersebut ialah Kisah Sang Rasul. Lagu yang amat menarik dan mampu membuat anda semua terhibur mendengarnya. Tambah menarik lagi bukan sahaja lagu ini mampu membuat anda semua terhibur malah ia turut membuatkan kita memperingati junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W sebagai Rasul yang ke 25.

Hari ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua bukan sahaja video lagu Kisah Sang Rasul malah SC juga ingin turut berkongsi lirik lagu tersebut dengan anda semua selaku pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini, masih lagi setia walaupun kadang-kadang SC tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini kerana kesuntukkan masa kerana terlalu banyak tugas-tugas rasmi berkait dengan kerja yang SC perlu habiskan terlebih dahulu.

Lagu ini bermaksud Burung Berkicauan Teramat Bahagia

SC berharap lagu ini mampu memberikan hiburan buat anda semua, di kesempatan ini juga SC ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana terus memilih Blog SC sebagai sumber rujukan, SC akan cuba memberikan yang terbaik buat anda semua pembaca setia blog SC ini. Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua pembaca setia blog SC ini. 

Friday, July 28, 2017

Honda RS150 Dengan Turbo

PADA posting SC pada kali ini SC ingin berkongsi dengan anda semua video sebuah motosikal yang telah diubahsuai dan dilengkapkan dengan sistem turbo. Pengubahsuaian telah dibuat ke atas Motosikal berjenama Honda dan modelnya adalah Honda RS 150. Hebat betul motor pun pakai turbo sekarang ni. Jangan main-main tau. 

Cuba anda semua bayangkan bagaimana sebuah motosikal yang dilengkapkan dengan turbo, apakah kehebatan tersembunyi motosikal ini? Adakah dengan memasang sistem turbo di motosikal ini mampu membuatkan motosikal ini mampu terbang sepertimana kapal terbang. 

Bagaimana pula kalau semua motosikal yang ada kat atas dunia yang fana ini dilengkapkan dengan sistem turbo. Berapakah kelajuan yang motosikal tersebut mampu cecah selepas sistem turbo ini dapat dipasang di motosikal tersebut. Berapakah kos untuk memasang sistem turbo pada motosikal mereka. 

Wednesday, July 26, 2017

Penipuan Skim Cepat Kaya

BERCAKAP mengenai nak jadi kaya, SC percaya sudah tentu ramai anda semua di luar sana yang mahu cepat kaya. Mungkin ada sesetengah orang tapi bukan semua yang berpandangan jika mereka kaya mereka akan bahagia walaupun sebenarnya ia sebaliknya ramai yang kaya di luar sana tidak mampu mendapat kebahagiaan kerana wang ringgit bukanya dapat membeli kebahagian. 

Berbalik kita kepada isu skim cepat kaya ini. Ramai orang yang terlalu fanatik untuk menjadi kaya apatah lagi jika ada jalan pintas untuk mereka menjadi kaya sudah tentu mereka jalan itu sehinggakan mereka lupa bahawa tiada jalan mudah untuk menjadi kaya hinggakan terpengaruh dengan skim-skim cepat kaya akhir sekali mereka tertipu dengan skim yang menjanjikan bulan dan bintang ini.

Hari ini SC ingin berkongsi tips dengan anda semua berhubung penipuan skim cepat kaya ini. SC akan memberi ilmu yang berguna buat anda semua agar kita semua tidak tertipu lagi dengan skim yang mengarut ini. 

1. Saya mempunyai modal tunai sebanyak RM100, 000 saya buka satu syarikat/skim yang ada tawar 3 pakej pelaburan kepada orang ramai:
A. Gold - RM400
B. Platinum - RM4000
C. Diamond RM 40,000

Monday, July 24, 2017

BoBoiBoy Galaxy Episod 4

KALI ini SC ingin berkongsi dengan anda sambungan siri animasi tempatan yang begitu popular dan viral dewasa ini iaitu BoboiBoy Galaxy. Sebelum ini SC telah berkongsi dengan anda semua siri animasi Boboiboy Galaxy ini di dalam tiga episod iaitu Episod 1, Episod 2 dan yang terakhir Episod 3. 

Pada hari ini pula SC memilih untuk berkongsi episod seterusnya siri animasi Boboiboy Galaxy ini. Episod yang SC maksudkan kali ini ialah Episod 4. Episod ini menceritakan tentang amukan gergasi comel yang dipanggil dengan Cattus. Di mana di kalung kucing kaktus ini terdapat satu sfera kuasa (power sphere). 

Ikutilah misi menyelamatkan sfera kuasa Boboiboy dan kawan-kawan mereka. Mampukah mereka menyelamatkan sfera kuasa (power sphere) dalam episod kali ini? Jawapanya anda semua boleh dapati setelah menonton siri animasi Boboiboy Galaxy Episod 4 ini. 

Sebenarnya siri animasi Boboiboy Galaxy ini bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak ribena namun ia juga turut mendapat tempat di kalangan penonton dewasa sepertimana yang berlaku pada siri kartun barat yang tidak kurang popular pada masa kini iaitu Spongebob Square pants. 

Saturday, July 22, 2017

OST Mat Rukun

MAT RUKUN merupakan sebuah drama Melayu yang menarik. Ia telah disiarkan pada Jun 2017 dalam segmen Kelakarama TV9. Mat Rukun dibintangi oleh Zoey Rahman, Elisya Sandha, Feiyna Tajuddin, Syed Ali, Ropie, Marissa, Yasmin dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 20 Episod. 

Pengarah bagi drama ini ialah Jamal Khan. Drama ini diterbitkan oleh Hujan Lebat Sdn Bhd. Watak utama Mat Rukun iaitu Mat Rukun atau Mamat dilakonkan oleh Zoey Rahman. Elisya Sandha pula sebagai Ayu manakala Feiyna Tajuddin sebagai Rozie.

Pada posti SC pada kali ini, SC ingin berkongsi dengan anda  semua lagu runut bunyi atau Original Sound Track (OST) drama Mat Rukun.

Thursday, July 20, 2017

Motosikal Bobber Acid Welding

KREATIF itulah yang boleh SC katakan dengan kehebatan bakat tempatan apabila mampu menghasilkan sebuah Motosikal Bobber dengan menggunakan enjin Nissan Skyline RB20 Turbo . Siapa kata orang tempatan tidak mampu menghasilkan sebuah motosikal yang bernilai tinggi.

Khabarnya Motosikal Bobber itu dihasilkan oleh Acid Welding. SC berharap bakat yang ada pada beliau tidak disia-siakan begitu sahaja oleh Kerajaan Malaysia kerana ianya adalah aset yang begitu bernilai pada negara, sukar untuk mencari orang yang kreatif dan berbakat sepertinya kalau ada pun satu dalam sejuta. 

Pembuat Motosikal Bobber itu bernama Abdul Rasid tetapi sebenarnya dia lebih dikenali dengan nama Acid Welding. Kejayaanya menghasilkan Motosikal Bobber tersebut dengan menggunakan enjin kereta Nissan Skyline RB20 Turbo ternyata benar-benar menaikkan nama beliau apabila kisah mengenai beliau tiba-tiba sahaja menjadi tular di laman-laman sosial.

Abdul Rasid atau lebih dikenali dengan nama Acid Welding dilahirkan di Batu Pahat, Johor sekaligus ia juga mungkin dapat membanggakan Bangsa Johor yang sememangnya sudah tersohor itu. Sebelum, ini ada yang mengatakan usaha Acid Welding itu sebagai tidak masuk akal dan mungkin juga boleh diibaratkanya sebagai kerja gila. Mana taknya motosikal dijanakan oleh enjin kereta bukankah tak masuk akal bunyinya.

Sunday, July 16, 2017

Pembiayaan Sijil ASB i AmBank

AMANAH SAHAM BUMIPUTERA merupakan salah satu pelaburan yang paling selamat dan digemari oleh ramai rakyat Malaysia. Oleh yang demikian hari ini SC ingin berkongsi dengan anda semua salah satu cara untuk menambahkan pelaburan ASB anda.

Cara yang SC maksudkan ialah melalui pinjaman ASB, pada kali ini SC ingin bercerita mengenai Pinjaman
ASB yang disediakan oleh Kumpulan AmBank ataupun dalam Bahasa Inggerisnya AmBank Group. Pinjaman ASB merupakan salah satu cara terbaik untuk anda meningkatkan pelaburan ASB anda.

PEMBIAYAAN SIJIL ASB i AmBank

Ini adalah kemudahan pembiayaan bertempoh patuh syariah yang dijamin oleh Sijil ASB berdasarkan konsep Syariah Tawarruq.

Thursday, July 13, 2017

Abang Long Fadil 2

ABANG LONG FADIL satu filem telah mencetuskan satu fenomena baru di dalam industri filem Malaysia satu masa dahulu.
Filem ini mendapat sambutang hangat satu masa dahulu. Setelah sekian lama kini kesinambungan kepada filem Abang Long Fadil iaitu Abang Long Fadil 2.

Hari ini SC ingin berkongsi beberapa info tentang Abang Long Fadil 2 ini dengan anda semua selaku pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini, sudah lama juga SC tidak berbicara tentang filem ni, Alhamdulillah hari ni dapat juga berbicara tentang filem. 

SIPNOPSIS FILEM ABANG LONG FADIL 2

Filem ini mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Berlaku satu insiden yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Insp. Wahab dan Insp. Shuib sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger.

Friday, July 7, 2017

Aliff Amierul Bakat Cilik Baru Yang Bakal Bersinar

INDUSTRI muzik tanah air kini sedang berkembang pesat, saban hari ada sahaja artis baru yang dilahirkan. Hari ini industri muzik kita telah dianugerahkan dengan bakat cilik yang bakal menjadi bintang yang bersinar suatu hari nanti. Bakat cilik yang SC maksudkan ialah Aliff Amierul. Hari ini SC memilih untuk berkongsi berkenaan Aliff Amierul di dalam blog milik SC ini. 

Aliff Amierul muncul dalam sebuah lagu single yang bertajuk Ku Percaya telah mendapat tempat di hati peminat-peminat industri muzik negara. Suaranya memang ternyata ada kelainanya yang sendiri. Gemersik lunak medu suaranya membuatkan pendengar bakal terpegun dengan si cilik berbakat besar ini. 

Kehadiran Aliff Amierul dalam industri muzik tempatan memang di alu-alukan, tambahan pula bakatnya yang bakal bersinar ini hendaklah disia-siakan begitu sahaja jadi meletak beliau di dalam dunia yang penuh kesenian ini mampu memberi persaingan yang sihat kepada pemain-pemain industri di samping membuktikan kepada negara-negara luar bahawa kita juga mempunyai ramai bakat-bakat cilik yang mampu menjadi bintang yang bersinar suatu hari nanti. 

SC percaya suatu hari nanti Aliff Amierul mampu menyaingi populariti penyanyi cilik dari seberang yang popular satu masa dulu iaitu Tegar Septian dan mungkin dia mampu pergi lebih jauh lagi di dalam dunia seni suara tanah air kita.

Wednesday, July 5, 2017

IKLAN RAYA PELABURAN MARA - IKHLAS

KITA MASIH berada di bulan Syawal, di mana Hari Raya Aidilfitri masih disambut dengan rumah terbuka di sana-sini, kata orang raya kan sebulan. Oleh yang demikian pada hari ini SC ingin berkongsi dengan anda semua satu iklan raya yang mempunyai mesejnya yang tersendiri.

Iklan raya tersebut bertajuk Ikhlas yang dibuat oleh Syarikat Pelaburan MARA Berhad sebuah subsidiari MARA. Sepertimana iklan-iklan raya yang lain sudah tentu iklan Pelaburan MARA ini juga mempunyai kreativitinya sendiri, padat dengan mesej yang mungkin boleh dijadikan iktibar oleh para penonton.

Pelaburan MARA Berhad sebuah syarikat yang utuh, kalau sebut tentang pelaburan sudah tentu kita akan tak lupa bahawa PMB Investment merupakan salah satu subsidiari Pelaburan Mara Berhad yang menjalankan aktiviti pelaburan berteraskan Amanah Saham. Mungkin anda semua di luar sana mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya padahal ia sebenarnya tidak mampu memberikan apa-apa pulangan kalau ada pun janji-janji kosong, janji tinggal janji akhirnya kita juga yang merana.

Oleh yang demikian, Kalau anda semua mahu mendapatkan keuntungan daripada kita menyertai mana-mana skim cepat kaya yang akhirnya duit kita yang lebur adalah lebih baik kita melabur dengan Saham Amanah yang dikendalikan oleh PMB Investment yang ternyata lebih selamat dan sah di sisi undang-undang.

Monday, July 3, 2017

NOKIA 3

NOKIA sebuah jenama telefon bimbit yang amat popular tak lama dahulu, namun selepas kehadiran peranti-peranti yang mempunyai sistem pengoperasian Android, Nokia berada di ambang kejatuhan apabila model-model barunya gagal di dalam persaingan telefon pintar tempatan. Namun, kini Nokia kembali dengan semangat yang baru dan cuba memasuki pasaran telefon pintar dunia kembali. Dapatkah Nokia kembali ke zaman kegemilanganya? Apa yang SC boleh katakan kita hanya tunggu dan lihat sahaja.

Hari ini SC memilih untuk membuat sedikit review salah satu model telefon bimbit keluaran Nokia yang mungkin akan menarik minat anda semua untuk membelinya. Siapa tahu Nokia mampu mengembalikan semula zaman kegemilanganya. Model yang SC maksudkan ialah Nokia 3.

Nama Pengeluar: Nokia
Nama Model: Nokia 3
Dilancarkan pada: Jun 2017

Saturday, July 1, 2017

HONDA RS150R

BOON SIEW HONDA merupakan satu pengeluar motosikal yang sudah tidak asing lagi ni negara kita. Hari ini SC ingin berkongsi dengan anda semua sebuah model motosikal yang dikeluarkan oleh Boon Siew Honda ini. Model yang SC maksudkan ialah Honda RS150R salah satu model yang dijangka akan menjadi kegemaran ramai satu hari nanti.

Spesifikasi Honda RS150R

Enjin: 150CC DOHC, 4 Lejang
Kuasa Maksimum: 15.4hp @ 9000rpm
Tork Maksimum: 13.5Nm @ 6500rpm
Transmisi: 6 Kelajuan
Sistem Suntikan Bahan Api: PGM-Fi
Saiz: 2,025mm x 725mm x 1,102mm
Suspensi Depan: Teleskopik
Suspensi Belakang: Monoshock
Roda Depan: 90/80-17
Roda Belakang: 120/70-17
Kapasiti Tangki: 4.5L
Berat: 123Kg
Harga Termasuk GST tanpa insurans: RM8,213.94

Wednesday, June 28, 2017

BoBoiBoy Galaxy Episod 3

HARI ini kita teruskan berhibur bersama dengan siri animasi kegemaran ramai iaitu Boboiboy Galaxy kali ini Episod 3 yang SC kongsikan khas buat pembaca setia blog SC. Animasi ini bukan sebarang animasi ianya animasi buatan Malaysia. Siapa kata produk buatan Malaysia tak bagus, kadang-kadang ia lagi bagus daripada yang import. 

Animasi Boboiboy Galaxy ini sememangnya satu inovasi baru di dalam arena animasi tempatan. Ia juga telah membawa satu fenomena baru di dalam negara kita, di mana animasi ini dikatakan setaraf dengan animasi-animasi daripada barat dan juga Jepun. 

Kejayaan Boboiboy Galaxy ini juga telah membuktikan bahawa siapa kata orang Malaysia tidak mampu menghasilkan animasi yang bertaraf dunia. Kalau mengikut SC sekiranya diminta untuk menarafkan animasi ini mengikut bilangan bintang, tidak keterlaluan sekiranya SC mengatakan bahawa animasi ini SC boleh beri lima bintang kepada animasi ini.

Mungkin ada juga kekurangan di dalam animasi ini, tetapi bagi SC ia bukanlah satu keutamaan kerana manusia sememangnya tidak sempurna. Mana ada manusia biasa yang sempurna kerana ini dunia bukan syurga. Begitu juga dengan ciptaan manusia ni mana ada yang betul-betul sempurna malah animasi barat dan Jepun juga ada kekuranganya. 

Wednesday, June 21, 2017

Iklan Raya 2017 Hypp TV Ispirasi: Pengorbanan Seorang Bapa

AIDILFITRI sudah makin dekat, Ramadhan pun sudah nak melabuhkan tirainya cuma tinggal beberapa hari lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut hari kemenangan yakni Hari Raya Aidilfitri atau lebih dikenali dengan nama Hari Raya Puasa. 

Begitu pantas masa berlalu, sedar tak sedar kita nak habis bulan puasa. Kadang-kadang SC terfikir juga sempatkan SC merasa bulan puasa di tahun yang mendatang, adakah SC diizinkan Allah lagi atau tak merasai suasana bulan ibadah yang penuh makna ini. SC hanya mampu berdoa agar diberi peluang sekali lagi untuk sama-sama beribadah di dalam bulan yang penuh keberkatan ini di tahun-tahun yang mendatang.

Berbalik kita kepada apa yang ingin kongsi dengan anda semua di dalam artikel SC kali ini ialah iklan raya 2017 yang bertajuk Pengorbanan Seorang Bapa yang dibuat oleh Hypp TV Inspirasi. Namun, apa yang ingin SC tegaskan di sini bukan ini satu-satunya iklan raya yang SC akan kongsikan untuk pembaca setia blog SC ini, cuma ini salah satu iklan yang menjadi pilihan SC untuk dikongsi sebagai tatapan semua. Apa yang pasti setiap Iklan Raya sudah tentu ada mesejnya sendiri.

Saturday, June 17, 2017

Peraduan Raya Kongsi dan Menang Umobile

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua berhubung satu tawaran peraduan eksklusif daripada sebuah telco yang tidak asing lagi iaitu U Mobile. Kempen ini bermula pada 5 Jun 2017 dan berakhir pada 27 Ogos 2017. Pelanggan-pelanggan Umobile berpeluang memenangi sehingga RM6000 tunai dan juga RM3600 kredit panggilan umobile. 

Bagaimana untuk menyertai kempen ini? Mudah sahaja apa yang anda perlu buat hanyalah kongsilah kredit panggilan anda dengan rakan taulan mahupun ahli keluarga anda. Ada dua kategori hadiah khas untuk pelanggan setia umobile, pertama sekali hadiah bulanan di mana pelanggan perlu berkongsi kredit sekurang-kurangnya dua kali dalam satu minggu setiap minggu. Manakala hadiah mingguan sebanyak RM30 kredit panggilan pula menanti pelanggan umobile yang membuat transaksi kongsi kredit satu kali untuk seminggu. Klik di sini untuk keterangan lanjut

Apa lagi jangan lepaskan peluang keemasan peluang keemasan ini, tawaran terbaik daripada umobile. Anda tak dapat sertai kempen ini kerana anda bukanlah pelanggan umobile, tak mengapa anda boleh sertainya dengan berhijrah ke umobile sekarang kerana itulah pilihan yang bijak. Jadi jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama anda terlepas peluang keemasan ini.

Sementara itu, umobile juga turut melancarkan kempen maafkan kami sempena Hari Raya Aidilfitri ini dengan memberi tawaran istimewa kepada bekas pelanggan umobile yang berhijrah ke telco lain kembali ke pangkuan umobile, ini sudah menarik apa tunggu lagi pastikan U menjadi pilihan anda. SC turut berkongsi video maafkan kami dari u dari umobile dendangan Kyoto Protocol. U memang pilihan terbaik. 

Sunday, June 11, 2017

BoBoiBoy Galaxy Episod 2

BARU-baru ini SC telah berkongsi satu video animasi terkenal negara iaitu BoboiBoy Galaxy Episod 1, hari ini SC memilih untuk berkongsi satu lagi episod dalam siri animasi yang terkenal dan mendapat sambutan hangat di negara kita dewasa ini. Kali ini Episod 2 BoboiBoy Galaxy akan dikongsi khas untuk pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini.

BoboiBoy Galaxy mendatangkan satu fenomena baru di dalam arena animasi tempatan, di mana kualitinya dah hampir setaraf bukan sahaja animasi dari barat, malah setanding juga dengan animasi daripada Jepun contohnya Naruto mahupun One Piece. 

BoBoiBoy Galaxy mengisahkan perjalanan lima sahabat yakni BoboiBoy, Yin, Yaya, Gopal dan Fang di Galaxy di dalam menjalankan misi menyelamatkan Power Sphere daripada jatuh ke tangan mereka-mereka yang jahat di bawah satu organisasi menyelamatkan Power Sphere yang lebih dikenali dengan nama T.A.P.O.P.S. Lima sahabat ini mempunyai kuasa-kuasa mereka yang tersendiri.

BoBoiBoy merupakan watak utama di dalam animasi ini, selain itu beliau juga memiliki kuasa terhebat di antara mereka berlima namun, walaubagaimanapun BoBoiBoy bukanlah seorang yang suka berbangga walaupun kuasa beliau merupakan yang terhebat. 

Saturday, June 10, 2017

WASPADA PENIPUAN PINJAMAN

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua berhubung satu penipuan yang kerap berlaku dewasa ini, penipuan yang SC maksudkan ialah penipuan berkenaan Pinjaman Peribadi. SC merasakan ia perlu dikongsi kepada semua agar tidak ada lagi orang yang tertipu dengan pinjaman tidak wujud ini.

Bercakap mengenai pinjaman, sememangnya orang yang terdesak memerlukan wang pasti akan berbuat apa sahaja asalkan mereka mendapat pinjaman termasuklah mengeluarkan wang ringgit. Oleh yang demikian ramai pemimnjam mudah tertipu dengan skim pinjaman yang sebenarnya tidak wujud ini.

Ada beberapa syarikat yang mendakwa mereka syarikat kewangan berlesen, telah giat mempromosi pinjaman mereka tidak kiralah menerusi pengiklanan tradisional seperti iklan di surat khabar, papan tanda dan risalah-risalah. Di Era Konvergen ini mereka juga tidak terlepas mengiklan pinjaman mereka melalui media sosial, internet malah ada yang mempunyai website sendiri. 

Terlebih dahulu SC ingin tegaskan di sini, bukan semua syarikat yang mendakwa mereka syarikat pinjaman berlesen menjalankan penipuan, mengikut rekod sekiranya syarikat itu benar-benar berlesen sememangnya mereka menjalankan perniagaan mereka secara beretika. Namun, kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga.

Tuesday, June 6, 2017

JOM BAYAR ROADTAX DI KRY GLOBAL ENTERPRISE

HARI ini SC berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan insurans am yang sedang berkembang maju di Bandar Jerteh, Besut, Terengganu. Syarikat ini semakin menjadi pilihan utama terutamanya di kalangan penduduk sekitar Besut. 

Syarikat yang SC maksudkan ialah KRY Global Enterprise. KRY Global Enterprise menawarkan khidmat pembaharuan cukai jalan dan juga polisi insurans kenderaan yang semakin terkenal sejak akhir-akhir ini. Ia menjadi pilihan kerana tawaran murahnya yang menarik minat terutamanya mereka-mereka yang gemar berjimat cermat. 



Lokasi yang menjadi pejabat induk kepada KRY Global Enterprise ini ialah di alamat PT365, Tingkat Bawah, Bangunan DPMMT, Jalan Pasir Akar, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu. KRY Global Enterprise juga boleh dihubungi di talian 09-6975188.

KRY Global Enterprise diuruskan oleh seorang usahawan muda yang baru meningkat naik iaitu En Khairy merupakan salah seorang peserta mentor usahan Dr Azizan Osman. Ketekunan beliau berusaha telah menjadikan KRY Global Enterprise sebagai pilihan utama untuk mendapatkan khidmat pembaharuan insurans kenderaan mahupun pembaharuan cukai jalan. 

Sunday, June 4, 2017

Jalal Bomb Prank

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua sebuah video yang turut menjadi viral akhir-akhir ini, video ini amat popular di youtube sehinggakan ia menjadi trending sejak akhir-akhir ini, Video mengisahkan seorang lelaki yang suka mengenakan orang dengan menggunakan helah dan ancaman palsu kepada orang ramai.

SC pun hairan adakah di negara mereka tiada undang-undang bagi melarang membuat video-video berupa ancaman bom palsu. Adakah negara di mana mereka tinggal tidak menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras penerbitan video yang berupa ancaman bom palsu ini kepada orang ramai. 

Tidakkah ia akan membahayakan nyawa orang ramai, cuba bayangkan kalau ada satu ancaman bom sebenar tetapi ia disangka hanyalah satu gurauan, sudah pasti mereka yang berhampiran dengan bom itu tidak akan melarikan diri kerana menyangka ianya adalah ancaman bom palsu, ini mungkin akan menyebabkan lebih ramai yang akan tercedera mahupun terbunuh kerana menyangka bom sebenar itu bom palsu. 

Mungkin ada yang mengatakan itu adalah sebahagian kreativiti seseorang itu untuk menghiburkan orang ramai, tapi bagi SC ianya sesuatu yang tidak patut berlaku kerana kreativiti tidak semestinya kita perlu membahayakan nyawa seseorang.

Thursday, June 1, 2017

BoBoiBoy Galaxy Eoisod 1

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua sebuah animasi tempatan yang diminati ramai. SC mengambil keputusan untuk berkongsi siri animasi ini kerana SC ingin memberi sokongan kepada industri animasi tempatan agar ia terus berkembang dan mampu diletakkan setaraf dengan animasi-animasi daripada hollywood .

Animasi yang SC maksudkan ialah BoBoiBoy Galaxy, SC merasakan jalan cerita dan watak-watak yang dimuatkan di dalam animasi ini sememanya menarik tambahan pula ia adalah animasi tempatan. Bagi menyahut seruan kerajaan di dalam menyokong barangan buatan Malaysia jadi tiada salahnya jika kita memilih untuk menonton animasi ini. 

Pada kali ini SC akan berkongsi Video Animasi BoboiBoy Galaxy Episod 1 sebagai permulaan khas untuk pembaca-pembaca setia blog SC ini. Namun, terlebih dahulu SC bukanlah pemegang hak cipta untuk animasi ini, tujuan SC berkongsi siri animasi ini ialah lebih kepada untuk mempromosi produk animasi tempatan agar industri animasi kita terus berkembang pesat.

Dalam pada itu, SC berharap terus ramai syarikat-syarikat tempatan akan menunjukkan minat untuk menghasilkan lebih banyak animasi tempatan yang berkualiti antarabangsa dan setanding dengan animasi-animasi yang diimport daripada hollywood.

SC juga berharap di satu masa nanti, Malaysia akan menjadi negara pengeluar animasi yang terbesar asia dan mampu mengalahkan nama-nama besar seperti Jepun dan lain-lain negara yang terkenal dengan penerbitan animasi yang diminati ramai. 

Tuesday, May 30, 2017

PROMOSI SELIPAR RAYA RM50 SEPASANG SAHAJA




Kini kita berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak, habis sahaja bulan ini kita sebagai Umat Islam akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Sebagaimana hari raya yang lepas-lepas kita akan membeli belah pakaian baru untuk memeriahkan Hari Raya Aidilfitri ini.
SC pada artikel kali ini ingin membuat tawaran khas kepada semua pembaca-baca setia blog SC ini, tawaran yang SC maksudkan ialah Selipar Raya yang mempunyai warna-warna yang menarik pada harga mampu milik. 

Harga yang ditawarkan hanyalah RM50 sepasang tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran sila tambah RM10. Selipar raya tersebut adalah sepertimana gambar-gambar yang SC selitkan di dalam artikel SC ini. Untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi En Hairi di talian 019-7873779.

Pembayaran menggunakan maybank2u turut diterima. Namun, tempahan perlulah dibuat dengan membuat panggilan telefon / whatsapp kepada 019 7873779. Bagi yang berminat untuk membuat pembelian secara borong bolehlah menghubungi talian 0197873779 harga istimewa untuk mereka yang berminat membeli secara borong. 

Jadi apa tunggu lagi bertindaklah sekarang, tempahlah sekarang sebelum kehabisan stok, dimaklumkan bahawa stok adalah terhad, siapa cepat dia dapat jadi jangan tunggu lama-lama nanti lama-nanti ia diambil orang. 

Saturday, May 27, 2017

Pakej Percutian Bajet Pulau Perhentian

TERLEBIH dahulu SC ingin memohon maaf kepada semua pembaca setia blog ini kerana sudah begitu lama tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukkan dengan tugas-tugas rasmi SC. Hari ini SC ingin berkongsi dengan pembaca setia blog ini satu Pakej Percutian Bajet di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.

Pakej Percutian Bajet ini adalah bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa negara kita. Pakej Percutian bajet ini merupakan pilihan terbaik kepada mereka-mereka yang ingin bercuti pada kadar harga Bajet. Pakej ini begitu lebih ekonomi daripada pakej-pakej yang lain. 









MAKLUMAT MENGENAI PAKEJ INI ADALAH SEPERTIMANA BERIKUT:

3 Hari 2 Malam Pulau Perhentian

Pakej Termasuk:-

Bot Pergi dan Balik
Penginapan
Makan
Snorkeling

Harga Pakej Ditawarkan RM 300 / pax

Tempahan Pakej Dibuka Sekarang
Bermula Hari Raya Kedua Aidilfitri Hingga Akhir Musim 2017

SILA HUBUNGI HAIRI DI TALIAN  019 7873779 UNTUK TEMPAHAN
DEPOSIT HARGA PENUH DIPERLUKAN, TEMPAHAN TANPA DEPOSIT TIDAK AKAN DILAYAN.