Followers

Wednesday, June 21, 2017

Iklan Raya 2017 Hypp TV Ispirasi: Pengorbanan Seorang Bapa

AIDILFITRI sudah makin dekat, Ramadhan pun sudah nak melabuhkan tirainya cuma tinggal beberapa hari lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut hari kemenangan yakni Hari Raya Aidilfitri atau lebih dikenali dengan nama Hari Raya Puasa. 

Begitu pantas masa berlalu, sedar tak sedar kita nak habis bulan puasa. Kadang-kadang SC terfikir juga sempatkan SC merasa bulan puasa di tahun yang mendatang, adakah SC diizinkan Allah lagi atau tak merasai suasana bulan ibadah yang penuh makna ini. SC hanya mampu berdoa agar diberi peluang sekali lagi untuk sama-sama beribadah di dalam bulan yang penuh keberkatan ini di tahun-tahun yang mendatang.

Berbalik kita kepada apa yang ingin kongsi dengan anda semua di dalam artikel SC kali ini ialah iklan raya 2017 yang bertajuk Pengorbanan Seorang Bapa yang dibuat oleh Hypp TV Inspirasi. Namun, apa yang ingin SC tegaskan di sini bukan ini satu-satunya iklan raya yang SC akan kongsikan untuk pembaca setia blog SC ini, cuma ini salah satu iklan yang menjadi pilihan SC untuk dikongsi sebagai tatapan semua. Apa yang pasti setiap Iklan Raya sudah tentu ada mesejnya sendiri.



Sepertimana iklan-iklan raya yang lain sudah tentu iklan raya ini pun mempunyai mesej tersendiri. Daripada iklan ini apa yang SC dapati bahawa apa yang mereka sampaikan atau mesej dalam iklan ini ialah mengalakkan penyatuan semula semasa perayaan terutamanya penyatuan antara antara adik beradik kandung kita. 

SC pun tak nak bercakap panjang lebar lagi, anda semua tontonlah video iklan raya itu sendiri dan cubalah tafsir mengikut kefahaman anda sendiri kerana setiap orang sudah tentu mempunyai pandangan yang berbeza, apa yang SC katakan tadi hanyalah pandangan peribadi SC dan semestinya itu betul, mungkin betul atau mungkin tidak tapi apa yang penting setiap kesalahan perlulah berakhir dengan kemaafan.

No comments:

Post a Comment