Followers

Monday, July 24, 2017

BoBoiBoy Galaxy Episod 4

KALI ini SC ingin berkongsi dengan anda sambungan siri animasi tempatan yang begitu popular dan viral dewasa ini iaitu BoboiBoy Galaxy. Sebelum ini SC telah berkongsi dengan anda semua siri animasi Boboiboy Galaxy ini di dalam tiga episod iaitu Episod 1, Episod 2 dan yang terakhir Episod 3. 

Pada hari ini pula SC memilih untuk berkongsi episod seterusnya siri animasi Boboiboy Galaxy ini. Episod yang SC maksudkan kali ini ialah Episod 4. Episod ini menceritakan tentang amukan gergasi comel yang dipanggil dengan Cattus. Di mana di kalung kucing kaktus ini terdapat satu sfera kuasa (power sphere). 

Ikutilah misi menyelamatkan sfera kuasa Boboiboy dan kawan-kawan mereka. Mampukah mereka menyelamatkan sfera kuasa (power sphere) dalam episod kali ini? Jawapanya anda semua boleh dapati setelah menonton siri animasi Boboiboy Galaxy Episod 4 ini. 

Sebenarnya siri animasi Boboiboy Galaxy ini bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak ribena namun ia juga turut mendapat tempat di kalangan penonton dewasa sepertimana yang berlaku pada siri kartun barat yang tidak kurang popular pada masa kini iaitu Spongebob Square pants. 



Mungkin jalan cerita siri animasi ini membuatkan ramai juga golongan dewasa yang meminati animasi BoboiBoy Galaxy ini. Sebab itu tidak hairanlah jika ramai golongan dewasa yang meminati untuk menoton animasi ini selain daripada kanak-kanak riang ribena. 

SC percaya satu hari nanti animasi Boboiboy Galaxy ini mampu diletakkan setaraf dengan animasi-animasi import yang lain. Mungkin animasi ini dapat diletakkan setaraf dengan animasi-animasi import yang lain kerana teringat pula SC kepada satu iklan yang keluar tak lama dahulu. "Siapa kata buatan gombak tak bagus" salah satu dialog yang SC ingat sampai hari ini. Dalam konteks Boboiboy Galaxy ini pula SC tukar dialog tu sikit kepada "Siapa kata animasi buatan Malaysia tak bagus". Jadi SC tak mahu berleter panjang lagi tontolah animasi ini sendiri.


No comments:

Post a Comment