Followers

Tuesday, August 15, 2017

Y15ZR Drag Race 2017

MAJULAH sukan untuk negara. SC percaya ada di antara anda semua adalah peminat sukan dunia pemotoran oleh yang demikian hari ini SC nak kongsikan dengan anda semua Video Perlumbaan Drag Race menggunakan jentera Yamaha Y15ZR yang di adakan di Gong Badak, Kuala Terengganu, Malaysia. 

Mungkin video ini dapatlah memberikan anda semua  tontonan perlumbaan berkenaan yang mungkin ada di antara anda semua yang meminati sukan permotoran tetapi tidak berkesempatan untuk berkunjung ke Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia kerana kesibukkan tugas ataupun tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup. Oleh itu, sebagai mengubat kerinduan anda semua kepada sukan permotoran SC kongsikan video perlumbaan Drag Race tersebut untuk tatapan pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini. 

Dalam masa yang sama, SC berharap bagi memastikan bahawa Dunia Sukan Permotoran negara terus mendapat tempat di hati peminat sama-samalah kita termasuklah anda semua memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada sukan dunia permotoran ini dengan hadir ke mana-mana tempat yang menganjurkan perlumbaan 'halal' ini. 



Berbalik kepada Video Ini, di dalam video ini anda semua akan dapat lihat keupayaan sebuah jentera keluaran Yamaha di dalam model Y15ZR ini. Mungkin juga ia boleh dijadikan 'ukuran' untuk anda membuat keputusan samaada untuk membeli atau tidak membeli model ini.

Kepada Mat Rempit yang masih bergiat aktif dalam aktiviti Perlumbaan Haram bolehlah cuba pula mula berjinak-jinak dengan perlumbaan 'halal' ini kerana masa depan anda lebih terjamin dengan perlumbaan ini berbanding perlumbaan haram. 

SC: Semoga sukan permotoran terus mendapat tempat di hati peminat dan Majulah Sukan Untuk Negara

No comments:

Post a Comment