Followers

Thursday, May 31, 2018

Di Pertengahan Ramadhan 1439H

PEJAM celik, pejam celik pantas betul masa berlalu ini mungkin kerana tanda-tandanya dunia berada di akhir zaman atau dengan kata lain Hari Kiamat sudah semakin dekat. Hari ini sudah masuk hari ke enam belas hari umat Islam menunaikan ibadah puasa, di mana ia bukan sahaja menahan dari lapar dan dahaga malah ianya juga ialah mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala ataupun menjadikan puasa anda sia-sia sahaja. 

SC percaya pembaca setia blog SC ini yang berada di luar sana dan beragama Islam masing-masing sibuk untuk menganddakan pahala masing-masing kerana mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk mengandakan Ibadah di dalam bulan yang penuh keberkatan ini, Ramadhan Al Mubarak bulan yang mendatangkan keinsafan dalam diri kita dan bulan ini jugalah segala syaitan-syaitan dan iblis di rantai oleh Allah tuhan seru sekian alam, namun di dalam kita ada lagi satu yang kita perlu kawal agar kita tidak terkhilaf sehinggakan membatalkan puasa kita. Kita berhadapan dengan godaan nafsu yang sememangnya kadang-kadang kita tidak mampu menghalangnya, namun kita tetap berusaha untuk melawan godaan nafsu tersebut. 

Cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan Al Mubarak akan meninggalkan kita. Terpulang kepada anda semua untuk memenuhi markah ibadah di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Mungkin Ramadhan kali ini sedikit tercemar dengan insiden video tidak bermoral yang dimuatnaik pada permulaan Ramadhan sehingga menjadi viral, video tidak bermoral itu telah menjadi perbualan hangat dan terus dikritik hebat. Video yang tidak bermoral yang boleh dikatakan berbaur lucah tersebut tidak sepatutnya dimuatnaik di bulan yang penuh keberkatan ini seolah-olah tidak menghormati kesucian bulan yang lebih baik daripada seribu bulan ini. 

Monday, April 9, 2018

Bangkitlah Rakyat Malaysia

Bangkitlah Rakyat Malaysia

Wahai Rakyat Malaysia 
Bangkitlah daripada Lena Mu
Ayuh sama-sama kita berjuang demi negaraku Malaysia
Halanglah Kleptorkrasi dari terus berkuasa di negaraku

Wahai Rakyat Malaysia
Janganlah kita menjadi pemakan dedak
Dedak itu mempunyai racun yang berbisa
Jangan kita hilang maruah hanya untuk sesuap dedak

Wahai Rakyat Malaysia
PRU14 ini jadikanlah ia medan memerangi kleptokrasi
Ubah sekali demi negaraku Malaysia
Pemimpin yang bersih kita sanjungi, pemimpin yang buruk kita perangi

Wahai Rakyat Malaysia
Janganlah kita pangkah dacing lagi
Binalah harapan baru untuk rakyat Malaysia
Pangkahlah mata agar tiada GST lagi

Wahai Rakyat Malaysia
Marilah kita bersatu hati
Ubahlah Pemerintah Kita
Agar Malaysia terus disanjungi

Wahai Rakyat Malaysia
BR1M yang diberi hanya sekejap dirasai
GST dibayar setiap hari kita merana
Janganlah kita tertipu lagi

Pergi ke kedai membeli rojak
Jangan lupa jambu air
Dulu PM Najib Razak
Sekarang PM Tun Mahathir