Followers

Sunday, February 27, 2011

Jamilah Jual Barang...


HARI INI SC nak berkongsi dengan pembaca setia blog SC sebuah cerita lawak lagi melucukan buat tatapan dan hiburan para pembaca blog SC yang budiman. Lawak adalah sebahagian daripada kehidupan pendek kata hidup kita tak ceria tanpa lawak, ingat kerana lawak jugalah Majalah Ujang boleh bertahan hingga sekarang.

SC masih ingat sewaktu SC kecik-kecik dulu suka benar SC beli Majalah Ujang sampai sanggup simpan duit belanja semata-mata untuk membeli Majalah Ujang, kenapa sebab SC suka baca Majalah Ujang...jawapanya ringkas sahaja sebab SC suka dengan cerita lawak-lawak tak kiralah lawak antarabangsa ataupun lawak tempatan. Jadi ikutilah cerita Jamilah Jual Barang di bawah ini:

Cerita ini mengisahkan perbualan dua orang sahabat karib, topik perbualan mereka berdua adalah lebih terarah kepada jual barang. Sebagai anak muda topik ini sudah tentu akan menarik minat mereka-mereka yang sewaktu denganya.

Meli : Kau tau Jamilah anak Pak Meon tu sekarang ni dah jual barang lah....

Gafar: Biar betul ko nih...ko jangan kan tak pasal-pasal aku boleh dosa free.

Meli: Apa tak betulnya, apa pula dosa dah memang betul...dosa apa lak?
Gafar: Ko jangan, setahu aku Jamilah tu orang baik-baik....

Meli: Aku tahulah kau syok kat dia....

Gafar: Apa pulak ko ni sampai ke situ pulak.

Meli: Kalau tak percaya mari aku tunjuk sekarang tak guna kita bertengkar di sini.

Gafar: Baik, jom gerak sekarang

Meli: Ok...

Mereka berdua pun pergi ke tempat Jamilah untuk melihat sendiri adakah benar Jamilah menjual barang ataupun sebaliknya. Setibanya mereka di sana Gafar terpandang Jamilah sedang asyik melayan pelanggan menjual barang. Rupa-rupanya barang yang dimaksudkan itu ialah aneka jenis barangan plastik yang menjadi bahan jajaan perniagaan Jamilah.

Meli: Betul tak aku kata Jamilah jual barang?

Gafar: Ya memang betul Jamilah jual barang, tetapi tadi bukan aku ingat Jamilah jual barang lain.

Meli: Itulah ko ni, otak kuning betul, tu lah sapa suruh fikir bukan-bukan kan dah terkena

Gafar: Tak guna punya member.
SC: Semoga korang terhibur dengan cerita lawak ni ye....kepada yang fikir bukan-bukan masa awal cerita ni, hentikanlah berotak kuning lah ye.....jangan marah.

Friday, February 25, 2011

Dengarkan Radio Malaysia Kelantanfm Online


HARI INI SC nak berkongsi dengan pembaca setia terutamanya bagi peminat stesen radio negeri yang paling popular di Malaysia iaitu Radio Malaysia Kelantanfm. Memang stesen radio ini menjadi salah sebuah stesen radio negeri paling popular di Malaysia.

Radio Malaysia Kelantanfm mempunyai banyak rancangan yang menarik. Jadi tidak rugi bagi anda untuk mendengar Radio Malaysia Kelantan FM. Kini Radio Malaysia Kelantan FM boleh di dengar di atas talian internet atau dalam Bahasa Inggerisnya Online Radio.

Bagi melengkapkan dunia hiburan anda, jadi tiada salahnya sekiranya anda mendengar stesen radio ini. Bagi pembaca setia blog SC yang berminat untuk mendengar siaran Radio Malaysia Kelantan FM boleh lah ke laman web mereka di http://www.kelantanfm.gov.my/.

Bagi mereka yang sukakan short cut untuk terus mendengar siaran radio tersebut boleh lah dengarkan ia di sini.

SC: Banyak juga rancangan menarik di dalam Kelantan FM ni, SC pun minat dengan radio negeri paling popular ini, jadi apa tunggu lagi.
Enhanced by Zemanta

Wednesday, February 23, 2011

Makan Kedai

HARI ini SC nak berkongsi dengan pembaca setia blog SC sebuah cerita lawak bagi menghiburkan dan membasahkan gusi para pembaca setia blog SC yang bestari.

MAKAN KEDAI

IWAN: Kau dah makan tengahari ke belum?

NIK: Aku belum lagi, kau camne lak?

IWAN: Kalau begitu mari kita makan kedai Pak Lah.

NIK: Boleh apa tunggu lagi jomlah kita pergi.

Mereka pun berdua pun berlalu pergi ke Kedai Pak Lah. Setibanya mereka di sana dengan tidak semena-mena Nik mengangga mulutnya dan cuba makan bangunan yang menjadi kedai makan itu. Melihat gelagat Nik itu membuatkan Iwan terasa kaget.

IWAN: Nik ko dah gila ke? Asal ko nak makan kedai ni?

NIK: Habis tadi kan kau ajak aku makan kedai PAK LAH kan tadi.

IWAN: Apalah kau ni bengap sangat aku ajak kau makan di kedai Pak Lah bukan makan kedai Pak Lah.

Saturday, February 19, 2011

Kristal - Luahan Hati


HARI ini SC ingin berkongsi dengan pembaca setia blog SC sebuah lagu yang semakin popular sejak akhir-akhir ini. Pendek kata lagu ini merupakan lagu yang terhangat di pasaran. Lagu ini sentiasa kendegaran di stesen-stesen radio tanah air. Bagi menghargai pembaca setia blog SC berikan video klip lagu yang popular ini dengan liriknya sekali.

Sebenarnya sebelum lagu Luahan Hati ini dinyanyikan oleh Apit, tetapi kemudianya ia dipopularkan dan dinyanyikan semula oleh Kristal. Sebuah kumpulan rock tanah air yang tidak kurang terkenalnya.

Video Kristal Luahan Hati:



Lirik Lagu Kristal Luahan Hati
Pertama kali ku dengar suaramu
sayunya hatiku merindui dirimu
walaupun belum kita bersua muka
namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku mengharap engkau menerimaku
kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikala kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh kasih.....

Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikala kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh kasih....



SC: Ini merupakan versi terbaru lagu luahan hati yang dinyanyikan kristal, selepas ini SC akan berkongsi versi asal lagu ini untuk tatapan pembaca setia blog SC ini.

Friday, February 18, 2011

MAT Online Hack

HARI INI SC memilih untuk berkongsi dengan pembaca setia blog SC mengenai Hack Tools untuk Game MAT Online sebuah permainan video maya dalam talian yang tidak kurang popularnya kini. SC percaya ramai yang diluar sana akan tercari-cari MAT Online Hack sehinggakan ada yang sanggup membelanjakan wang ringgit untuk mendapatkanya.

Mat Online Hack sememangnya dicari-cari oleh kaki main game penipu, tambahan pula pemain Game di Malaysia sudah terkenal dengan pemain Game yang suka main tipu..jadi itulah mereka sanggup habis wang semata-mata untuk menipu. Hack ini menjadi rebutan pemain-pemain MAT Online tetapi ianya sukar didapati, namun SC akan cuba memberikan hack ini secara percuma...

Tetapi bukan sekarang, tunggulah satu masa dan ketika SC akan bagi hack tersebut, tetapi buat masa ini bersabar dulu, pembaca setia pasti akan mendapatkan hack tersebut. Lepas ini anda semua mendapatkan hack tersebut tetapi bukanlah pada artikel kali ini. Tunggulah dengan sabar.....

SC: Ish-ish kenapa lah kalau nak main game, tak nak main betul-betul nak main tipu-tipu lepas tu carilah hack kat internet.



Tuesday, February 15, 2011

Mengapa Engkau Sukar Memahami

LAMA JUGA SC tidak mengemaskini blog SC ini, maaf dipohon di atas kesulitan yang timbul ekoran daripada kegagalan SC untuk mengemaskini blog ini, bukan sengaja SC tidak mengemaskini blog ini tetapi terlalu sibuk dengan tugas-tugas yang melibatkan rutin harian SC. Kebetulan hari ini SC mempunyai kesempatan jadi memilih untuk menerbitkan sebuah sajak yang bertajuk Mengapa Engkau Sukar Memahami:

Mengapa Engkau Sukar Memahami

Aku rasa resah di dalam diri
Hari-hari hidupku kian kelabu
Kenapa sukarnya engkau memahami
Kenapa kau terus menekan aku

Aku hanyalah manusia biasa
Tak terdaya olehku untuk semua menyempurnakan permintaanmu
Aku bukanlah orang yang berada
Aku hanyalah orang yang biasa saja padaku

Kenapa kau menyiksa aku
Memang benar aku menyayangimu bagai adik kandung
Namun ada waktu-waktu tertentu aku juga tidak mampu
Aku bukanya ada harta berbondong-bondong

Wahai adikku tolonglah faham keadaanku
Aku dah berusaha untuk menjadi yang terbaik
Namun kau tetap menyalahkanku
Entah bila kau akan anggap aku yang terbaik

Tolonglah fahami keadaan aku
Aku harap kau memahami
Hentikanlah siksaan ini di jiwaku
Jangan terus kau guris hatiku ini

SC: Jangan buat orang terguris hatinya, lama-lama kita sendiri bakal dilukan hatinya.

Wednesday, February 9, 2011

Garena Blackshot Online


HARI ini SC memilih nak berkongsi dengan pembaca setia blog ini semua sebuah lagi permainan komputer atas talian atau dalam Bahasa Inggerisnya Online Game yang menjadi kegilaan ramai sejak akhir-akhir ini.

Permainan ini yang diberi nama Blackshot Online yang dikendalikan oleh salah sebuah syarikat permainan maya terkemuka dunia iaitu Garena Global. Permainan ini boleh dimuat turun secara percuma di http://blackshot.garena.com/

Walaubagaimanapun untuk senjata-senjata tertentu di dalam permainan ini memerlukan pemain untuk membeli tambah nilai untuk membolehkan mereka membeli senjata-senjata tertentu. Dalam ertikata lain dengan menambah nilai mereka mempunyai lebih banyak pilihan senjata yang mereka boleh pilih dan gunakan.

Video Blackshot Online:
SC: Blackshot.....memang best, kalau siapa-siapa yang belum mencuba permainan ini cubalah sekarang....ternyata hebat....hahahah

Saturday, February 5, 2011

Game Mission Against Terror


HARI INI SC memilih untuk berkongsi dengan pembaca setia blog SC ialah sebuah permainan komputer atas talian yang semakin popular sejak akhir-akhir ini. Permainan komputer atas talian atau dalam nama bahasa inggerisnya Online Gaming Platform.

Permainan yang berada di dalam kategori First person shooting ini bernama Mission Against Terror atau ringkasnya (MAT Online). Ramai yang sudah mula mengemari permainan komputer ini sejak akhir-akhir ini.

Permainan ini boleh dimuat turun di laman web rasmi pengendali permainan komputer dalam talian itu di http://mat.cibmall.net/ secara percuma tanpa sebarang bayaran, walaubagaimanapun senjata-senjata yang ditawarkan dalam permainan ini kebanyakkan memerlukan pemain untuk top-up terlebih dahulu game tersebut.

Bagi SC game ini merupakan sebuah game yang mampu menghilangkan rasa bosan, terutamanya di waktu-waktu yang memerlukan kepada hiburan tertentu. Kelemahan game ini pula ialah terlalu ramai pemain yang bermain menggunakan speeder atau hack tool.



SC: Apa tunggu lagi marilah sama-sama kita melayan game ini, semoga pembaca setia kami terhibur dengan posting tak seberapa ini.