Followers

Showing posts with label Cerita Lucu. Show all posts
Showing posts with label Cerita Lucu. Show all posts

Thursday, September 10, 2015

3 Soalan 1 Penampar

KALI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua satu cerita yang mungkin juga boleh dijadikan pengajaran ataupun terladan yang berguna. Apa yang buruk datang dari saya dan yang baik datangnya daripada Allah s.w.t. Semoga anda semua dapat mengambil iktibar daripada cerita ini.

Cerita ini mengisahkan seorang yang lama berada di luar negara kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Dalam benak fikiranya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa boleh jawab sehinggakan satu hari dia terjumpa dengan seorang Imam tua di kampungnya. Ceritanya sepertimana di bawah ini:

3 Soalan 1 Penampar

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negara kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh jawab. Satu hari beliau bertemu dengan seorang Imam Tua di kampungnya.


PEMUDA: Tok Imam boleh tak jawab soalan-soalan saya?

Pak Imam: Boleh!!! Dengan izin Allah.

PEMUDA: Tok Imam yakin ke? Profesor pun tak leh jawab soalan saya ni.

Pak Imam: Aku cuba jawab soalan hang.

PEMUDA: Saya ada tiga soalan: 

1. Kalau benar tuhan tu ada, tunjuk kat saya kewujudan dia?
2. Apakah yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan dibuat daripada api tentu syaitan tu tak sakit sebab mereka dari unsur yang sama. Apakah tuhan tak pernah terfikir sejauh itu?

Paaang !!!!!

Satu penampar dari tok imam singgah kat pipi pemuda itu.

PEMUDA: Adoiii....awat pak imam tampaq (tampar) saya?

Pak Imam: Sekali tampaq (tampar) terjawab ketiga-tiga soalan hang (kamu).

PEMUDA: Saya tak faham......

Pak Imam: Macamana rasa penampar saya?

PEMUDA: Sakitlah Tok Imam

Tok Imam: Jadi hang percayalah yang sakit tu ada????

PEMUDA: Ya!

Pak Imam: Boleh tak hang tunjuk sakit tu ada macam mana rupa dia.

PEMUDA: Tak Boleh lah tok imam oii...

Pak Imam: Tu jawapan soalan pertama hang. Kita boleh rasa tuhan tu ada tapi tidak boleh tengok.

Pemuda terpegun dengan jawapan Pak Imam.

Pak Imam: Malam tadi hang mimpi tak nak makan penampaq aku?

PEMUDA: Tak (sambil gosok2 muka bekas kena penampar)

Pak imam: Hang terfikir tak yang hang nak makan penampar aku hari ini?

PEMUDA: Takkk!!!! (masih tercengang-cengang)

Pak Imam: Tu lah namanya Takdir!.
Pemuda itu terdiam.

Pak Imam: Tangan yang aku tampar hang ni dibuat daripada apa?

PEMUDA: Kulit dan daging

Pak Imam: Pipi hang yang kena lempang aku tu dibuat daripada apa?

PEMUDA: Kulit dan Daging!!!!????? 

Pak Imam: Hang rasa macam mana bila aku tampar hang tadi?

PEMUDA: Sakit dan pedih berdesing.

Pak Imam: 
Itulah, walaupun syaitan dibuat daripada api dan neraka juga dibuat daripada api, jika tuhan berkehendak maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan walaupun sama unsurnya.

PEMUDA: Alllahuakbar!

Pak imam meninggalkan pemuda itu dan pemuda itu sangat kagum dengan ketinggian ilmu Pak Imam Tua tersebut.

SC: Moga jadi panduan pada anda semua.

Monday, March 21, 2011

Iklan Kereta Kelakar

TERLEBIH dahulu SC ingin ucapkan terima kasih kepada semua pembaca setia blog SC, terima kasih kerana menjadi pembaca setia blog SC. Sumbangan anda semua amatlah SC hargai kerana tiada maknanya Blog tanpa pembaca setia seperti anda.

Hari ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua satu video Iklan Kereta yang amat lucu lagi melawakkan dan mungkin boleh membuatkan korang semua tak kering gusi menontonya. Jadikan video ini sekadar hiburan dan jangan sesekali meniru aksi yang ditunjukkan dalam video ini bak kata orang putih "Don't Try This At Home.

SC berharap video ini akan mampu membuat anda semua pembaca setia blog SC ketawa terbahak-bahak mahupun ketawa berdekah-dekah. Itulah hakikatnya. Tontonilah video Iklan Kereta Kelakar di bawah ini:



SC: Inilah yang baru boleh dinamakan iklan, tidak seperti kebanyakkan iklan yang ada.

Sunday, February 27, 2011

Jamilah Jual Barang...


HARI INI SC nak berkongsi dengan pembaca setia blog SC sebuah cerita lawak lagi melucukan buat tatapan dan hiburan para pembaca blog SC yang budiman. Lawak adalah sebahagian daripada kehidupan pendek kata hidup kita tak ceria tanpa lawak, ingat kerana lawak jugalah Majalah Ujang boleh bertahan hingga sekarang.

SC masih ingat sewaktu SC kecik-kecik dulu suka benar SC beli Majalah Ujang sampai sanggup simpan duit belanja semata-mata untuk membeli Majalah Ujang, kenapa sebab SC suka baca Majalah Ujang...jawapanya ringkas sahaja sebab SC suka dengan cerita lawak-lawak tak kiralah lawak antarabangsa ataupun lawak tempatan. Jadi ikutilah cerita Jamilah Jual Barang di bawah ini:

Cerita ini mengisahkan perbualan dua orang sahabat karib, topik perbualan mereka berdua adalah lebih terarah kepada jual barang. Sebagai anak muda topik ini sudah tentu akan menarik minat mereka-mereka yang sewaktu denganya.

Meli : Kau tau Jamilah anak Pak Meon tu sekarang ni dah jual barang lah....

Gafar: Biar betul ko nih...ko jangan kan tak pasal-pasal aku boleh dosa free.

Meli: Apa tak betulnya, apa pula dosa dah memang betul...dosa apa lak?
Gafar: Ko jangan, setahu aku Jamilah tu orang baik-baik....

Meli: Aku tahulah kau syok kat dia....

Gafar: Apa pulak ko ni sampai ke situ pulak.

Meli: Kalau tak percaya mari aku tunjuk sekarang tak guna kita bertengkar di sini.

Gafar: Baik, jom gerak sekarang

Meli: Ok...

Mereka berdua pun pergi ke tempat Jamilah untuk melihat sendiri adakah benar Jamilah menjual barang ataupun sebaliknya. Setibanya mereka di sana Gafar terpandang Jamilah sedang asyik melayan pelanggan menjual barang. Rupa-rupanya barang yang dimaksudkan itu ialah aneka jenis barangan plastik yang menjadi bahan jajaan perniagaan Jamilah.

Meli: Betul tak aku kata Jamilah jual barang?

Gafar: Ya memang betul Jamilah jual barang, tetapi tadi bukan aku ingat Jamilah jual barang lain.

Meli: Itulah ko ni, otak kuning betul, tu lah sapa suruh fikir bukan-bukan kan dah terkena

Gafar: Tak guna punya member.
SC: Semoga korang terhibur dengan cerita lawak ni ye....kepada yang fikir bukan-bukan masa awal cerita ni, hentikanlah berotak kuning lah ye.....jangan marah.

Wednesday, December 22, 2010

Bayi Menari

HARI INI SC nak berkongsi dengan korang semua sebuah video yang menayangkan gelagat bayi yang berbakat besar menari. Anggaplah video ini sebagai hiburang untuk korang semua ikhlas dari SC untuk korang.

SC akan meneruskan sepertimana blog JomBersembang dahulu yakni berkongsi apa yang dirasakan terbaik buat pembaca setia blog SC. Terima kasih diucapkan kepada semua pembaca setia blog SC.

Di dalam video ini apa yang SC dapat lihat, bakat yang ditunjukkan oleh bayi-bayi dalam video ini sememangnya mengagumkan, walaupun sukar dipastikan keaslian video tersebut namun ia sesuatu yang menarik dan haruslah SC berkongsi dengan korang semua.

Di kesempatan ini SC ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca-pembaca blog JomBersembang kerana terutamanya yang beralih arah dan menukar haluan dengan terus menjadi pembaca setia blog SC.

SC: Bakat yang sukar dicari, dan dipercayai tetapi ada pada bayi.

Monday, December 20, 2010

Bertolak......

Cerita ini mengisahkan perbualan dua orang sahabat karib, yang sentiasa merancang untuk melakukan program-program sekiranya ada kelapangan masa. Ikuti perbualan mereka.

Zaid: Kau nak pergi tak Bukit Jalil tengok Malaysia main bola Final Piala AFF Suzuki?

Kamil: Boleh juga, bila tu kau nak pergi?

Zaid: Pagi esok kita bertolak dalam pukul 6 pagi, boleh tak?

Kamil: Aku on je.

Keesokan paginya Kamil pun pergi ke rumah Zaid untuk bertolak ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Sebelum mereka bertolak, sempat juga mereka berdua berbual-bual:

Zaid: baguslah kau tiba tepat pada waktunya

Kamil: Macam kau tak tau aku kalau berjanji mesti tepati.

Zaid: Ok lah jangan berlengah lagi marilah kita bertolak

Kamil: Ok, jomlah

Zaid kelihatan tergaman apabila melihat Kamil menolak keretanya, oleh kerana mahukan kepastian Zaid bertanyakan kepada kamil kenapa dia menolak kereta tersebut.

Zaid: Yang kau tolak, kereta tu apa pasal??

Kamil: Semalam ko kata, pukul 6 kita nak bertolak, jadi sekarang dah pukul 6 jadi aku tolak lah kereta ni.

Zaid: La aku bukanya suruh kau tolak kereta ni pukul 6, tapi kita nak pergi ke Kuala Lumpur pukul 6. Apalah bangang sangat kau ni.

Kelihatan Kamil tersipu-sipu malu.

Saturday, December 18, 2010

Makan Gulai

Kisah ni berlaku di satu tempat di negeri Kelantan di dalam daerah Kota Bharu. Alkisahnya Mamat mengajak MJ untuk pergi ke tempat makan gulai (kenduri). Ikutilah perbualan mereka berdua.

Mamat: MJ Kau tak dapat ke undangan Makan Gulai daripada Pak Hamid?

MJ: Dapat, kau dapat tak?

Mamat: Ooo Molek benar lah tu, aku pun dapat juga boleh lah kita pergi bersama.

Mereka pun berjalan seiringan untuk menghandiri Majlis Makan Gulai bagi memenuhi undangan yang telah diberikan oleh Pak Hamid. Setelah beberapa minit mereka berjalan akhirnya mereka tiba di rumah Pak Hamid. MJ tanpa membuang masa menceduk gulai dan meletakkan dalam pinggan, tetapi nasi tidak pula diambil MJ ia membuatkan Mamat merasa kehairanan dengan sikap yang ditunjukkan oleh MJ lalu bertanya kepada MJ:

Mamat: Apa pasal ko tak ambik nasi, aku tengok ko ambik gulai je banyak pulak tu?

MJ: Habis orang ajak makan gulai dia tak cakap pun makan nasi dengan gulai, jadi aku ambik gulai sahajalah.

Mamat: Hampeh betul kawan aku ni (dalam hati)

SC: Ini baru betul kalau kita nak panggil makan gulai, ini tak jemput makan gulai tapi sampai kat sana nasi pun makan juga. Semoga korang terhibur.
Enhanced by Zemanta