Followers

Showing posts with label Jenaka. Show all posts
Showing posts with label Jenaka. Show all posts

Thursday, September 3, 2015

Maksud Ayat Buka dan Ayat Tutup Gua dalam Ali Baba Bujang Lapuk

HARI ini SC ingin bercerita mengenai filem melayu dulu-dulu yang tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan. Filem yang SC maksudkan ialah Filem Ali Baba Bujang Lapok. SC percaya ramai daripada kalangan pembaca setia blog SC ini merupakan penggemar filem lakonan Pelakon Tersohor negara iaitu P.Ramlee.

Dalam filem tersebut kita akan dapat lihat watak Kassim Baba telah membuka pintu gua tempat tersimpanya harta sang penyamun. Pernahkan anda semua terfikir apakah maksud ayat yang digunakan untuk membuka dan menutup gua tersebut? SC percaya ramai yang tidak mengetahuinya malah ada yang menganggapnya tiada maksud.

Sebenarnya ayat-ayat tersebut menggunakan bahasa Jawa dan sudah tentu mempunyai maksud yang tersendiri. Jadi sudahkan anda semua bersedia untuk mengetahui maksud ayat buka dan ayat tutup gua yang dilafazkan oleh watak Kassim Baba dalam filem Ali Baba Bujang Lapok itu? Oklah marilah kita cuba dedahkan satu persatu.

AYAT BUKA

1. Niat Insun

Maksudnya ialah Niat Saya.

2. Matakaji

Maksudnya ialah Nak Intai

3. Semar

Maksudnya ialah Orang

4.Ngiseng

Maksudya ialah Berak

AYAT TUTUP

1. Rampong

Maksudnya ialah Lepas

2. Ngiseng 

Maksudnya ialah Berak

3. Semar

Maksudnya ialah Orang

Tilem

Maksudnya ialah = Tidur

Apabila digabungkan semuanya menjadi Niat Saya Nak Intai Orang Berak Lepas Berak Orang Tidur.

SC: Ha Ha Ha selama ini itulah maksudnya.

Wednesday, February 23, 2011

Makan Kedai

HARI ini SC nak berkongsi dengan pembaca setia blog SC sebuah cerita lawak bagi menghiburkan dan membasahkan gusi para pembaca setia blog SC yang bestari.

MAKAN KEDAI

IWAN: Kau dah makan tengahari ke belum?

NIK: Aku belum lagi, kau camne lak?

IWAN: Kalau begitu mari kita makan kedai Pak Lah.

NIK: Boleh apa tunggu lagi jomlah kita pergi.

Mereka pun berdua pun berlalu pergi ke Kedai Pak Lah. Setibanya mereka di sana dengan tidak semena-mena Nik mengangga mulutnya dan cuba makan bangunan yang menjadi kedai makan itu. Melihat gelagat Nik itu membuatkan Iwan terasa kaget.

IWAN: Nik ko dah gila ke? Asal ko nak makan kedai ni?

NIK: Habis tadi kan kau ajak aku makan kedai PAK LAH kan tadi.

IWAN: Apalah kau ni bengap sangat aku ajak kau makan di kedai Pak Lah bukan makan kedai Pak Lah.

Thursday, January 6, 2011

Tok Bomoh Baca Ayat

HARI INI SC ingin berkongsi satu cerita yang sememangnya layak dikongsi untuk bacaan korang semua tajuk cerita ini ialah Tok Bomoh Baca Ayat, ikuti cerita ini di dalam dialog sepertimana yang SC sertakan di bawah ini:

Hendak dijadikan cerita dikisahkan dua orang sahabat sedang rancak bebual di sebuah kedai kopi yang letaknya di Kampung Jin Bertendang. Dua orang sahabat ini ialah Faisal dan Nordin:

Faisal: Aku berkenan betul lah dengan Jamilah anak Pak Mat Soya tu, aku dah cuba tackle tak dapat.

Nordin: Kau Tackle tak kena cara kot

Faisal: Tak kena cara camna macam-macam cara dah aku cuba, aku dah habis cara dah nak guna.

Nordin: ala kalau dah nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih.

Faisal: Ye la tu, Oh ya kau ada kenal tak Bomoh baca ayat, aku nak minta dia baca ayat kat Jamilah.

Nordin: Kalau fasal baca ayat tu, kau tak payah jumpa bomoh, adik aku pun boleh.

Faisal: Betul ke kau ni?

Nordin: Ye la, betul la.

Faisal: Kalau begitu marilah kita jumpa adik kau sekarang.

Nordin: Ok Jom Pergi.

Mereka berdua pun bergegas ke rumah Nordin untuk bertemu dengan adik nordin. Setibanya mereka di rumah Nordin nampaknya Faisal bernasib baik kerana adik Nordin kelihatan ada di rumah nordin. Nordin pun meminta adiknya untuk baca ayat. Adik segera mencapai buku di atas rak buku dan membacanya.

Adik Nordin: Saya ada buku, buku saya sangat tebal, saya suka baca buku.

Mendengar ayat yang dibaca oleh adik Nordin Faisal segera melenting.

Faisal: Hampeh Kau Nordin, kalau ayat macam ni aku pun boleh baca tak perlu kau suruh adik kau baca.

Nordin: La tadi kau kata nak baca ayat, tu adik aku dah baca ayat tu.

Faisal: Apa lah yang bangang sangat kau ni maksud aku, baca ayat tu bomoh yang boleh buat minyak pengasih.

Nordin: La kau tak cakap terang-terang mana aku tau.

Faisal: Sudahlah sudah......buang masa betul kau ni.

Monday, December 20, 2010

Bertolak......

Cerita ini mengisahkan perbualan dua orang sahabat karib, yang sentiasa merancang untuk melakukan program-program sekiranya ada kelapangan masa. Ikuti perbualan mereka.

Zaid: Kau nak pergi tak Bukit Jalil tengok Malaysia main bola Final Piala AFF Suzuki?

Kamil: Boleh juga, bila tu kau nak pergi?

Zaid: Pagi esok kita bertolak dalam pukul 6 pagi, boleh tak?

Kamil: Aku on je.

Keesokan paginya Kamil pun pergi ke rumah Zaid untuk bertolak ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Sebelum mereka bertolak, sempat juga mereka berdua berbual-bual:

Zaid: baguslah kau tiba tepat pada waktunya

Kamil: Macam kau tak tau aku kalau berjanji mesti tepati.

Zaid: Ok lah jangan berlengah lagi marilah kita bertolak

Kamil: Ok, jomlah

Zaid kelihatan tergaman apabila melihat Kamil menolak keretanya, oleh kerana mahukan kepastian Zaid bertanyakan kepada kamil kenapa dia menolak kereta tersebut.

Zaid: Yang kau tolak, kereta tu apa pasal??

Kamil: Semalam ko kata, pukul 6 kita nak bertolak, jadi sekarang dah pukul 6 jadi aku tolak lah kereta ni.

Zaid: La aku bukanya suruh kau tolak kereta ni pukul 6, tapi kita nak pergi ke Kuala Lumpur pukul 6. Apalah bangang sangat kau ni.

Kelihatan Kamil tersipu-sipu malu.

Saturday, December 18, 2010

Makan Gulai

Kisah ni berlaku di satu tempat di negeri Kelantan di dalam daerah Kota Bharu. Alkisahnya Mamat mengajak MJ untuk pergi ke tempat makan gulai (kenduri). Ikutilah perbualan mereka berdua.

Mamat: MJ Kau tak dapat ke undangan Makan Gulai daripada Pak Hamid?

MJ: Dapat, kau dapat tak?

Mamat: Ooo Molek benar lah tu, aku pun dapat juga boleh lah kita pergi bersama.

Mereka pun berjalan seiringan untuk menghandiri Majlis Makan Gulai bagi memenuhi undangan yang telah diberikan oleh Pak Hamid. Setelah beberapa minit mereka berjalan akhirnya mereka tiba di rumah Pak Hamid. MJ tanpa membuang masa menceduk gulai dan meletakkan dalam pinggan, tetapi nasi tidak pula diambil MJ ia membuatkan Mamat merasa kehairanan dengan sikap yang ditunjukkan oleh MJ lalu bertanya kepada MJ:

Mamat: Apa pasal ko tak ambik nasi, aku tengok ko ambik gulai je banyak pulak tu?

MJ: Habis orang ajak makan gulai dia tak cakap pun makan nasi dengan gulai, jadi aku ambik gulai sahajalah.

Mamat: Hampeh betul kawan aku ni (dalam hati)

SC: Ini baru betul kalau kita nak panggil makan gulai, ini tak jemput makan gulai tapi sampai kat sana nasi pun makan juga. Semoga korang terhibur.
Enhanced by Zemanta