Followers

Saturday, April 20, 2013

Dari Pengemis Jalanan Menjadi Artis Popular...

SIAPA sangka dahulunya seorang Pengemis Jalanan kini sudah menjadi artis yang popular oleh kerana bakat yang ada pada dirinya. Dulunya tiada siapa yang memandang insan kerdil bernama Tegar yang dulunya berhempas pulas mengemis di Indonesia untuk mencari wang bagi menyara dirinya. 

SC masih ingat bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Tegar yang bunyinya lebih kurang begini "dulu aku ditendang, sekarang aku disayang" benar-benar mengisahkan kehidupan beliau di masa yang lalu yang penuh dengan keperitan dan juga penderitaan untuk mencari sesuap nasi. 

Namun siapa sangka, pengemis jalanan ini mulai dikenali ramai apabila rakaman aksi beliau menyanyikan lagu sambil bermain gitar di muat naik dan ditayangkan di laman sesawang Youtube. Semakin hari semakin ramai yang menonton video beliau beraksi. 

Berkat kesabaran Tegar, kini beliau sudah menjadi popular malah sudah menjadi ikon bukan sahaja di kalangan kanak-kanak di indonesia tetapi juga orang dewasa di Indonesia malah pengaruh beliau sudah mula tersebar dan memasuki dunia kanak-kanak dan dewasa di Malaysia.

Ini adalah semua kerana hasil usaha gigih beliau selama ini yang tak pernah berputus asa berusaha dan terus berusaha sehinggalah bergelar artis popular. Malah, beliau sendiri sudah acap kali berduet dengan nama-nama besar dunia muzik Indonesia.


Video Yang Telah Membuat Tegar Popular

Video Selepas Popular
SC: Tak Ku Sangka Tak Ku Duga Dulu Pengemis Sekarang Artis Popular.....

1 comment: