Followers

Friday, July 12, 2013

Salam Ramadhan

TELAH begitu lama SC tidak mengemaskini blog ini kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas seharian SC. Kebetulan hari ini SC berkesempatan untuk mengemaskini blog ini jadi SC tidak mensia-siakan peluang keemasan ini untuk mengemaskini blog ini. 

Kebetulan hari ini sudah masuk hari keempat kita sebagai umat Islam menunaikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak. Di kesempatan ini SC ingin m
engucapkan selamat menyambut dan menunaikan ibadah Puasa di bulan yang pernuh keberkatan dan kemuliaan ini.



Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan di bulan inilah kita sebagai umat Islam seharusnya melipatkan usaha-usaha untuk mencari pahala dan keberkatan. Di kesempatan ini juga SC ingin memohon maaf sekiranya sepanjang SC bergelar blogger ini dengan secara sengaja atau tidak sengaja telah membuat anda semua kecil hati ataupun apa-apa kesalahan yang SC buat dan mohon ia dimaafkan sempena bulan yang penuh keberkatan ini. 

Hari keempat berpuasa ini Alhamdullilah SC dapat laluinya dengan penuh kesabaran adalah diharapkan agar anda semua sama seperti SC juga. SC berharap hari-hari yang mendatang dapat dilalui oleh SC dengan penuh kesabaran dan terus dikurniakan pahala oleh Allah s.w.t.

Di kesempatan ini juga SC ingin menasihati kepada anak-anak muda remaja dan kanak-kanak di luar sana agar menghindari daripada bermain mercun kerana mercun itu membahayakan kesihatan. Alhamdulillah setakat ini kita belum mendengar berita mengenai insiden yang membabitkan mercun SC berharap ia akan kekal sampai bila-bila. 

Di bulan yang penuh keberkatan ini SC juga berharap agar anda semua tidak melakukan pembaziran dan jangalah terlalu mengikut hawa nafsu terutamanya ketika membeli juadah berbuka di Bazaar Ramadhan. Ingatlah membazir itu amalan syaitan beli sahaja yang perlu dan janganlah menurut nafsu, jangan tertewas dengan nafsu.

Semoga di bulan yang penuh keberkatan ini anda semua akan berbahagia dan terus bergembira selain terus berlumba-lumba untuk mengandakan pahala di bulan yang mulia ini. Tak berapa lama lagi hari lebaran pun bakal menjelma oleh itu jagalah keselamatan anda semua.

1 comment: