HARI telah masuk hari kedua umat Islam di Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri 1434H. Aidilfitri merupakan hari kita meraikan kemenangan kita berjuang menunaikan ibadah puasa dan melipatkan gandakan ibadat di dalam bulan Ramadhan Al-mubarak. SC percaya semua sedang bergembira dengan sanak-saudara meraikan hari lebaran ini. Dalam kegembiraan kita ini pernahkah kita memikirkan apakah perasaan mereka-mereka yang tidak dapat beraya dengan sanak saudara demi tugas mereka mempertahankan kedaulatan tanah air kita?
SC tidak tahulah apakah perasaan anda tentang mereka, tetapi bagi SC pengorbanan perwira kita harus hargainya cuba bayangkan sanggupkah kita berjauhan dengan keluarga dan sanak-saudara ketika kita sedang bergembira mereka pula terpaksa melupakan kegembiraan berjuang bermati-matian demi negara yang tercinta, tidak terfikirkah kita tanpa mereka belum tentu kita dapat merayakan Aidilfitri ini dengan suasana aman dan damai sepertimana yang kita nikmati sekarang ini. Pengorbanan mereka bukan kecil bukan setakat mengorbankan kegembiraan malah mereka sanggup menggadaikan nyawa demi negara yang tercinta.
Pada malam raya baru-baru ini, SC sempat menonton rancangan sampaikan raya yang disiarkan oleh TV3, di dalam rancangan tersebut tersiar sebuah video mengenai anggota tentera negara kita yang terpaksa bertugas di Lahad Datu, Sabah demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta. Cuba bayangkan adakah anda sanggup mengganti tempat mereka bagi membolehkan mereka beraya bersama sanak-saudara sudah tentu tidak sanggup bukan.
SC cuba juga mencari video berkaitan di youtube tetapi apakan daya SC gagal untuk mendapatkan video yang berkaitan dengan sambutan hari raya Aidilfitri Tentera Malaysia di Lahad Datu. Namun, ini tidak bermakna kita tidak menghargainya namun apa boleh buat tiada orang yang sanggup berkongsi video tersebut di laman sesawang Youtube.
Di kesempatan ini, SC ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada perwira-wira kita yang sedang bertugas di Lahad Datu mempertahankan kedaulatan negara daripada terus diceroboh oleh penceroboh. Pengorbanan mereka SC sanjung tinggi moga Allah merahmati mereka.
Kita sebagai rakyat biasa perlu juga berjuang demi memastikan kehidupan kita yang aman damai selama ini terus terpelihara.
Sembang Cerita: Ada orang sanggup mati negara tanpa memikirkan apakah sumbangan negara kepada mereka...kita bagaimana?
No comments:
Post a Comment