Followers

Friday, November 25, 2011

Jangan Lihat Ke Dalam Lubang Ini

VIDEO LAWAK menjadi pilihan SC pada kali ini untuk dikongsikan bersama semua pembaca setia malah pembaca baru blog SembangCerita. Mungkin video ini boleh dijadikan hiburan buat korang semua di kala rasa bosan menjelma....ceeeewaah ayat berbunga-bunga tu.

SC rasa mungkin lawak lah jugak video ini, jadi di kesempatan ini SC ingin  kongsikan video lawak yang bertajuk Jangan Lihat Ke Dalam Lubang ini. Tajuknya bunyi macam menarik kan, malah mungkin ada yang akan salah tafsir tajuk video lawak ini.

Cuba tonton video di bawah ini, sudah diletak tanda amaran di kotak tersebut Jangan Lihat Ke Dalam Lubang ini, tetapi ada insan yang degil tetap melanggar amaran tersebut dengan melihat di dalam lubang tersebut. Hasilnya dia mendapat balasan daripada tindakan mereka sendiri. Tu lah orang dah larang tapi yang ko tetap degil nak lihat kat dalam lubang tu kenapa.



Daripada video di atas kita dapat lihat yang sudah menjadi lumrah manusia melakukan apa yang dilarang. Teringat pula SC dengan kata orang putih tu yang berbunyi "Trying an Error". Itulah nak lihat sangat apa yang dilarang tengok kan dah dapat malu.....

SC: Hairan juga SC sudah diletak amaran di situ jangan lihat ke dalam lubang ini tetap dia tu tetap lihat ke dalam lubang itu. Itulah degil sangat kan dapat penyakit....moral of the stories: jangan melakukan apa yang dilarang....

Wednesday, November 16, 2011

Filem Misteri Jalan Lama

FILEM Misteri Jalan Lama diarahkan oleh Afdlin Shauki mungkin sebuah filem pertama yang berngere supernatural di Malaysia. Hari ini SC memilih untuk berkongsi dengan korang semua maklumat atau info mengenai filem yang bakal ditayangkan di pawagam kelak.

Bercakap mengenai filem adalah lebih elok terlebih dahulu kita membincangkan berkenaan Sipnopsis Filem Misteri Jalan Lama dan mungkin dengan sipnopsis ini boleh dijadikan panduan oleh anda semua untuk menonton filem ini di pawagam. Sipnopsis filem tersebut korang boleh baca di bawah ini:

SIPNOPSIS FILEM MISTERI JALAN LAMA

Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada Ah Long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.

Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.  Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi mereka berdua ? siapakah sebenarnya mereka ? Apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ? Nantikan filem Fantasi Drama pertama arahan Afdlin Shauki ini yang bakal menemui penonton pada 24 November 2011.

VIDEO TRAILER FILEM MISTERI JALAN LAMA
SC: Daripada Trailer ni filem ni nampak macam hebatnya...apa tunggu lagi....

Sunday, November 13, 2011

Filem Klip 3GP

SALAM 1Malaysia Sc ucapkan kepada semua pembaca setia blog Sembang Cerita. Lama juga SC tidak menemui pembaca setia blog ini, bukanlah SC sengaja tak nak mengeluarkan sebarang artikel tetapi SC terlalu sibuk dengan tugas-tugas SC.

Kebetulan pula, hari ini SC ada masa terluang jadi masa yang terluang ini tidak disia-siakan oleh SC dan SC mengambil keputusan untuk memuatkan artikel terbaru di dalam blog ini pada hari ini. Hari ini SC memilih untuk bercerita mengenai filem yang sedang ditayangkan di pawagam iaitu Filem Klip 3GP.

Sebagai mukadimah SC rasa eloklah SC terlebih dahulu bercerita mengenai sipnopsis Filem Klip 3GP yang dikatakan mendapat sambutan tak tau lah hangat ke tak. Bagi mereka-mereka yang ingin mengetahui sipnopsis Filem Klip 3GP bolehlah membacanya di bawah ini:

SIPNOPSIS FILEM KLIP 3GP


Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.

Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.

Lebih dari itu, Sandra satu hari telahdiperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.

Video Trailer Filem Klip 3GP


Monday, November 7, 2011

Salam AidilAdha

HARI ini sengaja SC terbitkan artikel ini sebagai satu penghormatan khas terutamanya kepada semua pembaca setia blog Sembang Cerita. Mungkin sedikit terlewat namun bagi SC tidak mengapa terlewat sedikit daripada tidak langsung kan.

Hari Raya Korban ini mengajar kita erti sebuah pengorbanan, sebut kata korban terima kasih SC ucapkan kepada semua pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini kerana kesanggupan mereka mengorbankan masa mereka untuk membaca blog SC ini dari hari ke sehari akhirnya populariti blog SC ini terus meningkat.

Di kesempatan ini SC ingin memohon maaf kepada semua pembaca setia blog Sembang Cerita terima kasih di atas pengorbanan anda selama ini. Selamat Hari Raya Aidil Adha SC ucapkan kepada semua pembaca setia blog SC ini. 

SC pada tahun ni tak dapat menunaikan ibadah korban oleh kerana kesukaran mendapat lembu di kawasan kampung SC walaupun sudah awal lagi SC cari tapi tak dapat nak buat camner tahun ni SC tak ada rezeki mungkin di lain tahun ada lah tu rezeki SC.

Apa yang SC dapat lihat Hari Raya Aidiladha kali ini mengikut mata kasar SC tidak begitu meriah kalau dibandingkan dengan raya Aidiladha yang terdahulu tak tahulah kenapa mungkin ada sebab yang boleh kita kaitkan dengan senario tidak meriahnya raya Aidiladha pada tahun ini.

Walaubagaimanapun, SC tetap merasa semangat pengorbanan di mana setiap kali Hari Raya Aidiladha pasti ada saja tempat yang mengadakan majlis korban, ada sajalah lembu, kambing, unta atau rusa yang akan dikorbankan. 

Pengorbanan itu sesuatu yang begitu bermakna dan juga memang berguna manusia seperti kita untuk memahami erti pengorbanan dalam ertikata yang sebenarnya dan hayati pengorbanan di hari raya AidilAdha ini.

SC: Banyak ke binatang yang dikorbankan kat rumah korang...tahun ni SC tak dapat nak korban.

Tuesday, November 1, 2011

Filem Alamak! Toyol

HARI ini SC nak berkongsi dengan korang semua sebuah filem baru yang bakal menemui anda di pawagam yang berdekatan, filem tersebut berjudul Alamak! Toyol. Mungkin Filem ini bergenre Seram komedi. Walauapapun filem ini mampu membuatkan korang semua tak kering gusi melihat gelagat makhluk bewarna hijau yang tak pandai mencuri ini.

Terlebih dahulu SC rasakan eloklah SC lampirkan Sipnopsis Filem Alamak! Toyol. Sipnopsis ini mungkin boleh dijadikan panduan oleh korang semua sebelum menonton filem tersebut di pawagam yang berhampiran dengan rumah korang semua. 

Sipnopsis Alamak! Toyol

Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.

Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.
Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.

Pelakon yang membintangi Alamak! Toyol
Angah Raja Lawak sebagai Angah, Along Cham sebagai Along, Hamid Gurkha sebagai Pak Umar



Trailer Alamak! Toyol





SC: Membaca sipnopsis filem ini macam best aje......