Followers

Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Wednesday, June 21, 2017

Iklan Raya 2017 Hypp TV Ispirasi: Pengorbanan Seorang Bapa

AIDILFITRI sudah makin dekat, Ramadhan pun sudah nak melabuhkan tirainya cuma tinggal beberapa hari lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut hari kemenangan yakni Hari Raya Aidilfitri atau lebih dikenali dengan nama Hari Raya Puasa. 

Begitu pantas masa berlalu, sedar tak sedar kita nak habis bulan puasa. Kadang-kadang SC terfikir juga sempatkan SC merasa bulan puasa di tahun yang mendatang, adakah SC diizinkan Allah lagi atau tak merasai suasana bulan ibadah yang penuh makna ini. SC hanya mampu berdoa agar diberi peluang sekali lagi untuk sama-sama beribadah di dalam bulan yang penuh keberkatan ini di tahun-tahun yang mendatang.

Berbalik kita kepada apa yang ingin kongsi dengan anda semua di dalam artikel SC kali ini ialah iklan raya 2017 yang bertajuk Pengorbanan Seorang Bapa yang dibuat oleh Hypp TV Inspirasi. Namun, apa yang ingin SC tegaskan di sini bukan ini satu-satunya iklan raya yang SC akan kongsikan untuk pembaca setia blog SC ini, cuma ini salah satu iklan yang menjadi pilihan SC untuk dikongsi sebagai tatapan semua. Apa yang pasti setiap Iklan Raya sudah tentu ada mesejnya sendiri.

Tuesday, May 30, 2017

PROMOSI SELIPAR RAYA RM50 SEPASANG SAHAJA




Kini kita berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak, habis sahaja bulan ini kita sebagai Umat Islam akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Sebagaimana hari raya yang lepas-lepas kita akan membeli belah pakaian baru untuk memeriahkan Hari Raya Aidilfitri ini.
SC pada artikel kali ini ingin membuat tawaran khas kepada semua pembaca-baca setia blog SC ini, tawaran yang SC maksudkan ialah Selipar Raya yang mempunyai warna-warna yang menarik pada harga mampu milik. 

Harga yang ditawarkan hanyalah RM50 sepasang tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran sila tambah RM10. Selipar raya tersebut adalah sepertimana gambar-gambar yang SC selitkan di dalam artikel SC ini. Untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi En Hairi di talian 019-7873779.

Pembayaran menggunakan maybank2u turut diterima. Namun, tempahan perlulah dibuat dengan membuat panggilan telefon / whatsapp kepada 019 7873779. Bagi yang berminat untuk membuat pembelian secara borong bolehlah menghubungi talian 0197873779 harga istimewa untuk mereka yang berminat membeli secara borong. 

Jadi apa tunggu lagi bertindaklah sekarang, tempahlah sekarang sebelum kehabisan stok, dimaklumkan bahawa stok adalah terhad, siapa cepat dia dapat jadi jangan tunggu lama-lama nanti lama-nanti ia diambil orang. 

Wednesday, August 15, 2012

Aidilfitri Datang Lagi....

KINI cuma tinggal beberapa hari lagi kita nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Begitu pantas masa berlalu, sedar tak sedar kita dah nak dekat raya. Itulah dinamakan masa, semakin kita mengejarnya semakin ketinggalan kita dibuatnya. SC berharap agar Aidilfitri tahun ini lebih meriah daripada tahun lepas dan tidak seboring Aidilfitri tahun lalu.

Apabila kita bercakap mengenai raya, sebelum SC pergi lebih jauh ada bainya terlebih dahulu SC mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf, zahir dan batin kepada semua terutamanya kepada pembaca setia blog SC yang tidak putus-putus datang ke blog ini dan terus menyumbang kesetiaan kepada blog ini.

Bercakap mengenai Aidilfitri ini, terkenang SC semasa waktu kanak-kanak dahulu, hari raya sememangnya dinanti-nantikan, maklum sahajalah pada masa tu raya dapat duit raya, sekarang lain lah pulak bukan sahaja tak dapat duit raya malah kena bagi duit raya kat orang. Sedih rasanya kan best kalau boleh balik ke zaman kanak-kanak.

Apa-apa pun biarlah kenangan itu berlalu pergi, sekarang kita sudah dewasa dan kekalkan memori kenangan terindah itu di dalam hidup korang. Kenangan terindah itu suatu masa nanti mampu membuatkan kita tertawa seorang diri, lagipun memori kenangan terindah merupakan motivasi terbaik buat diri kita.

Tak meriah raya kalau tak ada lagu raya. Satu lagu yang ternyata mendapat sambutan hangat setiap kali raya ialah lagu Suasana Hari Raya yang dinyanyikan oleh Anuar Zain. Zaman kanak-kanak dulu lagu ni memang hot setiap kali raya. Liriknya sepertimana di bawah:

Suasana Hari Raya - Anuar Zain Elina

Anuar Zain:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Elina:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Anuar Zain:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang

Elina:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Anuar Zain:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

Elina:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

Anuar Zain & Elina:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Anuar Zain:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang

Elina:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Anuar Zain:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

Elina:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri



SC: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Sunday, August 5, 2012

SALAM RAMADHAN

TELAH lama juga SC tidak mengemaskini blog ini, ini disebabkan kerana SC terlalu sibuk dengan tugas-tugas yang menjadi rutin harian SC, namun kebetulan pada pagi yang hening ini SC mempunyai sedikit kelapangan masa, jadi SC tidak sia-siakanya untuk mengemaskini blog SC ini.

Pejam celik pejam celik sudah 16 hari kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan Al-mubarak ini. Mungkin agak lambat bagi penulis untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini, namun kata orang "better late than never" jadi tiada salahnya kalau SC ucapkanya sekarang. 

Mungkin pada Ramadhan kali ini sesuai untuk SC menceritakan pengalaman SC di dalam melaksanakan ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan ini iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bermacam-macam pengalaman yang SC tempuhi sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Mungkin itulah dugaan-dugaan yang perlu SC tempuhi sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini. Pertama sekali, kos sara hidup SC pada bulan ini bertambah berlipat kali ganda, mana taknya RM1500 habis tak sampai pun sebulan. Ini mungkin kerana makanan pada bulan ini naik berlipat kali ganda, malah sukarnya nak cari makanan yang berharga RM3 sepertimana sebelum puasa yang lalu.

Lepas tu sampai pula bil Elektrik, Mak ai RM400.00 tuh, adoi kenapalan dugaan datang menimpa-nimpa, banyak lagi bil-bil yang belum sampai tapi bil Elektrik pun dah RM400.00 sedang duit dalam poket pun tinggal RM30.00 je, kadang-kadang terfikir juga ada tak orang diluar sana nak menghulurkan bantuan tapi tak kan SC nak jadi pengemis pulak kan. 

Terlintas di kepala SC untuk menggadai geran motosikal milik SC, tapi sayang tak tahu nak gadai kat mana, kalau emas ada banyak tempat nak pajak gadai, ada orang kata boleh gadai kat along, tapi tak kan lah SC nak cari penyakit dengan berurusan dengan along. 

Pening betul kepala SC memikirkanya, apa yang SC boleh buat sekarang hanyalah berserah kepada Allah s.w.t. dan menunggu duit jatuh dari langit. Eh menunggu duit jatuh dari langit tu SC melawak je, mana ada duit jatuh dari langit, sudah tentunya SC akan cuba mempertingkatkan usaha lagi. Banyak juga cabaran pada bulan ini tetapi tak mengapa SC akan cuba hadapinya.....

SC: Best juga kalau duit jatuh dari langit.... 

Monday, November 7, 2011

Salam AidilAdha

HARI ini sengaja SC terbitkan artikel ini sebagai satu penghormatan khas terutamanya kepada semua pembaca setia blog Sembang Cerita. Mungkin sedikit terlewat namun bagi SC tidak mengapa terlewat sedikit daripada tidak langsung kan.

Hari Raya Korban ini mengajar kita erti sebuah pengorbanan, sebut kata korban terima kasih SC ucapkan kepada semua pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini kerana kesanggupan mereka mengorbankan masa mereka untuk membaca blog SC ini dari hari ke sehari akhirnya populariti blog SC ini terus meningkat.

Di kesempatan ini SC ingin memohon maaf kepada semua pembaca setia blog Sembang Cerita terima kasih di atas pengorbanan anda selama ini. Selamat Hari Raya Aidil Adha SC ucapkan kepada semua pembaca setia blog SC ini. 

SC pada tahun ni tak dapat menunaikan ibadah korban oleh kerana kesukaran mendapat lembu di kawasan kampung SC walaupun sudah awal lagi SC cari tapi tak dapat nak buat camner tahun ni SC tak ada rezeki mungkin di lain tahun ada lah tu rezeki SC.

Apa yang SC dapat lihat Hari Raya Aidiladha kali ini mengikut mata kasar SC tidak begitu meriah kalau dibandingkan dengan raya Aidiladha yang terdahulu tak tahulah kenapa mungkin ada sebab yang boleh kita kaitkan dengan senario tidak meriahnya raya Aidiladha pada tahun ini.

Walaubagaimanapun, SC tetap merasa semangat pengorbanan di mana setiap kali Hari Raya Aidiladha pasti ada saja tempat yang mengadakan majlis korban, ada sajalah lembu, kambing, unta atau rusa yang akan dikorbankan. 

Pengorbanan itu sesuatu yang begitu bermakna dan juga memang berguna manusia seperti kita untuk memahami erti pengorbanan dalam ertikata yang sebenarnya dan hayati pengorbanan di hari raya AidilAdha ini.

SC: Banyak ke binatang yang dikorbankan kat rumah korang...tahun ni SC tak dapat nak korban.

Thursday, September 1, 2011

Raya....Raya....Raya...Merdeka.....



RAYA, raya, raya, Merdeka menjadi tajuk artikel SC pada kali ini kerana sesuai dengan suasana sekarang ini di mana umat Islam di Malaysia masih lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri ataupun Hari kemenangan selepas hampir sebulan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Aidilfitri kali ini menjadi lebih bersejarah selepas sehari kemudian negara kita yang tercinta yakni Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan negara. Kalau kita perasan nampaknya tahun ni kita sambut dua hari kemenangan pertama kemenangan di atas kejayaan menyempurnakan Puasa di bulan Ramadhan dan hari kemenangan yang kedua ialah kemenangan rakyat Malaysia pahlawan-pahlawan merdeka dahulu berjaya mengeluarkan negara kita daripada cengkaman penjajah.

Pada kesempatan ini SC ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiri, Maaf zahir batin dan juga Selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia dan terima kasih kepada pembaca setia yang terus melayari blog Sembang Cerita ini.

SC difahamkan tema bagi sambutan hari kebangsaan/kemerdekaan pada tahun ini ialah 1Malaysia Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. SC doakan agar transformasi berjaya dengan ini secara automatisnya rakyat akan sejahtera.




SC: Lagu raya dan Lagu Merdeka untuk anda semua....