HARI ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua sebuah motosikal baru keluaran Boon Siew Honda. Mungkin SC boleh katakan model baru motosikal ini adalah versi naik taraf Honda EX5 Dream sebelum ini ekoran keupayaan CCnya dipertingkatkan dari 100cc menjadi 110cc. Pendek kata Honda EX5 Dream 110 baru ini merupakan kesinambungan daripada Honda EX5 Dream 100 sebelum ini.
Pada hemat SC, rupa bentuk Honda EX5 Dream 110 ini amat melucukan dan langsung tidak menarik. Namun, mungkin kepada mereka yang meminati rekabentuk klasik sememangnya motosikal ini merupakan pilihan terbaik buat mereka.
Kalau kita bercakap mengenai motosikal sudah tentu tidak kena kalau kita tidak memperincikan spesifikasi motosikal tersebut. Spesifikasi motosikal tersebut adalah sepertimana di bawah ini:
Jenis Enjin: Penyejuk Udara, OHC, Enjin 4 Kitaran.
Gerek & Lejang: 50.0 x 55.6 mm
Nisbah Mampatan: 9.0:1
Muatan Minyak Pelincir: 1.0 Liter (selepas ditanggalkan) 0.8 liter (selepas pembuangan)
TRANSMISI KUASA
Klac: Automatik Empat Plat Jenis Basah
Transmisi: Jejaring Tetap Empat Kelajuan
Gear 1: 2.615 (34/13)
Gear 2: 1.555 (28/18)
Gear 3: 1.136 (25/22)
Gear 4: 0.916 (22/24)
Nisbah Penurunan Utama: 4.059 (34/13)
Nisbah Penurunan Akhir: 2.642 (37/14)
SISTEM ELEKTRIK
Sistem Pencucuhan: DC-CDI
Bateri: 12V /2.3 atau 2.5 A-h. (penghidup tendang)
12V / 3.0 A-h (penghidup elektrik)
PRESTASI
Kuasa Kuda Maksimum: 5.64kw (7.67PS) / 7500 rpm
Tork Maksimum: 8.32N.m(0.85kgf.m) / 3500 rpm.
DIMENSI
Panjang X Lebar X Tinggi: 1915mm x 696mm x 1052mm
Jarak Roda: 1212mm
Berat Bersih:
Penghidup Tendang: 93KG
Penghidup Elektrik: 94KG
CASIS
Bentuk Kerangka: Tulang Belakang
Suspensi Depan: Teleskopik 81 mm
Suspensi Belakang: Kembar 68 mm
Muatan Tangki Petrol: 4.0 liter
Ukuran Tayar Depan: 70/90 -17M/C 38P
Ukuran Tayar Belakang: 80/90-17M/C 50P
Tekanan Tayar Seorang: Depan 200kpa Belakang 225kpa
Tekanan Tayar Dua Orang: Depan 200kpa, Belakang 280kpa.
Sudut Caster: 26 darjah 30'
Jejak Trail: 73mm
No comments:
Post a Comment