Followers

Showing posts with label enjin. Show all posts
Showing posts with label enjin. Show all posts

Friday, July 28, 2017

Honda RS150 Dengan Turbo

PADA posting SC pada kali ini SC ingin berkongsi dengan anda semua video sebuah motosikal yang telah diubahsuai dan dilengkapkan dengan sistem turbo. Pengubahsuaian telah dibuat ke atas Motosikal berjenama Honda dan modelnya adalah Honda RS 150. Hebat betul motor pun pakai turbo sekarang ni. Jangan main-main tau. 

Cuba anda semua bayangkan bagaimana sebuah motosikal yang dilengkapkan dengan turbo, apakah kehebatan tersembunyi motosikal ini? Adakah dengan memasang sistem turbo di motosikal ini mampu membuatkan motosikal ini mampu terbang sepertimana kapal terbang. 

Bagaimana pula kalau semua motosikal yang ada kat atas dunia yang fana ini dilengkapkan dengan sistem turbo. Berapakah kelajuan yang motosikal tersebut mampu cecah selepas sistem turbo ini dapat dipasang di motosikal tersebut. Berapakah kos untuk memasang sistem turbo pada motosikal mereka. 

Tuesday, August 13, 2013

Honda EX5 Dream 110 Baru !!!

HARI ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua sebuah motosikal baru keluaran Boon Siew Honda. Mungkin SC boleh katakan model baru motosikal ini adalah versi naik taraf  Honda EX5 Dream sebelum ini ekoran keupayaan CCnya dipertingkatkan dari 100cc menjadi 110cc. Pendek kata Honda EX5 Dream 110 baru ini merupakan kesinambungan daripada Honda EX5 Dream 100 sebelum ini. 

Pada hemat SC, rupa bentuk Honda EX5 Dream 110 ini amat melucukan dan langsung tidak menarik. Namun, mungkin kepada mereka yang meminati rekabentuk klasik sememangnya motosikal ini merupakan pilihan terbaik buat mereka.

Kalau kita bercakap mengenai motosikal sudah tentu tidak kena kalau kita tidak memperincikan spesifikasi motosikal tersebut. Spesifikasi motosikal tersebut adalah sepertimana di bawah ini:

ENJIN

Jenis Enjin: Penyejuk Udara, OHC, Enjin 4 Kitaran.
Gerek & Lejang: 50.0 x 55.6 mm
Nisbah Mampatan: 9.0:1
Muatan Minyak Pelincir: 1.0 Liter (selepas ditanggalkan) 0.8 liter (selepas pembuangan)

TRANSMISI KUASA

Klac: Automatik Empat Plat Jenis Basah
Transmisi: Jejaring Tetap Empat Kelajuan
Gear 1: 2.615 (34/13)
Gear 2: 1.555 (28/18)
Gear 3: 1.136 (25/22)
Gear 4: 0.916 (22/24)
Nisbah Penurunan Utama: 4.059 (34/13)
Nisbah Penurunan Akhir: 2.642 (37/14)

SISTEM ELEKTRIK

Sistem Pencucuhan: DC-CDI
Bateri: 12V /2.3 atau 2.5 A-h. (penghidup tendang)
           12V / 3.0 A-h (penghidup elektrik)

PRESTASI

Kuasa Kuda Maksimum: 5.64kw (7.67PS) / 7500 rpm
Tork Maksimum: 8.32N.m(0.85kgf.m) / 3500 rpm.

DIMENSI

Panjang X Lebar X Tinggi: 1915mm x 696mm x 1052mm
Jarak Roda: 1212mm

Berat Bersih:
Penghidup Tendang: 93KG
Penghidup Elektrik: 94KG

CASIS

Bentuk Kerangka: Tulang Belakang
Suspensi Depan: Teleskopik 81 mm
Suspensi Belakang: Kembar 68 mm
Muatan Tangki Petrol: 4.0 liter
Ukuran Tayar Depan: 70/90 -17M/C 38P
Ukuran Tayar Belakang: 80/90-17M/C 50P
Tekanan Tayar Seorang: Depan 200kpa Belakang 225kpa
Tekanan Tayar Dua Orang: Depan 200kpa, Belakang 280kpa.
Sudut Caster: 26 darjah 30'
Jejak Trail: 73mm




Saturday, September 3, 2011

Modenas CTric - Motosikal Elektrik Pertama Malaysia




HARI ini SC ingin berkongsi dengan korang semua maklumat mengenai sebuah motosikal elektrik pertama buatan Malaysia. Syarikat yang membuat motosikal ini ialah Motosikal Dan Enjin Nasional atau ringkasnya MODENAS.

SC merasakan mungkin ia satu inovasi yang wajar dipuji ia juga akan mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap Petrol apabila motor ini yang memang dihasilkan untuk tidak menggunakan petrol.

Spesifikasi Modenas CTric



Modenas CTric

Video Modenas CTric


SC: Wah apa tunggu lagi dapatkan di pasaran sekarang.....