Followers

Wednesday, June 28, 2017

BoBoiBoy Galaxy Episod 3

HARI ini kita teruskan berhibur bersama dengan siri animasi kegemaran ramai iaitu Boboiboy Galaxy kali ini Episod 3 yang SC kongsikan khas buat pembaca setia blog SC. Animasi ini bukan sebarang animasi ianya animasi buatan Malaysia. Siapa kata produk buatan Malaysia tak bagus, kadang-kadang ia lagi bagus daripada yang import. 

Animasi Boboiboy Galaxy ini sememangnya satu inovasi baru di dalam arena animasi tempatan. Ia juga telah membawa satu fenomena baru di dalam negara kita, di mana animasi ini dikatakan setaraf dengan animasi-animasi daripada barat dan juga Jepun. 

Kejayaan Boboiboy Galaxy ini juga telah membuktikan bahawa siapa kata orang Malaysia tidak mampu menghasilkan animasi yang bertaraf dunia. Kalau mengikut SC sekiranya diminta untuk menarafkan animasi ini mengikut bilangan bintang, tidak keterlaluan sekiranya SC mengatakan bahawa animasi ini SC boleh beri lima bintang kepada animasi ini.

Mungkin ada juga kekurangan di dalam animasi ini, tetapi bagi SC ia bukanlah satu keutamaan kerana manusia sememangnya tidak sempurna. Mana ada manusia biasa yang sempurna kerana ini dunia bukan syurga. Begitu juga dengan ciptaan manusia ni mana ada yang betul-betul sempurna malah animasi barat dan Jepun juga ada kekuranganya. 

Wednesday, June 21, 2017

Iklan Raya 2017 Hypp TV Ispirasi: Pengorbanan Seorang Bapa

AIDILFITRI sudah makin dekat, Ramadhan pun sudah nak melabuhkan tirainya cuma tinggal beberapa hari lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut hari kemenangan yakni Hari Raya Aidilfitri atau lebih dikenali dengan nama Hari Raya Puasa. 

Begitu pantas masa berlalu, sedar tak sedar kita nak habis bulan puasa. Kadang-kadang SC terfikir juga sempatkan SC merasa bulan puasa di tahun yang mendatang, adakah SC diizinkan Allah lagi atau tak merasai suasana bulan ibadah yang penuh makna ini. SC hanya mampu berdoa agar diberi peluang sekali lagi untuk sama-sama beribadah di dalam bulan yang penuh keberkatan ini di tahun-tahun yang mendatang.

Berbalik kita kepada apa yang ingin kongsi dengan anda semua di dalam artikel SC kali ini ialah iklan raya 2017 yang bertajuk Pengorbanan Seorang Bapa yang dibuat oleh Hypp TV Inspirasi. Namun, apa yang ingin SC tegaskan di sini bukan ini satu-satunya iklan raya yang SC akan kongsikan untuk pembaca setia blog SC ini, cuma ini salah satu iklan yang menjadi pilihan SC untuk dikongsi sebagai tatapan semua. Apa yang pasti setiap Iklan Raya sudah tentu ada mesejnya sendiri.

Saturday, June 17, 2017

Peraduan Raya Kongsi dan Menang Umobile

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua berhubung satu tawaran peraduan eksklusif daripada sebuah telco yang tidak asing lagi iaitu U Mobile. Kempen ini bermula pada 5 Jun 2017 dan berakhir pada 27 Ogos 2017. Pelanggan-pelanggan Umobile berpeluang memenangi sehingga RM6000 tunai dan juga RM3600 kredit panggilan umobile. 

Bagaimana untuk menyertai kempen ini? Mudah sahaja apa yang anda perlu buat hanyalah kongsilah kredit panggilan anda dengan rakan taulan mahupun ahli keluarga anda. Ada dua kategori hadiah khas untuk pelanggan setia umobile, pertama sekali hadiah bulanan di mana pelanggan perlu berkongsi kredit sekurang-kurangnya dua kali dalam satu minggu setiap minggu. Manakala hadiah mingguan sebanyak RM30 kredit panggilan pula menanti pelanggan umobile yang membuat transaksi kongsi kredit satu kali untuk seminggu. Klik di sini untuk keterangan lanjut

Apa lagi jangan lepaskan peluang keemasan peluang keemasan ini, tawaran terbaik daripada umobile. Anda tak dapat sertai kempen ini kerana anda bukanlah pelanggan umobile, tak mengapa anda boleh sertainya dengan berhijrah ke umobile sekarang kerana itulah pilihan yang bijak. Jadi jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama anda terlepas peluang keemasan ini.

Sementara itu, umobile juga turut melancarkan kempen maafkan kami sempena Hari Raya Aidilfitri ini dengan memberi tawaran istimewa kepada bekas pelanggan umobile yang berhijrah ke telco lain kembali ke pangkuan umobile, ini sudah menarik apa tunggu lagi pastikan U menjadi pilihan anda. SC turut berkongsi video maafkan kami dari u dari umobile dendangan Kyoto Protocol. U memang pilihan terbaik. 

Sunday, June 11, 2017

BoBoiBoy Galaxy Episod 2

BARU-baru ini SC telah berkongsi satu video animasi terkenal negara iaitu BoboiBoy Galaxy Episod 1, hari ini SC memilih untuk berkongsi satu lagi episod dalam siri animasi yang terkenal dan mendapat sambutan hangat di negara kita dewasa ini. Kali ini Episod 2 BoboiBoy Galaxy akan dikongsi khas untuk pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini.

BoboiBoy Galaxy mendatangkan satu fenomena baru di dalam arena animasi tempatan, di mana kualitinya dah hampir setaraf bukan sahaja animasi dari barat, malah setanding juga dengan animasi daripada Jepun contohnya Naruto mahupun One Piece. 

BoBoiBoy Galaxy mengisahkan perjalanan lima sahabat yakni BoboiBoy, Yin, Yaya, Gopal dan Fang di Galaxy di dalam menjalankan misi menyelamatkan Power Sphere daripada jatuh ke tangan mereka-mereka yang jahat di bawah satu organisasi menyelamatkan Power Sphere yang lebih dikenali dengan nama T.A.P.O.P.S. Lima sahabat ini mempunyai kuasa-kuasa mereka yang tersendiri.

BoBoiBoy merupakan watak utama di dalam animasi ini, selain itu beliau juga memiliki kuasa terhebat di antara mereka berlima namun, walaubagaimanapun BoBoiBoy bukanlah seorang yang suka berbangga walaupun kuasa beliau merupakan yang terhebat. 

Saturday, June 10, 2017

WASPADA PENIPUAN PINJAMAN

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua berhubung satu penipuan yang kerap berlaku dewasa ini, penipuan yang SC maksudkan ialah penipuan berkenaan Pinjaman Peribadi. SC merasakan ia perlu dikongsi kepada semua agar tidak ada lagi orang yang tertipu dengan pinjaman tidak wujud ini.

Bercakap mengenai pinjaman, sememangnya orang yang terdesak memerlukan wang pasti akan berbuat apa sahaja asalkan mereka mendapat pinjaman termasuklah mengeluarkan wang ringgit. Oleh yang demikian ramai pemimnjam mudah tertipu dengan skim pinjaman yang sebenarnya tidak wujud ini.

Ada beberapa syarikat yang mendakwa mereka syarikat kewangan berlesen, telah giat mempromosi pinjaman mereka tidak kiralah menerusi pengiklanan tradisional seperti iklan di surat khabar, papan tanda dan risalah-risalah. Di Era Konvergen ini mereka juga tidak terlepas mengiklan pinjaman mereka melalui media sosial, internet malah ada yang mempunyai website sendiri. 

Terlebih dahulu SC ingin tegaskan di sini, bukan semua syarikat yang mendakwa mereka syarikat pinjaman berlesen menjalankan penipuan, mengikut rekod sekiranya syarikat itu benar-benar berlesen sememangnya mereka menjalankan perniagaan mereka secara beretika. Namun, kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga.

Tuesday, June 6, 2017

JOM BAYAR ROADTAX DI KRY GLOBAL ENTERPRISE

HARI ini SC berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan insurans am yang sedang berkembang maju di Bandar Jerteh, Besut, Terengganu. Syarikat ini semakin menjadi pilihan utama terutamanya di kalangan penduduk sekitar Besut. 

Syarikat yang SC maksudkan ialah KRY Global Enterprise. KRY Global Enterprise menawarkan khidmat pembaharuan cukai jalan dan juga polisi insurans kenderaan yang semakin terkenal sejak akhir-akhir ini. Ia menjadi pilihan kerana tawaran murahnya yang menarik minat terutamanya mereka-mereka yang gemar berjimat cermat. 



Lokasi yang menjadi pejabat induk kepada KRY Global Enterprise ini ialah di alamat PT365, Tingkat Bawah, Bangunan DPMMT, Jalan Pasir Akar, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu. KRY Global Enterprise juga boleh dihubungi di talian 09-6975188.

KRY Global Enterprise diuruskan oleh seorang usahawan muda yang baru meningkat naik iaitu En Khairy merupakan salah seorang peserta mentor usahan Dr Azizan Osman. Ketekunan beliau berusaha telah menjadikan KRY Global Enterprise sebagai pilihan utama untuk mendapatkan khidmat pembaharuan insurans kenderaan mahupun pembaharuan cukai jalan. 

Sunday, June 4, 2017

Jalal Bomb Prank

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua sebuah video yang turut menjadi viral akhir-akhir ini, video ini amat popular di youtube sehinggakan ia menjadi trending sejak akhir-akhir ini, Video mengisahkan seorang lelaki yang suka mengenakan orang dengan menggunakan helah dan ancaman palsu kepada orang ramai.

SC pun hairan adakah di negara mereka tiada undang-undang bagi melarang membuat video-video berupa ancaman bom palsu. Adakah negara di mana mereka tinggal tidak menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras penerbitan video yang berupa ancaman bom palsu ini kepada orang ramai. 

Tidakkah ia akan membahayakan nyawa orang ramai, cuba bayangkan kalau ada satu ancaman bom sebenar tetapi ia disangka hanyalah satu gurauan, sudah pasti mereka yang berhampiran dengan bom itu tidak akan melarikan diri kerana menyangka ianya adalah ancaman bom palsu, ini mungkin akan menyebabkan lebih ramai yang akan tercedera mahupun terbunuh kerana menyangka bom sebenar itu bom palsu. 

Mungkin ada yang mengatakan itu adalah sebahagian kreativiti seseorang itu untuk menghiburkan orang ramai, tapi bagi SC ianya sesuatu yang tidak patut berlaku kerana kreativiti tidak semestinya kita perlu membahayakan nyawa seseorang.

Thursday, June 1, 2017

BoBoiBoy Galaxy Eoisod 1

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua sebuah animasi tempatan yang diminati ramai. SC mengambil keputusan untuk berkongsi siri animasi ini kerana SC ingin memberi sokongan kepada industri animasi tempatan agar ia terus berkembang dan mampu diletakkan setaraf dengan animasi-animasi daripada hollywood .

Animasi yang SC maksudkan ialah BoBoiBoy Galaxy, SC merasakan jalan cerita dan watak-watak yang dimuatkan di dalam animasi ini sememanya menarik tambahan pula ia adalah animasi tempatan. Bagi menyahut seruan kerajaan di dalam menyokong barangan buatan Malaysia jadi tiada salahnya jika kita memilih untuk menonton animasi ini. 

Pada kali ini SC akan berkongsi Video Animasi BoboiBoy Galaxy Episod 1 sebagai permulaan khas untuk pembaca-pembaca setia blog SC ini. Namun, terlebih dahulu SC bukanlah pemegang hak cipta untuk animasi ini, tujuan SC berkongsi siri animasi ini ialah lebih kepada untuk mempromosi produk animasi tempatan agar industri animasi kita terus berkembang pesat.

Dalam pada itu, SC berharap terus ramai syarikat-syarikat tempatan akan menunjukkan minat untuk menghasilkan lebih banyak animasi tempatan yang berkualiti antarabangsa dan setanding dengan animasi-animasi yang diimport daripada hollywood.

SC juga berharap di satu masa nanti, Malaysia akan menjadi negara pengeluar animasi yang terbesar asia dan mampu mengalahkan nama-nama besar seperti Jepun dan lain-lain negara yang terkenal dengan penerbitan animasi yang diminati ramai.