Followers

Showing posts with label naruto. Show all posts
Showing posts with label naruto. Show all posts

Sunday, June 11, 2017

BoBoiBoy Galaxy Episod 2

BARU-baru ini SC telah berkongsi satu video animasi terkenal negara iaitu BoboiBoy Galaxy Episod 1, hari ini SC memilih untuk berkongsi satu lagi episod dalam siri animasi yang terkenal dan mendapat sambutan hangat di negara kita dewasa ini. Kali ini Episod 2 BoboiBoy Galaxy akan dikongsi khas untuk pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini.

BoboiBoy Galaxy mendatangkan satu fenomena baru di dalam arena animasi tempatan, di mana kualitinya dah hampir setaraf bukan sahaja animasi dari barat, malah setanding juga dengan animasi daripada Jepun contohnya Naruto mahupun One Piece. 

BoBoiBoy Galaxy mengisahkan perjalanan lima sahabat yakni BoboiBoy, Yin, Yaya, Gopal dan Fang di Galaxy di dalam menjalankan misi menyelamatkan Power Sphere daripada jatuh ke tangan mereka-mereka yang jahat di bawah satu organisasi menyelamatkan Power Sphere yang lebih dikenali dengan nama T.A.P.O.P.S. Lima sahabat ini mempunyai kuasa-kuasa mereka yang tersendiri.

BoBoiBoy merupakan watak utama di dalam animasi ini, selain itu beliau juga memiliki kuasa terhebat di antara mereka berlima namun, walaubagaimanapun BoBoiBoy bukanlah seorang yang suka berbangga walaupun kuasa beliau merupakan yang terhebat. 

Thursday, June 1, 2017

BoBoiBoy Galaxy Eoisod 1

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua sebuah animasi tempatan yang diminati ramai. SC mengambil keputusan untuk berkongsi siri animasi ini kerana SC ingin memberi sokongan kepada industri animasi tempatan agar ia terus berkembang dan mampu diletakkan setaraf dengan animasi-animasi daripada hollywood .

Animasi yang SC maksudkan ialah BoBoiBoy Galaxy, SC merasakan jalan cerita dan watak-watak yang dimuatkan di dalam animasi ini sememanya menarik tambahan pula ia adalah animasi tempatan. Bagi menyahut seruan kerajaan di dalam menyokong barangan buatan Malaysia jadi tiada salahnya jika kita memilih untuk menonton animasi ini. 

Pada kali ini SC akan berkongsi Video Animasi BoboiBoy Galaxy Episod 1 sebagai permulaan khas untuk pembaca-pembaca setia blog SC ini. Namun, terlebih dahulu SC bukanlah pemegang hak cipta untuk animasi ini, tujuan SC berkongsi siri animasi ini ialah lebih kepada untuk mempromosi produk animasi tempatan agar industri animasi kita terus berkembang pesat.

Dalam pada itu, SC berharap terus ramai syarikat-syarikat tempatan akan menunjukkan minat untuk menghasilkan lebih banyak animasi tempatan yang berkualiti antarabangsa dan setanding dengan animasi-animasi yang diimport daripada hollywood.

SC juga berharap di satu masa nanti, Malaysia akan menjadi negara pengeluar animasi yang terbesar asia dan mampu mengalahkan nama-nama besar seperti Jepun dan lain-lain negara yang terkenal dengan penerbitan animasi yang diminati ramai.