Followers

Thursday, November 12, 2015

Mat Rempit Dulu Mat Rempit Sekarang

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua satu info mungkin juga berguna untuk anda semua. Info ini juga mungkin juga boleh dijadikan fakta sekiranya anda semua memerlukan fakta. Hari ini SC akan menyentuh sedikit berkenaan Mat Rempit, bukan bermakna SC menggalakkan aktiviti rempit tetapi sekadar untuk memberi anda semua pengetahuan tambahan tentang mat rempit.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, rempit ialah aktiviti yang dikaitkan dengan lumba haram menggunakan motosikal. Sekali lagi SC tegaskan di sini, artikel SC kali ini bukanya bertujuan untuk memberi definisi mengenai rempit tetapi dengan definisi ini membantu kita memahami apa itu yang dikatakan dengan rempit.

Kali ini SC hanya mahu membincangkan beza Mat Rempit dulu dan Mat Rempit Sekarang.

MAT REMPIT DULU

  1. Muka mereka selelalunya seperti muka pecah rumah.
  2. Mereka kurang membuat aksi bahaya di jalan raya yang sibuk.
  3. Mereka lebih gemar lumba haram daripada membuat aksi-aksi lagak ngeri.
  4. Topi kaledar yang paling top bagi mereka ialah SGV dan Magnum.
  5. Apollo dan MS88 dia tolak tepi kalau siapa pakai memang kena hina.
  6. Kurang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
  7. Kurang terlibat dengan kes-kes jenayah selain daripada trafik.
  8. Tidak kenal apa itu ketum
  9. Tidak kenal apa itu mebron
  10. Tidak kenal apa itu Metapethamine
  11. Hanya mengubah suai motor mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Monday, October 5, 2015

Kereta Sewa Pandu Sendiri Seluruh Malaysia

HARI ini SC nak bersembang mengenai Kereta Sewa Pandu Sendiri. Perkhidmatan sewa kereta ini boleh dikatakan hampir ke seluruh Malaysia. Pada pengamatan SC sememangnya kadar sewa yang dikenakan oleh Green Matrix Car Rental ternyata berpatutan sesuai untuk kebanyakkan orang.

Jika anda memerlukan kereta jangan tunggu lama-lama gunakalah perkhidmatan yang disediakan oleh Green Matrix Car Rental. Anda ada urusan penting tapi kehabisan tiket bas? jadi sewa kereta adalah pilihan terbaik.

Kadar harga yang ditawarkan pada masa ini sememangnya berpatutan dan sesuai untuk semua jenis pendapatan pengguna. Perkhidmatan yang disediakan juga terbaik dan SC boleh katakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Green Matrix Car Rental ini bertaraf lima bintang.

Banyak model kereta yang ditawarkan untuk disewakan kepada semua pengguna yang memerlukan penggunaan kereta untuk urusan peribadi mahupun bisnes. Pelajar juga dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Green Matrix Car Rental ini.

Sunday, October 4, 2015

Proton 4x4 2016

HARI ini SC nak bercerita mengenai kereta. Oleh kerana kita berada di zaman kegawatan adalah lebih baik kita menumpukan kepada kereta buatan tempatan ataupun kereta nasional bagi mengelakkan pengaliran keluar wang kita ke luar negara. Oleh yang demikian belilah barangan buatan Malaysia.

Kali ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua Kereta Konsep Proton yang baru. Kereta yang dikategorikan sebagai pacuan 4 roda atau dalam Bahasa Inggerisnya "4 Wheel Drive" atau lebih dikenali dengan akronim 4X4 ataupun 4WD. 

Perlu diingatkan ketika artikel ini diterbitkan Proton 4X4 ini adalah masih lagi kereta konsep. Oleh kerana ianya kereta konsep tiada maklumat spesifikasi dibekalkan. Ia dijangka dilancarkan pada 2016. 

Ternyata reka bentuk Proton 4x4 ini sungguh hebat sehinggakan sesiapa sahaja teruja untuk memilikinya. Difahamkan Proton 4x4 dibuat menggunakan platform Exora. Masihkah anda semua ingat tak berapa lama dahulu Proton telah mengeluarkan Pikap dengan nama Proton Arena menggunakan platform Wira. Kali ini sekali lagi Proton membuat Inovasi apabila menggunkan Platform Proton Exora untuk menghasilkan Proton 4x4 ini. 

Friday, October 2, 2015

Rebab Alat Muzik Tradisional Kelantan.

HARI ini SC ingin mengajak anda semua untuk sama-sama kita mengenali alat-alat muzik tradiosional kerana SC tak mahu alat muzik tradisional ini dilupakan begitu sahaja. Generasi zaman sekarang sudah semakin ramai yang tidak mengenali alat-alat muzik tradisional.

Sebagai langkah berjaga-jaga SC akan berkongsi dengan anda semua berkenaan alat-alat muzik tradisional agar ia tidak luput ditelan zaman. Muzik tradisional sebenarnya adalah sebahagian daripada kebudayaan kita. Kita sebagai bangsa Melayu tidak harus melupakanya.

Rebab yang sebetulnya berasal daripada Afghanistan. Rebab terdiri daripada tiga utas dawai logam dan ianya digesek dengan pengesek sepertimana kita mengesek viola. Apa yang membezakan Rebab dengan Viola ialah Rebab digesek di atas lantai manakala Viola pula di atas bahu.

Di negara kita Rebab digunakan di dalam muzik mengiring Mak Yong dan Main Puteri dan juga Rodat. Alat ini semakin dilupakan sekiranya langkah-langkah pemeliharaanya tidak dilakukan dengan sewajarnya.

Wednesday, September 30, 2015

Ribut Pusaran Angin Di Tanah Merah Pada 29.9.2015

HARI ini SC nak berkongsi satu kejadian Bencana Alam yang berlaku di Tanah Merah, Kelantan kelmarin (29.9.2015). Bencana alam yang SC maksudkan ialah Ribut Pusaran Angin. Ribut tersebut berjaya dirakamkan oleh jurugambar amatur.

Video Ribut Pusaran Angin di Tanah Merah, Kelantan itu SC akan kongsikan bersama artikel ini. Kejadian tersebut sememangnya merisaukan orang-ramai terutamanya penduduk setempat. Kebimbangan mereka ini berasas juga memandangkan mereka bimbang Ribut Pusaran Angin ini bertukar menjadi Ribut Taufan atau nama lainya Puting Beliung.

Walaupun namanya hanya Ribut Pusaran Angin dan bukan Puting Beliung banyak juga kerosakkan yang berlaku akibat daripada kejadian ini. SC berharap mangsa-mangsa ribut ini bersabar dan anggaplah ianya hanya sebahagian daripada ujian Allah s.w.t untuk umatnya.

Ribut tersebut berjaya dirakamkan oleh jurugambar amatur yang secara tidak sengaja terlihat kejadian tersebut yang memperlihatkan betapa besarnya Kekuasaan Allah dan kita selaku umatnya hanya mampu beristifar melihat kejadian tersebut. Jelas sekali walaupun besar mana kuasa yang kita ada sememangnya tidak mampu menandingi kekuasaan Allah.

Dalam masa yang sama SC berharap kerajaan dapat memberikan bantuan segera kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan Ribut Pusaran Angin tersebut kerana mereka mungkin mengalami kerugian ekoran daripada kejadian tersebut.

Monday, September 21, 2015

Plan Prabayar Celcom Magic Sim

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua maklumat mengenai promosi yang telah ditawarkan oleh Telco yang namanya sudah dikenali ramai. Telco yang SC maksudkan ialah Celcom. Celcom dikatakan telah menawarkan Plan Prabayar Celcom Magic Sim.

Pek Sim Celcom Magic Sim boleh didapati di pasaran sekarang bagi pelanggan baru yang baru nak menggunakan Celcom. Bagi pelanggan sedia ada Celcom mereka boleh menukar plan semasa mereka kepada Magic Sim (Penukaranh hanya dicaj RM5 sekali sahaja). Cara menukar plan sungguh mudah hanya dengan taip MIG MAGIC dan hantar ke 28882.

Bagi pengguna Telco lain dan mahu menggunakan Celcom Magic Sim dan  tidak mahu menukar no talianya atau dengan kata lain mengekalkan no talianya. Mereka boleh berhijrah kepada Celcom Magic Sim tanpa perlu menukar no talian mereka dengan menggunakan khidmat Mobile Number Portability (MNP) dengan mengunjungi cawangan bluecube terdekat. Proses penukaran mengambil masa 3-5 hari.

Bercakap mengenai kadar yang ditawarkan oleh Celcom Magic Sim, SC merasakan ianya kadar terbaik di antara telco-telco yang ada di tanah air kita. Dibawah ini disenaraikan kadar Plan Prabayar Celcom Magic Sim:

Friday, September 18, 2015

Polis EVO

HARI ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua info berkenaan filem yang sedang ditayangkan di pawagam kini. Filem yang SC maksudkan ialah filem Polis Evo. Filem Polis Evo dibintangi oleh Pelawak terkenal Zizan Razak atau lebih dikenali dengan nama Zizan Raja Lawak Astro.

Filem ini dijangka mendapat kutipan pecah panggung namun sejauh mana pencapaian tayangan filem ini SC belum tahu. Namun, daripada filem-filem yang dibintangi Zizan yang lepas-lepas ternyata ia tidak mengecewakan.

Sebelum SC jadi lebih mengarut adalah lebih baiknya kita terus kepada Sipnopsis Filem Polis Evo. Filem ini boleh dikatakan filem pertama Zizan menjadi anggota polis atau lebih tepat lagi melakonkan watak sebagai seorang anggota polis.

Sipnopsis filem Polis Evo anda boleh baca di bawah ini, SC berharap ia akan menjadi panduan berguna buat anda untuk memilih filem apa yang anda ingin tonton di Pawagam kelak. Keputusan di tangan anda semua.

Thursday, September 10, 2015

3 Soalan 1 Penampar

KALI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua satu cerita yang mungkin juga boleh dijadikan pengajaran ataupun terladan yang berguna. Apa yang buruk datang dari saya dan yang baik datangnya daripada Allah s.w.t. Semoga anda semua dapat mengambil iktibar daripada cerita ini.

Cerita ini mengisahkan seorang yang lama berada di luar negara kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Dalam benak fikiranya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa boleh jawab sehinggakan satu hari dia terjumpa dengan seorang Imam tua di kampungnya. Ceritanya sepertimana di bawah ini:

3 Soalan 1 Penampar

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negara kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh jawab. Satu hari beliau bertemu dengan seorang Imam Tua di kampungnya.


PEMUDA: Tok Imam boleh tak jawab soalan-soalan saya?

Pak Imam: Boleh!!! Dengan izin Allah.

PEMUDA: Tok Imam yakin ke? Profesor pun tak leh jawab soalan saya ni.

Pak Imam: Aku cuba jawab soalan hang.

PEMUDA: Saya ada tiga soalan: 

1. Kalau benar tuhan tu ada, tunjuk kat saya kewujudan dia?
2. Apakah yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan dibuat daripada api tentu syaitan tu tak sakit sebab mereka dari unsur yang sama. Apakah tuhan tak pernah terfikir sejauh itu?

Paaang !!!!!

Satu penampar dari tok imam singgah kat pipi pemuda itu.

PEMUDA: Adoiii....awat pak imam tampaq (tampar) saya?

Pak Imam: Sekali tampaq (tampar) terjawab ketiga-tiga soalan hang (kamu).

PEMUDA: Saya tak faham......

Pak Imam: Macamana rasa penampar saya?

PEMUDA: Sakitlah Tok Imam

Tok Imam: Jadi hang percayalah yang sakit tu ada????

PEMUDA: Ya!

Pak Imam: Boleh tak hang tunjuk sakit tu ada macam mana rupa dia.

PEMUDA: Tak Boleh lah tok imam oii...

Pak Imam: Tu jawapan soalan pertama hang. Kita boleh rasa tuhan tu ada tapi tidak boleh tengok.

Pemuda terpegun dengan jawapan Pak Imam.

Pak Imam: Malam tadi hang mimpi tak nak makan penampaq aku?

PEMUDA: Tak (sambil gosok2 muka bekas kena penampar)

Pak imam: Hang terfikir tak yang hang nak makan penampar aku hari ini?

PEMUDA: Takkk!!!! (masih tercengang-cengang)

Pak Imam: Tu lah namanya Takdir!.
Pemuda itu terdiam.

Pak Imam: Tangan yang aku tampar hang ni dibuat daripada apa?

PEMUDA: Kulit dan daging

Pak Imam: Pipi hang yang kena lempang aku tu dibuat daripada apa?

PEMUDA: Kulit dan Daging!!!!????? 

Pak Imam: Hang rasa macam mana bila aku tampar hang tadi?

PEMUDA: Sakit dan pedih berdesing.

Pak Imam: 
Itulah, walaupun syaitan dibuat daripada api dan neraka juga dibuat daripada api, jika tuhan berkehendak maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan walaupun sama unsurnya.

PEMUDA: Alllahuakbar!

Pak imam meninggalkan pemuda itu dan pemuda itu sangat kagum dengan ketinggian ilmu Pak Imam Tua tersebut.

SC: Moga jadi panduan pada anda semua.

Saturday, September 5, 2015

Hazury Permata Baru Industri Muzik Tanah Air

KALAU dulu kita sering mendengar lagu nyanyian penyanyi cilik daripada seberang yakni Indonesia sehimggakan auranya berjaya masuk ke negara kita, Penyanyi cilik yang dimaksudkan ialah Tegar. Pada waktu itu kita hanya mampu kagum dengan kehebatan persembahan Tegar walaupun ianya dari Indonesia.

Hari ini akhirnya negara kita mempunyai penyanyi cilik yang namanya baru meningkat naik. Penyanyi yang SC maksudkan ialah adik Hazury. Hazury dikatakan didik oleh KRU Music. Berasal daripada kemaman dan baru sahaja darjah 3 bersekolah di Sekolah Kebangsaan Chukai, Kemaman, Teremgganu.

Mendengar nyanyian beliau ternyata beliau boleh menjadi pencabar terdekat Tegar. Sekiranya beliau mendapat didikan yang baik tak mustahil satu hari nanti dia boleh  menewaskan Tegar sekaligus mampu mengharumkan nama negara di seantero dunia.

Siapa sangka budak darjah tiga bukan sahaja dapat menyanyikan lagu dengan baik malah vokal beliau ternyata unggul jika nak dibandingkan dengan anak-anak yang sebaya denganya. Kemampuan beliau bermain gitar merupakan satu perkara yang boleh disifatkan sebagai menakjubkan.

Bersama-sama dengan artikel ini SC akan kongsikan bersama video-video yang ada kaitan dengan penyanyi cilik bernama Hazury tersebut.

Thursday, September 3, 2015

Maksud Ayat Buka dan Ayat Tutup Gua dalam Ali Baba Bujang Lapuk

HARI ini SC ingin bercerita mengenai filem melayu dulu-dulu yang tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan. Filem yang SC maksudkan ialah Filem Ali Baba Bujang Lapok. SC percaya ramai daripada kalangan pembaca setia blog SC ini merupakan penggemar filem lakonan Pelakon Tersohor negara iaitu P.Ramlee.

Dalam filem tersebut kita akan dapat lihat watak Kassim Baba telah membuka pintu gua tempat tersimpanya harta sang penyamun. Pernahkan anda semua terfikir apakah maksud ayat yang digunakan untuk membuka dan menutup gua tersebut? SC percaya ramai yang tidak mengetahuinya malah ada yang menganggapnya tiada maksud.

Sebenarnya ayat-ayat tersebut menggunakan bahasa Jawa dan sudah tentu mempunyai maksud yang tersendiri. Jadi sudahkan anda semua bersedia untuk mengetahui maksud ayat buka dan ayat tutup gua yang dilafazkan oleh watak Kassim Baba dalam filem Ali Baba Bujang Lapok itu? Oklah marilah kita cuba dedahkan satu persatu.

AYAT BUKA

1. Niat Insun

Maksudnya ialah Niat Saya.

2. Matakaji

Maksudnya ialah Nak Intai

3. Semar

Maksudnya ialah Orang

4.Ngiseng

Maksudya ialah Berak

AYAT TUTUP

1. Rampong

Maksudnya ialah Lepas

2. Ngiseng 

Maksudnya ialah Berak

3. Semar

Maksudnya ialah Orang

Tilem

Maksudnya ialah = Tidur

Apabila digabungkan semuanya menjadi Niat Saya Nak Intai Orang Berak Lepas Berak Orang Tidur.

SC: Ha Ha Ha selama ini itulah maksudnya.

Thursday, May 7, 2015

Samsung Galaxy S6 EDGE

HARI ini SC memilih untuk berkongsi maklumat dengan anda semua berkenaan dengan sebuah gajet berupa Telefon Pintar keluaran terbaru Samsung. Telefon pintar tersebut ialah Samsung Galaxy S6 EDGE. Telefon ini dilengkapi beberapa ciri menarik jadi tidak menghairankan jika ia menarik hati anak muda untuk memilikinya.

Dewasa ini, telefon pintar seolah-seolah telah menjadi satu keperluan kepada rata-rata rakyat Malaysia. Di tambah pula bilangan pengguna internet di Malaysia terus meningkat saban hari. Jadi Samsung Mobile juga tidak mahu ketinggalan di dalam perlumbaan teknologi yang berterusan di dalam bidang pembuatan telefon di dunia amnya dan di Malaysia khasnya.

SC telah menyelidiki maklumat-maklumat berkenaan telefon Samsung Galaxy S6 EDGE agar anda semua dapat membuat pilihan yang tepat di dalam memilih Telefon Pintar terbaik buat anda dan juga bersesuaian dengan jiwa anda.

MAKLUMAT SAMSUNG GALAXY S6 EDGE

KELUARAN:      SAMSUNG MOBILE
TEKNOLOGI
RANGKAIAN:    GSM / HSPA / LTE

UKURAN:           142.1 x 70.1 x 7 mm (5.59 x 2.76 x 0.28 in)
BERAT:                132g
JENIS
SKRIN:              Corning Gorilla Glass 4 back panel
SIM:                    Nano-SIM
                            Fingerprint sensor (PayPal certified)
                            Samsung Pay (Visa, MasterCard certified)

PAPARAN

JENIS
PAPARAN:         Super AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors
SAIZ
PAPARAN:         5.1 inches (~71.7% screen-to-body ratio)
RESOLUSI:       1440 x 2560 pixels (~577 ppi pixel density)
BERBILANG
SENTUH:           Ya

PLATFORM

OS:                     Android OS, v5.0.2 (Lollipop)
CHIPSET:           Exynos 7420
CPU:                   Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & Quad-core 2.1 GHz
                             Cortex-A57
GPU:                    Mali-T760MP8



MAKLUMAT LAIN BOLEH KLIK DI SINI

VIDEO PREVIEW SAMSUNG GALAXY S6 EDGE

SC: Canggih, Manggih harga pun canggih....

Monday, May 4, 2015

Tragedi DUKE menyayat hati....

HARI ini SC ingin melahirkan rasa simpati SC kepada mangsa kemalangan maut di Lebuhraya DUKE (Damansara Ulu Kelang) sepertimana yang dilaporkan oleh UTUSAN ONLINE. Kemalangan itu mengorbankan tiga beranak.

Perbincangan mengenai kemalangan ini dibincangkan secara meluas di Facebook. Satu video CCTV memaparkan video beberapa buah kereta MyVi sedang berlumba di Lebuhraya DUKE. Namun, setakat ini belum dapat disahkan kesahihan video tersebut.

SC merasakan sekiranya video tersebut benar-benar sahih, pihak berkuasa perlu memastikan bahawa hukuman yang setimpal perlu dikenakan ke atas pemandu MyVi tersebut. Difahamkan MyVi yang merempuh Pajero Sport itu adalah ahli kelab FMC (Familia MyVi Club) jadi SC berharap kelab tersebut tidak melindungi pemandu tersebut demi keadilan untuk keluarga mangsa.

Dalam pada itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menziarahi anak-anak mangsa yang tidak terlibat dalam kemalangan tersebut sepertimana yang dilaporkan UTUSAN ONLINE. Ahmad Zahid Hamidi turut memberi jaminan bahawa mereka yang terlibat akan diheret ke muka pengadilan.

Video Rakaman CCTV MyVi Berlumba di Lebuhraya DUKE (Belum disahkan kesahihanya)




Gambar Kemalangan Lebuhraya DUKE


SC: Jangan jadikan jalan raya / lebuh raya sebagai medan lumba....ingat nyawa orang tak berdosa....

Saturday, May 2, 2015

Boon Siew Honda Dream 110 Fi

SC hari ini berkongsi dengan anda semua sebuah motosikal keluaran terbaru Boon Siew Honda. Baru-baru ini Boon Siew Honda telah melancarkan sebuah model kapcai versi naik taraf model sebelum ini (Dream 110) yang dinamakan Honda Dream 110 Fi.

Terlebih dahulu SC ingin menceritakan terlebih dahulu berkenaan spesifikasi Honda Dream 110 Fi. Spesifikasi motorsikal ini adalah sepertimana di bawah ini:

ENJIN

ENJIN: Penyejukan Udara, 4 Cycle OHC
BORE & STROKE: 50.0 X 55.598 mm
COMPRESSION RATIO: 9.0:1
Lubricating Oil Capacity (Upper & Lower) : 1.0 Liter (After Disassembly) 0.8 Liter (After Draining)
Fuel System: PGM-Fi
Fuel Tank Capacity: 4.3 Liter.

Maklumat lanjut sila rujuk Boon Siew Honda.

VIDEO HONDA DREAM 110 Fi





SC: Memang mengancam motor ni rugi kalau tak beli...