Followers

Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Tuesday, June 6, 2017

JOM BAYAR ROADTAX DI KRY GLOBAL ENTERPRISE

HARI ini SC berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan insurans am yang sedang berkembang maju di Bandar Jerteh, Besut, Terengganu. Syarikat ini semakin menjadi pilihan utama terutamanya di kalangan penduduk sekitar Besut. 

Syarikat yang SC maksudkan ialah KRY Global Enterprise. KRY Global Enterprise menawarkan khidmat pembaharuan cukai jalan dan juga polisi insurans kenderaan yang semakin terkenal sejak akhir-akhir ini. Ia menjadi pilihan kerana tawaran murahnya yang menarik minat terutamanya mereka-mereka yang gemar berjimat cermat. 



Lokasi yang menjadi pejabat induk kepada KRY Global Enterprise ini ialah di alamat PT365, Tingkat Bawah, Bangunan DPMMT, Jalan Pasir Akar, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu. KRY Global Enterprise juga boleh dihubungi di talian 09-6975188.

KRY Global Enterprise diuruskan oleh seorang usahawan muda yang baru meningkat naik iaitu En Khairy merupakan salah seorang peserta mentor usahan Dr Azizan Osman. Ketekunan beliau berusaha telah menjadikan KRY Global Enterprise sebagai pilihan utama untuk mendapatkan khidmat pembaharuan insurans kenderaan mahupun pembaharuan cukai jalan. 

Friday, October 2, 2015

Rebab Alat Muzik Tradisional Kelantan.

HARI ini SC ingin mengajak anda semua untuk sama-sama kita mengenali alat-alat muzik tradiosional kerana SC tak mahu alat muzik tradisional ini dilupakan begitu sahaja. Generasi zaman sekarang sudah semakin ramai yang tidak mengenali alat-alat muzik tradisional.

Sebagai langkah berjaga-jaga SC akan berkongsi dengan anda semua berkenaan alat-alat muzik tradisional agar ia tidak luput ditelan zaman. Muzik tradisional sebenarnya adalah sebahagian daripada kebudayaan kita. Kita sebagai bangsa Melayu tidak harus melupakanya.

Rebab yang sebetulnya berasal daripada Afghanistan. Rebab terdiri daripada tiga utas dawai logam dan ianya digesek dengan pengesek sepertimana kita mengesek viola. Apa yang membezakan Rebab dengan Viola ialah Rebab digesek di atas lantai manakala Viola pula di atas bahu.

Di negara kita Rebab digunakan di dalam muzik mengiring Mak Yong dan Main Puteri dan juga Rodat. Alat ini semakin dilupakan sekiranya langkah-langkah pemeliharaanya tidak dilakukan dengan sewajarnya.

Wednesday, September 30, 2015

Ribut Pusaran Angin Di Tanah Merah Pada 29.9.2015

HARI ini SC nak berkongsi satu kejadian Bencana Alam yang berlaku di Tanah Merah, Kelantan kelmarin (29.9.2015). Bencana alam yang SC maksudkan ialah Ribut Pusaran Angin. Ribut tersebut berjaya dirakamkan oleh jurugambar amatur.

Video Ribut Pusaran Angin di Tanah Merah, Kelantan itu SC akan kongsikan bersama artikel ini. Kejadian tersebut sememangnya merisaukan orang-ramai terutamanya penduduk setempat. Kebimbangan mereka ini berasas juga memandangkan mereka bimbang Ribut Pusaran Angin ini bertukar menjadi Ribut Taufan atau nama lainya Puting Beliung.

Walaupun namanya hanya Ribut Pusaran Angin dan bukan Puting Beliung banyak juga kerosakkan yang berlaku akibat daripada kejadian ini. SC berharap mangsa-mangsa ribut ini bersabar dan anggaplah ianya hanya sebahagian daripada ujian Allah s.w.t untuk umatnya.

Ribut tersebut berjaya dirakamkan oleh jurugambar amatur yang secara tidak sengaja terlihat kejadian tersebut yang memperlihatkan betapa besarnya Kekuasaan Allah dan kita selaku umatnya hanya mampu beristifar melihat kejadian tersebut. Jelas sekali walaupun besar mana kuasa yang kita ada sememangnya tidak mampu menandingi kekuasaan Allah.

Dalam masa yang sama SC berharap kerajaan dapat memberikan bantuan segera kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan Ribut Pusaran Angin tersebut kerana mereka mungkin mengalami kerugian ekoran daripada kejadian tersebut.

Saturday, December 7, 2013

Aku Yang Dulu Versi Kelantan

OLEH kerana SC sudah lama tidak mengemaskini blog milik SC ini, hari ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua terutamanya pembaca setia blog ini satu lagu istimewa khas buat semua penyokong setia SC walau di mana jua mereka berada.

Masihkah anda semua ingat tentang lagu Aku Yang Dulu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi cilik dari Indonesia yang dahulunya pengemis sekarang sudah menjadi superstar kesayangan ramai. Namun, hari ini SC bukan ingin berkongsi lagu yang dinyanyikan Tegar tetapi lagu Aku Yang Dulu Versi Kelantan yang dinyanyikan oleh adik Haikal di dalam versi Kelantan.

Lagu ini amat sesuai didengar terutamnya oleh peminat fanatik lagu-lagu dikir barat yang berasal daripada Kelantan. Untuk pengetahuan anda semua lagu ini sudah mendapat sambutan hangat dan telah diputar di kebanyakkan stesen radio terutamanya Radio Malaysia Kelantan FM.

AKU YANG DULU VERSI KELANTAN
Haikal Lonih Tok Serupo Dulu



SC: Wow berbakat betul penyanyi cilik ini mungkin beliau patut buat lagu sendiri mana tahu bolah lawan dengan Tegar

Saturday, August 17, 2013

Uniknya Loghat Kelantan

UNIKNYA loghat Kelantan menjadi tajuk artikel SC pada kali ini. Kepada sesiapa yang pernah ke Kelantan satu masa dulu pastinya mahu datang di masa-masa yang akan datang melawati negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Mungkin juga kerana uniknya negeri serambi Mekah ini.

Namun dalam banyak-banyak perkara ada satu perkara unik yang SC nak katakan di sini, namun yang paling menarik ialah keunikkan loghat Kelantan itu sendiri. Tahukah anda kebanyakkan perkataan yang ada dalam loghat Kelantan adalah berasal daripada Bahasa Inggeris.

Percaya atau tidak sememangnya kebanyakkan perkatan di dalam loghat Kelantan berasal daripada Bahasa Inggeris. Bagi mereka-mereka yang tidak percaya SC akan cuba jelaskan sehingga mereka percaya bahawa kebanyakkan perkataan dalam loghat Kelanatan berasal daripada Bahasa Inggeris.

Friday, February 25, 2011

Dengarkan Radio Malaysia Kelantanfm Online


HARI INI SC nak berkongsi dengan pembaca setia terutamanya bagi peminat stesen radio negeri yang paling popular di Malaysia iaitu Radio Malaysia Kelantanfm. Memang stesen radio ini menjadi salah sebuah stesen radio negeri paling popular di Malaysia.

Radio Malaysia Kelantanfm mempunyai banyak rancangan yang menarik. Jadi tidak rugi bagi anda untuk mendengar Radio Malaysia Kelantan FM. Kini Radio Malaysia Kelantan FM boleh di dengar di atas talian internet atau dalam Bahasa Inggerisnya Online Radio.

Bagi melengkapkan dunia hiburan anda, jadi tiada salahnya sekiranya anda mendengar stesen radio ini. Bagi pembaca setia blog SC yang berminat untuk mendengar siaran Radio Malaysia Kelantan FM boleh lah ke laman web mereka di http://www.kelantanfm.gov.my/.

Bagi mereka yang sukakan short cut untuk terus mendengar siaran radio tersebut boleh lah dengarkan ia di sini.

SC: Banyak juga rancangan menarik di dalam Kelantan FM ni, SC pun minat dengan radio negeri paling popular ini, jadi apa tunggu lagi.
Enhanced by Zemanta