Followers

Saturday, August 17, 2013

Uniknya Loghat Kelantan

UNIKNYA loghat Kelantan menjadi tajuk artikel SC pada kali ini. Kepada sesiapa yang pernah ke Kelantan satu masa dulu pastinya mahu datang di masa-masa yang akan datang melawati negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Mungkin juga kerana uniknya negeri serambi Mekah ini.

Namun dalam banyak-banyak perkara ada satu perkara unik yang SC nak katakan di sini, namun yang paling menarik ialah keunikkan loghat Kelantan itu sendiri. Tahukah anda kebanyakkan perkataan yang ada dalam loghat Kelantan adalah berasal daripada Bahasa Inggeris.

Percaya atau tidak sememangnya kebanyakkan perkatan di dalam loghat Kelantan berasal daripada Bahasa Inggeris. Bagi mereka-mereka yang tidak percaya SC akan cuba jelaskan sehingga mereka percaya bahawa kebanyakkan perkataan dalam loghat Kelanatan berasal daripada Bahasa Inggeris.


Pertama Sekali cuba kita lihat satu perkataan dalam loghat Kelantan yang berasal daripada Bahasa Inggeris. Perkataan "Bekwoh" sebenarnya berasal daripada perkataan Inggeris yang berbunyi "Big Watch", di mana Big Watch ini membawa maksud "Kenduri Besar".

Manakala, perkataan kedua yang berbunyi "Gostan" ianya berasal daripada perkataan Inggeris yang berbunyi "Go Us Turn" yang membawa maksud "Mengundur". Jelas sekali membuktikan bahawa kebanyakkan perkataan dalam loghat Kelantan berasal daripada perkataan "Bahasa Inggeris".

Selain itu, "Bok" adalah salah satu perkataan dalam loghat Kelantan yang membawa maksud "Buku". Ianya berasal daripada perkataan inggeris yang berbunyi "Book" yang membawa maksud "buku" ini mengukuhkan lagi pendapat SC mengenai kebanyakkan perkataan dalam loghat Kelantan berasal daripada Bahasa Inggeris. 

"Kona" juga merupakan salah satu perkataan dalam loghat Kelantan yang membawa maksud membelok. Contoh penggunaan ayat "Mung Kona Kanan pah tu Mung Kona Kiri". Maksud ayat ini " Kau belok ke kanan lepas tu kau belok ke kiri". Ia berasal daripada perkataan Inggeris yang berbunyi "Corner". Jadi jelaslah sekarang kebanyakkan perkataan dalam loghat Kelantan berasal daripada perkataan Inggeris.

No comments:

Post a Comment