Followers

Monday, September 26, 2011

Filem Bini-Biniku Gangster

FILEM terus menjadi pilihan SC pada artikel pada kali ini untuk dikongsikan dengan korang semua sekali lagi. Filem yang SC maksudkan ialah ianya berjudul Bini-Biniku Gangster untuk panduan korang-korang semua terutamanya yang meminati filem-filem tempatan kata orang "Filem kita Wajah Kita".

Maklumat yang SC perolehi jadi SC kongsikan dengan korang semua terutamanya yang merupakan pembaca setia blog Sembang Cerita ini. Untuk pengetahuan korang filem ini sudah ditayangkan di pawagam tetapi ianya belum ditayang lagi di saluran ASTRO FIRST.

Antara maklumat mengenai filem tersebut yang SC telah perolehi adalah sepertimana di bawah ini:

Sipnopsis Bini-Biniku Gangster:

Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam. 


Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.


Video Trailer Bini Biniku Gangster


SC: Apa tunggu lagi jom ke pawagam layan bini-biniku gangster.

Thursday, September 22, 2011

Filem Hantu Bonceng

SC baru-baru ini telah pun menonton filem Hantu Bonceng, walaupun SC tinggal di Kota Bharu, Kelantan di mana di dalam tempat ini tiada pawagam yang wujud namun SC dapat juga menonton filem terbaru tersebut di pawagam di rumah SC sendiri tak lain tak bukan tentulah Astro First. Terima kasih ASTRO....

Selepas SC menonton filem tersebut, tergerak pula hati SC untuk berkongsi maklumat mengenai dengan filem tersebut dengan korang semua pembaca setia blog Sembang Cerita, mungkin ianya boleh dijadikan panduan untuk korang semua untuk menonton filem yang akan membuatkan diri anda tidak kering gusi ini.

SC merasakan terlebih dahulu adalah lebih elok SC kongsikan dengan korang semua sipnopsis Filem Hantu Bonceng tersebut untuk rujukan dan pedoman korang semua SC lampirkan sipnopsis Hantu Bonceng sepertimana di bawah ini:

SIPNOPSIS HANTU BONCENG

Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.

MAKLUMAT MENGENAI FILEM HANTU BONCENG

Pengarah : Ahmad Idham
Syarikat Penerbit : Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Penulis: Ahmad Idham
Lakon layar : Ahmad Idham
Penulis skrip : Ahmad Idham
Lakonan:
Zizan Raja Lawak : Amran (Pelakon Utama)
Juliana Evan : Ayu (Pelakon Utama)
Jue Aziz : Halimaton (Pelakon Utama)
Taiyuddin Bakar : Kunyit (Pelakon Pembantu)
Krew:
Pengarah Fotografi : Raja Mukhriz
Pembantu Pengarah : Rosli Mohd Taib
Penyunting : Ahmad Mustadha Bin Samingon
Penerbit: Ahmad Idham

VIDEO TRAILER FILEM HANTU BONCENG



SC: Wah Memang best lah filem Hantu Bonceng ni perasaan pun bercampur-campur...ketawa dan ketakutan....

Saturday, September 17, 2011

Perodua MyVi 1.5 Extreme


PEMINAT kereta biasanya sering berbual mengenai kereta oleh yang demikian hari ini SC memilih untuk berkongsi maklumat dengan korang semua mengenai sebuah kereta buatan Malaysia yang baru dilancarkan beberapa hari yang lalu. Kereta tersebut dikeluarkan oleh Perodua dan dinamakan Perodua MyVi 1.5 Extreme.

Setakat ini Perdoua MyVi 1.5 Extreme sememangnya ekstrem. Ia kelihatan begitu garang sekali dan sesuai untuk mereka-mereka yang berjiwa muda walaupun pada dasarnya mereka telah pun tua.

Terdapat dua variasi Perodua MyVi 1.5 Extreme iaitu:

Perodua MyVi 1.5 Extreme dengan transmisi manual
Perodua MyVi 1.5 Extreme dengan Transmisi Automatik

Perodua MyVi 1.5 Extreme didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu:

Solid Majestic Yellow
Solid Ivory White
Mettalic Ebony Black

Harga Pasaran MyVi 1.5 Extreme

Perodua MyVi 1.5 Extreme Manual (Solid) RM 58, 200
Perodua MyVi 1.5 Extreme Manual (Mettalic) RM 58, 700
Perodua MyVi 1.5 Extreme Automatic (Solid) RM 61, 200
Perodua MyVi 1.5 Extreme Automatic (Mettalic) RM 61, 700

Video Perodua MyVi 1.5 Extreme Video:

SC: Wah memang mengancam MyVi baru ni....

Thursday, September 15, 2011

Data - Ku Menanti Ku Menangis

SC baru-baru ini telah layan sebuah lagu baru dendangan dari kumpulan DATA, lagu tersebut berjudul Ku Menanti Ku Menangis. Best jugak la lagu ni kalau korang semua nak layan lagu ni, memang sesuai lagipun telah lama DATA tidak mengeluarkan album.

Tajuknya pun bunyinya dah macam jiwang tentulah lagunya mesti jiwang punya lah orang kata lagu tangkap leleh tak pun tangkap lentok. Kalau korang suka lagu yang jenis jiwang-jiwang ni memang lagu ni sesuai untuk korang so jangan tunggu lama-lama layanlah lagu ni sekarang.

DATA - MENANGIS KU MENANGIS


DATA satu kumpulan yang memang tidak kurang hebatnya. Tambah pula, DATA boleh dikira sebagai otai dalam industri muzik tanah air bak kata orang tak siapa yang boleh lawan dengan otai. Bagi korang-korang yang tak minat lagu jiwang-jiwang ni maaf aku cakap sikit tolonglah hormati minat orang lain kalau korang tak minat dok diam dahle itu hak korang.

LIRIK KU MENANTI KU MENANGIS - DATA

Menangis ku menangis pilu hatiku
Menangis ku menangis tak siapa yang tahu
Menangis ku menangis
Tangisan ini padamu kasih
Menangis aku menangis

Saat kau pergi tinggalkan diri ini

Di saat engkau pergi aku menanti
Menanti ku menanti dikau kembali
Mengharap kasih yang tak pasti
Cinta yang suci
Di mana janji kasih sejati
Kau tinggal pergi

Merana aku dalam sengsara
Cinta yang dusta jangan berpura-pura

Biar ku derita
Biar ku merana
Biar ku kecewa
Asal kau bahagia

Menangis ku menangis pilu hatiku
Menangis ku menangis tak siapa tahu

Mengharap kasih yang tak pasti
Cinta yang suci
Di mana janji kasih sejati
Kau tinggal pergi

Kau tinggal pergi
Kau tinggal pergi

SC: Usah buang masa lagi...layanlah sekarang....

Wednesday, September 14, 2011

Video Rompakan Ke Atas Pelajar Malaysia di London

HARI ini SC memilih untuk berkongsi dengan korang semua satu video yang memang ada kaitan dengan negara kita yakni Malaysia. Video ini mengisahkan seorang Pelajar Malaysia telah di London.

SC ingin melahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku dan turut bersimpati dengan apa yang telah berlaku ke atas Pelajar tersebut. Mungkin video ini lambat sedikit SC kongsikan dengan korang semua tapi tak kisahlah janji SC pun dah kongsikan dengan korang semua ianya lebih baik daripada tidak langsung SC kongsikan dengan korang semua.

SC walaubagaimanapun kurang pasti bagaimana video ini di ambil, andaian yang boleh SC buat adalah mungkin ianya sebuah rakaman video daripada kamera litar tertutup ataupun CCTV. Malang sungguh nasib pelajar Malaysia tersebut. Bagi korang yang menonton video tersebut bolehlah korang menontonya di bawah ini:



SC: Kata orang hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri....

Thursday, September 8, 2011

Nokia 5140


HARI ini SC ingin berkongsi dengan korang semua sebuah telefon jenama Nokia yang mempunyai ciri yang tidak kurang menariknya. Memang sesuailah SC berkongsi info mengenainya dengan korang semua.

Nokia 5140 ini didatangkan dengan ciri 'Walkie Talkie' dengan menggunakan fungsi Push-to-Talk, ini bermakna sekarang ini kalau korang nak guna Walkie Talkie tak perlulah korang usung Walkie Talkie yang berat bagai nak rak tu....Hanphone ni lebih ringan.

SC dapat tahu telefon ini telah digunakan oleh Penguatkuasa Majlis Daerah Besut (MDB), Terengganu dan mungkin di masa-masa akan datang bertambahlah lagi agensi-agensi kerajaan yang lain mungkin akan turut menggunakanya.

Spesifikasi Nokia 5140

Spesifikasi Am

Rangkaian 2G: GSM 900 / 1800 / 1900 GSM 850 / 1800 / 1900 - Versi US

Diumumkan: Suku Ke 4 2003

Status: Tidak Disambung

Saiz:
Dimensi: 106 x 47 x 24 mm, 86 cc

Berat: 100g

Paparan:

Jenis Paparan: CSTN, 4096 Color

Saiz Paparan: 128 x 128 pixels, 5 lines, 1.5 inches, 27 x 27 mm (~121 ppi pixel density)

- White backlight
- Adjustable display brightness- Wallpapers- Softkey

Bunyi:

Jenis Penggera: Vibration: Downloadable polyphonic, monophonic ringtones

Pembesar Suara: Ya
Jek 3.5 mm : TIada

Memori:

Buku Telefon: 500
Rekod Panggilan: 20 dialed, 10 received, 10 missed calls
Slot Kad Memori: Tiada

- Editable message templates
- Up to 150 SMS messages- Up to 50 MMS messages- Max 64 kB Java apps.

Data:
GPRSClass 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
EDGEClass 6, 177.6 kbps
3GNo
WLANNo
BluetoothNo
Infrared portYes
USBYes, Pop-Port

Camera:

PrimaryVGA, 640x480 pixels
VideoYes
SecondaryNo

Ciri-Ciri:
MessagingSMS, MMS, Email
BrowserWAP 2.0/xHTML
RadioStereo FM radio
GamesAdventure Race + Java downloadable
Colors
LanguagesMajor European languages
GPSNo
JavaYes
- Push to talk (VoIP service)
- T9
- Organizer
- Stopwatch
- Improved durability
- Thermometer
- Flashlight
- Automatic volume control
- Digital compass
- Sound meter

Bateri:

Standard, Li-Ion 760 mAh (BL-5B)
Stand-byUp to 300 h
Talk timeUp to 5 h

Lain-Lain:

SAR US0.47 W/kg (head) 1.21 W/kg (body)
SAR EU0.77 W/kg (head)

SC: Memang best lah telefon ni rugi korang tak pakai....

Tuesday, September 6, 2011

Platform Blog TUMBLR


HARI INI SC nak berkongsi dengan korang semua sebuah platform blog yang tidak kurang popular. Platform atau Hosting Blog Percuma itu dikenali dengan nama TUMBLR. Menggunakan domain http://namabloganda.tumblr.com.

Apa yang menariknya perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma oleh TUMBLR. Jadi kepada korang-korang yang berminat dengan blog-blog ini boleh lah melayari laman web rasmi TUMBLR di http://www.tumblr.com.

Jadi bagi yang berminat segeralah mendaftar apatah lagi ia sememangnya percuma. Kalau korang semua bertanya bagaimana prestasi TUMBLR ini, SC hanya menjawab SC pun baru cuba dan tidak dapat dipastikan lagi sejauh mana kemampuanya adakah ianya mesra Enjin Carian sepertimana WordPress ataupun tidak.

Apa yang menarik korang boleh link akaun Facebook dan Twitter korang dengan TUMBLR ini bermakna setiap kali korang update blog korang secara automatisnya ia akan diumumkan melalui berita Facebook dan Twitter. Ini mungkin salah satu kelebihan TUMBLR.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang cuba lah mendaftar blog baru korang di TUMBLR dan lihatlah bagaimana prestasi blog anda.

SC: Tak salah kalau nak cuba lagipun benda free apa tunggu lagi....

Monday, September 5, 2011

Cinta Muka Buku - Najwa Latif

HARI ini SC memutuskan untuk berkongsi dengan korang semua sebuah lagu baru nyanyian daripada yang juga penyanyi baru iaitu Najwa Latif. Tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Najwa Latif adalah Cinta Muka Buku.

Kira ini hiburan baru khas buat korang semua SC harap korang semua semoga korang semua terhibur dengan hiburan ini, untuk pengetahuan korang penyanyi baru ni suara dia best jugak ala suara ala-ala Yuna gitu....

Ok lah korang layanlah lagu Cinta Muka Buku yang dinyanyikan oleh Najwa Latif di dalam video sepertimana di bawah ini:



Bagi korang yang berminat untuk mendapatkan liriknya boleh dapatkanya di bawah ini:

Lirik Cinta Muka Buku - Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oohh kenakah rasa itu

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Ooh ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

SC: Bagi korang yang selalu layan facebook memang sesuailah dengar lagu ni....

Sunday, September 4, 2011

Ini baru betul mat rempit

INI baru betl mat rempit menjad tajuk artikel SC pada kali ini, kali ini SC ingin berkongsi dengan korang semua sebuah gambar lawak yang lagi melucukan untuk hiburan kita semua sebagai manusia biasa yang sememangnya dahagakan hiburan.

Terlebih dahulu SC ingin tegaskan di sini, gambar ini bukan bertujuan untuk menghina sesiapa tetapi ianya hanya sekadar hiburan semata-mata tidak lebih daripada itu. Kata orang sekeping gambar seribu makna, oleh yang demikian carilah 1000 makna yang ada pada gambar ini.

SC ni asyik pula berceloteh sampait terlupa pulak nak tunjukkan gambar tu kat korang semua. Gambar tu korang tengoklah kat bawah ni:

Ini baru rempit

Inilah baru dikatakan rempit, Korang yang dok sibuk-sibuk merempit tu, kalau nak merempit biarlah boleh macam dalam gambar ni kalau setakat dengan motor kategori sama tu lupakan aje lah.

SC: Di mana ada kemahuan di situ ada highway....

Saturday, September 3, 2011

Modenas CTric - Motosikal Elektrik Pertama Malaysia




HARI ini SC ingin berkongsi dengan korang semua maklumat mengenai sebuah motosikal elektrik pertama buatan Malaysia. Syarikat yang membuat motosikal ini ialah Motosikal Dan Enjin Nasional atau ringkasnya MODENAS.

SC merasakan mungkin ia satu inovasi yang wajar dipuji ia juga akan mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap Petrol apabila motor ini yang memang dihasilkan untuk tidak menggunakan petrol.

Spesifikasi Modenas CTric



Modenas CTric

Video Modenas CTric


SC: Wah apa tunggu lagi dapatkan di pasaran sekarang.....

Friday, September 2, 2011

Masjid Kayu Seberang Jerteh, Besut, Terengganu


HARI ini SC memilih untuk berkongsi dengan korang semua pembaca setia blog Sembang Cerita sekeping gambar yang memaparkan gambar Masjid Kayu Seberang Jerteh, Besut, Terengganu. Bagi yang belum mendapat apa-apa maklumat mengenai masjid ini sebenarnya ianya baru dibina dan hampir siap dibina.

Masjid ini letaknya di Seberang Jerteh, Besut, Terengganu dan ianya berhampiran dengan kediaman mantan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Jerteh.

Kos pembinaan masjid ini ialah 12 Juta dengan menggunakan material asas kayu dan menggunakan 100% kayu cengal untuk bangunan masjid ini. Mungkin masjid ini akan menjadi mercutanda baru bagi daerah Besut.

Apa yang menariknya, masjid ini akan mengembalikan nostalgia silam apabila ia kelihatan unik tambahan pula jarang sekali kita dapat lihat masjid baru yang diperbuat daripada kayu. Mungkin selepas ini ia akan menjadi satu lagi tarikan pelancongan bagi daerah Besut.

SC: Kalau datang besut, singgahlah di masjid ni.....