Followers

Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Platform Blog TUMBLR


HARI INI SC nak berkongsi dengan korang semua sebuah platform blog yang tidak kurang popular. Platform atau Hosting Blog Percuma itu dikenali dengan nama TUMBLR. Menggunakan domain http://namabloganda.tumblr.com.

Apa yang menariknya perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma oleh TUMBLR. Jadi kepada korang-korang yang berminat dengan blog-blog ini boleh lah melayari laman web rasmi TUMBLR di http://www.tumblr.com.

Jadi bagi yang berminat segeralah mendaftar apatah lagi ia sememangnya percuma. Kalau korang semua bertanya bagaimana prestasi TUMBLR ini, SC hanya menjawab SC pun baru cuba dan tidak dapat dipastikan lagi sejauh mana kemampuanya adakah ianya mesra Enjin Carian sepertimana WordPress ataupun tidak.

Apa yang menarik korang boleh link akaun Facebook dan Twitter korang dengan TUMBLR ini bermakna setiap kali korang update blog korang secara automatisnya ia akan diumumkan melalui berita Facebook dan Twitter. Ini mungkin salah satu kelebihan TUMBLR.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang cuba lah mendaftar blog baru korang di TUMBLR dan lihatlah bagaimana prestasi blog anda.

SC: Tak salah kalau nak cuba lagipun benda free apa tunggu lagi....

Monday, September 5, 2011

Cinta Muka Buku - Najwa Latif

HARI ini SC memutuskan untuk berkongsi dengan korang semua sebuah lagu baru nyanyian daripada yang juga penyanyi baru iaitu Najwa Latif. Tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Najwa Latif adalah Cinta Muka Buku.

Kira ini hiburan baru khas buat korang semua SC harap korang semua semoga korang semua terhibur dengan hiburan ini, untuk pengetahuan korang penyanyi baru ni suara dia best jugak ala suara ala-ala Yuna gitu....

Ok lah korang layanlah lagu Cinta Muka Buku yang dinyanyikan oleh Najwa Latif di dalam video sepertimana di bawah ini:



Bagi korang yang berminat untuk mendapatkan liriknya boleh dapatkanya di bawah ini:

Lirik Cinta Muka Buku - Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oohh kenakah rasa itu

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Ooh ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

SC: Bagi korang yang selalu layan facebook memang sesuailah dengar lagu ni....