Followers

Thursday, December 29, 2011

1Malaysia IPTV

HARI ini SC ingin berkongsi dengan korang semua sebuah saluran televisyen yang beronrientasikan protokol internet atau bahasa Inggerisnya "Internet Protocol Television". Saluran ini dikhabarkan semakin mendapat sambutan akhir-akhir ini.

Bagi mereka yang gemar menonton tv sambil melayari internet, saluran 1Malaysia IPTV memang sesuai untuk korang semua. Di samping itu, korang semua boleh menonton siaran rtm1, rtm2 dan tv3 secara dalam talian dengan menggunakan platform 1Malaysia IPTV.

Bagi mereka yang ingin mencuba saluran 1Malaysia IPTV bolehlah dengan sukarela melayari http://www.1malaysiaiptv.com.my. Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan adalah percuma tak tahulah pula SC dalam masa-masa akan datang adakah ia akan dikenakan bayaran atau tidak. 

Mungkin di masa-masa yang akan datang, pihak 1Malaysia IPTV akan menyediakan lebih banyak lagi saluran untuk tontonan anda semua. Bagi mereka yang belum melayari laman web berkenaan  bolehlah mula melayarinya sekarang kerana ianya percuma. 

Selain daripada itu, pengendali turut menyertakan radio dalam talian yang diberi nama KLpop Radio. Banyak juga lagu-lagu yang menarik di putarkan untuk hiburan korang semua. Jadi apa lagi korang nak tunggu layarilah sekarang lagipun bukan kena bayar pun. 

SC: Memang best 1Malaysia IPTV ini memang rugilah kalau korang tak try tengok.....

Wednesday, December 21, 2011

Filem Aku Bukan Tomboy

TELAH lama juga SC tidak mengemaskini blog ini, bukan kerana sengaja tidak mahu mengemaskini tetapi SC tidak mempunyai masa yang terluang untuk mengemaskini blog ini sebelum ini. Secara kebetulan hari ini SC mempunyai sedikit masa terluang jadi SC jadi Sc gunakanya untuk mengemaskini blog ini.

Hari ini Sc memilih untuk berkongsi dengan korang semua sebuah filem yang baru sahaja penulis menotnotonya semalam. Filem yang SC maksudkan ialah filem Aku Bukan Tomboy. Apabila bercakap mengenai filem ini adalah lebih elok terlebih dahulu SC kongsikan sipnopsis filem Aku Bukan Tomboy. Sipnopsis filem tersebut korang boleh baca sepertimana di bawah ini:

SIPNOPSIS FILEM AKU BUKAN TOMBOY

Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboi ini, dia turut menyimpan hati terhadap seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percintaan tiga segi di antara dua jejaka iaitu Harry dan Burn.

WATAK PELAKON DALAM AKU BUKAN TOMBOY

 Selain Scha, Sam dan Syamsul, filem yang akan menemui penonton di pawagam tanah air pada esok 17 November 2011 ini turut menampilkan lakonan Harun Salim Bachik , Eira Syazira, Sheera Iskandar, Salina Saibi dan Zarina Zainordin.


VIDEO TRAILER AKU BUKAN TOMBOY



SC: SC dah menonton filem ini memang best korang bila lagi nak menonton filem ini????

Wednesday, December 7, 2011

Boboiboy

HARI ini SC ingin berkongsi dengan korang semua kali ini topik yang menjadi pilihan SC ialah sebuah animasi Buatan Malaysia atau dalam Bahasa Inggerisnya Made in Malaysia Animations. Animasi ini sungguh menarik dan hebat siapa sangka orang Malaysia juga boleh menerbitkan animasi yang tinggi kualitinya.

Animasi yang SC maksudkan ialah Boboiboy, SC percaya peminat Boboiboy di luar sana bukan terdiri daripada kanak-kanak semata-mata malah ada juga orang dewasa yang meminati animasi ini termasuklah SC sendiri yang sememangnya meminati animasi ini.

Tidak keterlaluan jika SC katakan Boboiboy boleh diletakkan setaraf dengan Animasi Barat seperti BEN10 kalau tak setaraf pun ia mungkin hampir setaraf. Tahniah kepada penerbit Animasi Boboiboy kerana mereka berjaya melakukan perubahan yang besar ke atas pentas animasi negara. Tahniah SC ucapkan di atas kesungguhan anda.

Bagi korang semua yang masih belum menonton Boboiboy bolehlah mula menonton sekarang. Jika anda ingin petunjuk terlebih dahulu sebelum menonton animasi tersebut korang bolehlah menonton trailer Boboiboy sepertimana dimuatkan di bawah ini:



SC: Boboiboy memang best lah...jangan lupa tengok ya kawan-kawan