Followers

Sunday, September 1, 2013

KL Gangster 2 Kena Sabotaj?

ISU hiburan yang paling hangat diperkatakan kini ialah isu mengenai sebuah syarikat filem yakni Skop Productions telah disabotaj oleh orang tidak bertanggungjawab apabila filem terbaru keluaran mereka yang dijangka akan mendapat kutipan pecah panggung dan belum lagi ditayangkan di pawagam berhampiran iaitu filem KL Gangster 2 telah dimuat naik ke internet oleh mungkin mereka yang dengki dengan kejayaan filem ini sebelum ini. 

Biasa kita dengar filem cetak rompak ni keluar selepas ditayangkan di pawagam tetapi kali ini lain pula jadinya apabila versi cetak rompak keluar terlebih dahulu sedangkan filem ini masih belum ditayangkan di pawagam berhampiran. SC tak tahulah siapa yang bertanggungjawap memuatnaik filem ini ke internet. SC tidak menyokong langsung perbuatan tidak bermoral ini kerana ia akan menjejaskan 'periuk nasi' penerbit filem tanah air kita. 

Hendak dijadikan cerita, baru-baru ini SC berkungjung ke rumah kawan SC, 'terkejut beruk' SC apabila kedatangan SC ke rumah itu disambut dengan tayangan filem KL Gangster 2 Versi cetak rompak. Entah siapalah yang telah sabotaj Skop Productions ni, SC percaya umum dah mengetahui bahawa filem ini menelan belanja yang tinggi tapi akhirnya disabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

Sebagai langkah sokongan kepada penerbit filem tempatan, SC berharap mereka-mereka yang sudah menonton filem ini versi cetak rompak, kita tetap perlu pergi menonton filem ini di pawagam berhampiran sebagai langkah untuk menyelamatkan industri perfileman negara kita. Tambahan pula versi yang ditayangkan di pawagam adalah versi siap sepenuhnya sudah tentunya menjanjikan pengalaman yang lagi menarik. 

SC berharap pihak Skop Productions tidak kecewa dengan isu ini, jadikanlah isu ini sebagai 'pembakar semangat' untuk kita terus memajukan industri perfileman tempatan. Malah jadikan isu ini sebagai pengajaran dan langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan agar peristiwa ini tidak akan berulang lagi.