Followers

Showing posts with label Filem Melayu. Show all posts
Showing posts with label Filem Melayu. Show all posts

Thursday, July 13, 2017

Abang Long Fadil 2

ABANG LONG FADIL satu filem telah mencetuskan satu fenomena baru di dalam industri filem Malaysia satu masa dahulu.
Filem ini mendapat sambutang hangat satu masa dahulu. Setelah sekian lama kini kesinambungan kepada filem Abang Long Fadil iaitu Abang Long Fadil 2.

Hari ini SC ingin berkongsi beberapa info tentang Abang Long Fadil 2 ini dengan anda semua selaku pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini, sudah lama juga SC tidak berbicara tentang filem ni, Alhamdulillah hari ni dapat juga berbicara tentang filem. 

SIPNOPSIS FILEM ABANG LONG FADIL 2

Filem ini mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Berlaku satu insiden yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Insp. Wahab dan Insp. Shuib sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger.

Friday, September 18, 2015

Polis EVO

HARI ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua info berkenaan filem yang sedang ditayangkan di pawagam kini. Filem yang SC maksudkan ialah filem Polis Evo. Filem Polis Evo dibintangi oleh Pelawak terkenal Zizan Razak atau lebih dikenali dengan nama Zizan Raja Lawak Astro.

Filem ini dijangka mendapat kutipan pecah panggung namun sejauh mana pencapaian tayangan filem ini SC belum tahu. Namun, daripada filem-filem yang dibintangi Zizan yang lepas-lepas ternyata ia tidak mengecewakan.

Sebelum SC jadi lebih mengarut adalah lebih baiknya kita terus kepada Sipnopsis Filem Polis Evo. Filem ini boleh dikatakan filem pertama Zizan menjadi anggota polis atau lebih tepat lagi melakonkan watak sebagai seorang anggota polis.

Sipnopsis filem Polis Evo anda boleh baca di bawah ini, SC berharap ia akan menjadi panduan berguna buat anda untuk memilih filem apa yang anda ingin tonton di Pawagam kelak. Keputusan di tangan anda semua.

Sunday, September 1, 2013

KL Gangster 2 Kena Sabotaj?

ISU hiburan yang paling hangat diperkatakan kini ialah isu mengenai sebuah syarikat filem yakni Skop Productions telah disabotaj oleh orang tidak bertanggungjawab apabila filem terbaru keluaran mereka yang dijangka akan mendapat kutipan pecah panggung dan belum lagi ditayangkan di pawagam berhampiran iaitu filem KL Gangster 2 telah dimuat naik ke internet oleh mungkin mereka yang dengki dengan kejayaan filem ini sebelum ini. 

Biasa kita dengar filem cetak rompak ni keluar selepas ditayangkan di pawagam tetapi kali ini lain pula jadinya apabila versi cetak rompak keluar terlebih dahulu sedangkan filem ini masih belum ditayangkan di pawagam berhampiran. SC tak tahulah siapa yang bertanggungjawap memuatnaik filem ini ke internet. SC tidak menyokong langsung perbuatan tidak bermoral ini kerana ia akan menjejaskan 'periuk nasi' penerbit filem tanah air kita. 

Hendak dijadikan cerita, baru-baru ini SC berkungjung ke rumah kawan SC, 'terkejut beruk' SC apabila kedatangan SC ke rumah itu disambut dengan tayangan filem KL Gangster 2 Versi cetak rompak. Entah siapalah yang telah sabotaj Skop Productions ni, SC percaya umum dah mengetahui bahawa filem ini menelan belanja yang tinggi tapi akhirnya disabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

Sebagai langkah sokongan kepada penerbit filem tempatan, SC berharap mereka-mereka yang sudah menonton filem ini versi cetak rompak, kita tetap perlu pergi menonton filem ini di pawagam berhampiran sebagai langkah untuk menyelamatkan industri perfileman negara kita. Tambahan pula versi yang ditayangkan di pawagam adalah versi siap sepenuhnya sudah tentunya menjanjikan pengalaman yang lagi menarik. 

SC berharap pihak Skop Productions tidak kecewa dengan isu ini, jadikanlah isu ini sebagai 'pembakar semangat' untuk kita terus memajukan industri perfileman tempatan. Malah jadikan isu ini sebagai pengajaran dan langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan agar peristiwa ini tidak akan berulang lagi. 

Monday, August 19, 2013

Filem KL Zombie

FILEM baru yang akan ditayangkan di pawagam 29 Ogos 2013 nanti ialah filem KL Zombie. Oleh yang demikian hari ini SC mengambil keputusan untuk berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan filem ini yang dijangka akan mendapat sambutan hangat penonton.

Menurut laman blog budiey, filem ini sememangnya wajar menjadi senarai wajib tonton anda sekiranya anda inginkan sesuatu yang lain di dalam industri perfileman kita. Menurutnya lagi filem ini berdasarkan skrip yang mencuit hati dan dijangka bakal mengelikan hati dan menghiburkan hati penonton.

Menurut buzzera pula, filem ini memang patut menjadi filem wajib tonton terutamanya kepada pengemar-pengemar filem-filem tempatan, Filem ini diadatapsi daripada novel Fixi yang berjudul Zombijaya dan diarahkan oleh Woo Ming Jin.

Saturday, January 26, 2013

Filem Minyak Dagu

LAMA juga SC tidak mengemaskini blog ini kerana terlalu sibuk, sudah banyak kali SC cuba untuk mengemaskini blog tetapi kerana mempunyai ruang masa yang agak terhad. Namun pada kali ini SC mempunyai kesempatan yang cukup untuk mengemaskini blog ini. Jadi SC merasakan inilah masa yang sesuai untuk mengemaskini blog ini.

Topik bersembang kita pada kali ini adalah mengenai hiburan iaiatu mengenai Filem Minyak Dagu yang sedang ditayangkan di pawagam-pawagam berdekatan dengan rumah anda sekarang ini. Filem Minyak Dagu merupakan sebuah filem bergenre seram yang semakin hari mendapat tempat di kalangan produser tempatan.

Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang berdendam dengan bekas tunangnya Emelda, disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman telah berjumpa bomoh, Wak Minarjo seorang pawang hebat minyak dagu. Emelda yang memutuskan pertunangan dengan Azman demi mengikut cakap kedua-dua orang tuanya bahawa Johan adalah seorang calon suami yang baik dan boleh menjamin masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman yang hanya seorang jurujual yang sering tak ada untungnya. Liza, ibu kepada Azman begitu kecewa dengan sikap Emelda kerana melukakan hati anaknya. Setelah bertemu dengan Wak Minarjo, Azman betul-betul nekad untuk membeli minyak dagu, dan dia haruslah megikut pantang-larang yang diberitahu Wak Minarjo, Minyak dagu tersebut haruslah dicalitkan pada siku Emelda dan botol minyak dagu tersebut hendaklah di tanam berdekatan dengan pokok pisang.

Sekiranya botol tersebut pecah disambar petir, maka segala kuasa sihir hilang. Menunggu hari bahagia Emelda dan Johan dinikahkan. Emelda nekad ingin menjemput bekas tunangnya itu. Azman mula mengambil kesempatan tersebut untuk mencalitkan minyak dagu pada siku Emelda. Di hari pernikahan Emelda dan Johan, Emelda tiba-tiba histeria. Azman puas kerana dendamnya terbalas. Semenjak dari itu, keadaan Emelda berubah. Johan bertindak membawa bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah. Hal ini menyebabkan Ainon, mak Emelda cenderung menuduh Johanlah yang menjadi punca sakit Emelda. Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Azman merasa bersalah lalu melawat jenazah Ainon. Pantang larang terbesar Azman ialah tidak boleh melawat orang mati. Segala-galanya berubah... 

Trailer Filem Minyak Dagu

SC: Jalan Cerita yang menarik namun kesan grafik berkomputer telah menjejaskan keseraman filem ini

Monday, January 9, 2012

Filem Ombak Rindu

HARI ini SC nak berkongsi dengan korang semua sebuah filem yang baru SC tonton beberapa hari yang lepas, filem ini bagi SC sangat menarik dan amat berkesan sehinggakan boleh membuat air mata secara tak sengaja keluar.

Filem Ombak Rindu ini sebenarnya sebuah filem yang diadaptasi daripada sebuah novel yang berjudul Ombak Rindu, Filem ini bagi SC ternyata menyetuh perasaan ada sahabat SC yang keluar air mata berderai-derai bila menonton filem ini.

Adalah lebih elok SC kongsikan terlebih dahulu sipnopsis filem Ombak Rindu untuk tatapan korang semua especially pembaca-pembaca setia blog SC ini. Korang bolehlah lah baca sipnopsis Ombak Rindu sepertimana di bawah ini:

SIPNOPSIS OMBAK RINDU

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, Hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hub

ungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

VIDEO TRAILER OMBAK RINDU

SC: Filem yang menyayat hati rugi kalau korang tak tengok

Wednesday, November 16, 2011

Filem Misteri Jalan Lama

FILEM Misteri Jalan Lama diarahkan oleh Afdlin Shauki mungkin sebuah filem pertama yang berngere supernatural di Malaysia. Hari ini SC memilih untuk berkongsi dengan korang semua maklumat atau info mengenai filem yang bakal ditayangkan di pawagam kelak.

Bercakap mengenai filem adalah lebih elok terlebih dahulu kita membincangkan berkenaan Sipnopsis Filem Misteri Jalan Lama dan mungkin dengan sipnopsis ini boleh dijadikan panduan oleh anda semua untuk menonton filem ini di pawagam. Sipnopsis filem tersebut korang boleh baca di bawah ini:

SIPNOPSIS FILEM MISTERI JALAN LAMA

Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada Ah Long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.

Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.  Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi mereka berdua ? siapakah sebenarnya mereka ? Apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ? Nantikan filem Fantasi Drama pertama arahan Afdlin Shauki ini yang bakal menemui penonton pada 24 November 2011.

VIDEO TRAILER FILEM MISTERI JALAN LAMA
SC: Daripada Trailer ni filem ni nampak macam hebatnya...apa tunggu lagi....

Sunday, November 13, 2011

Filem Klip 3GP

SALAM 1Malaysia Sc ucapkan kepada semua pembaca setia blog Sembang Cerita. Lama juga SC tidak menemui pembaca setia blog ini, bukanlah SC sengaja tak nak mengeluarkan sebarang artikel tetapi SC terlalu sibuk dengan tugas-tugas SC.

Kebetulan pula, hari ini SC ada masa terluang jadi masa yang terluang ini tidak disia-siakan oleh SC dan SC mengambil keputusan untuk memuatkan artikel terbaru di dalam blog ini pada hari ini. Hari ini SC memilih untuk bercerita mengenai filem yang sedang ditayangkan di pawagam iaitu Filem Klip 3GP.

Sebagai mukadimah SC rasa eloklah SC terlebih dahulu bercerita mengenai sipnopsis Filem Klip 3GP yang dikatakan mendapat sambutan tak tau lah hangat ke tak. Bagi mereka-mereka yang ingin mengetahui sipnopsis Filem Klip 3GP bolehlah membacanya di bawah ini:

SIPNOPSIS FILEM KLIP 3GP


Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.

Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.

Lebih dari itu, Sandra satu hari telahdiperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.

Video Trailer Filem Klip 3GP


Tuesday, November 1, 2011

Filem Alamak! Toyol

HARI ini SC nak berkongsi dengan korang semua sebuah filem baru yang bakal menemui anda di pawagam yang berdekatan, filem tersebut berjudul Alamak! Toyol. Mungkin Filem ini bergenre Seram komedi. Walauapapun filem ini mampu membuatkan korang semua tak kering gusi melihat gelagat makhluk bewarna hijau yang tak pandai mencuri ini.

Terlebih dahulu SC rasakan eloklah SC lampirkan Sipnopsis Filem Alamak! Toyol. Sipnopsis ini mungkin boleh dijadikan panduan oleh korang semua sebelum menonton filem tersebut di pawagam yang berhampiran dengan rumah korang semua. 

Sipnopsis Alamak! Toyol

Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.

Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.
Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.

Pelakon yang membintangi Alamak! Toyol
Angah Raja Lawak sebagai Angah, Along Cham sebagai Along, Hamid Gurkha sebagai Pak Umar



Trailer Alamak! Toyol





SC: Membaca sipnopsis filem ini macam best aje......

Tuesday, October 4, 2011

Filem Libas

FILEM Libas menjadi pilihan SC untuk dijadikan artikel blog SC pada kali ini, SC merasakan ia sangat sesuai untuk dikongsikan dengan korang semua. Filem Libas ini merupakan filem Melayu dan memang sesuailah kepada peminat-peminat filem Melayu.

Antara pelakon-pelakon yang membarisi watak-watak dalam filem Libas adalah Rosyam Noor, Scha, Beego dan Mohd Razib. Ini sudah bagus lagipun lama juga kita tak dapat lihat Rosyam Noor beraksi ini mungkin peluang kita untuk melihat Rosyam Noor kembali beraksi.

SIPNOPSIS FILEM LIBAS

Adnan Saladin seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw (Libas), sehingga  dia  di gelar sebagai raja libas malaysia. Kehebatan libasan raja libas sangat di geruni pasukan lawan terutamanya  dari pasukan siam (Thailand), lebih-lebih lagi Ak Nangkhon, “killer” pasukan mereka. Di perlawanan libas yang lalu, ak nangkhon secara kotor telah mencederakan kaki raja libas, menyebabkan kehebatannya merosot. Bukan itu sahaja, kecederaan itu juga telah mengakibatkan tekong malaysia (Dali) parah apabila libas gagal menampan libasan kuat ak nangkhon lalu terkena dadanya.  Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Malah jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut  menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan Ratna anaknya.

Kebimbangan raja libas memuncak bila Mr. Wilson seorang lelaki Inggeris sanggup menaja perlawan libas pada tahun ini, lebih awal dari selalunya. Masa yang suntuk dan kecederaan kaki yang belum pulih sepenuhnya menjadi masalah yang besar kepada raja libas. Malah kebimbangannya menjadi bertambah kerana pertaruhan perlawanan kali ini adalah bola warisan, simbol keagungan permainan sepak raga yang di warisi oleh orang melayu sejak lima ratus tahun dahulu. 

Seandainya kemenangan memihak kepasa pasukan Thailand, bermakna bola warisan menjadi milik mereka untuk selama-lamanya dan malaysia akan kehilangan bukti bahawa permainan sepak takraw adalah berasal dari tanah melayu dan merupakan permainan tradisi orang-orang melayu. Dan raja libas adalah waris penyimpan bola itu. Tanpa di ketahui oleh raja libas, bola warisan itu kini menjadi buruan oleh pengumpul barang-barang antik yang mengetahui bahawa bola warisan itu memiliki nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran terbaru untuk bola itu adalah sebanyak USD 15 juta dan tanpa di ketahui oleh raja libas juga, Mr. Wilson telah bersekongkol dengan pasukan Thailand demi mendapatkan bola itu.

Raja libas tertekan bila jurulatih mendesaknya mencari pemain baru bagi berhadapan dengan pasukan thailand. Bagi raja libas, agak mustahil dalam masa yang singkat dia dapat mengumpul pemain bagi menubuhkan pasukan yang baru. Namun , demi mempertahankan maruah, tradisi dan keagungan adat, raja libas berusaha mencari pemain. Lebih dari itu, raja libas sebenarnya mencari pewaris kepada bola warisan itu, yang menurut jurulatih, pewaris itu haruslah seorang yang sebangsa dengan raja libas, seagama dan mempunyai akhlak yang tinggi. Dan bola itu hanya boleh di pegang oleh pewarisnya sahaja.

Raja libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Baginya dia masih boleh bergantung harap pada megat, walaupun megat masih membenci libas kerana kekalahan yang lalu. Tanpa di ketahui oleh raja libas, Megat sudah pun menjadi duri dalam daging bila dia setuju belot setelah di rasuah oleh ak nangkhon. Malah sudah menghasut jurulatih untuk menjual permainan kepada thailand dan memberitahu ratna bahawa pertunangan libas dengannya sudah di putuskan oleh ayahnya. Ratna marah dan menuduh raja libas mementingkan bola warisan lebih daripadanya.

Sewaktu memandu melewati KLCC, raja libas telah terlihat kehebatan seorang remaja (hamadi) menimang bola futsal, yang dengan kehebatannya itu dapat mempertahankan diri dari serangan tiga remaja yang lain dengan hanya menggunakan sebiji bola dan raja libas menawarkannya untuk bermain libas. Dan raja libas fikir mungkin dialah pewaris bola itu. Namun hamadi itu menolak tawaran libas kerana baginya permainan sepak raga adalah permainan yang ketinggalan zaman. Namun raja libas telah mempamerkan kehebatannya melibas apabila dia menyelamatkan hamadi dari di pukul oleh tiga remaja tadi yang kembali membalas dendam. Akhirnya hamadi setuju untuk menyertai libas selepas di beritahu bahawa dia harus mempertahankan maruah negara dalam permainan itu. 

Bagi raja libas dia harus mendapatkan pemain yang lain bagi mencukupkan satu regu. Sepengetahuan libas ratna juga mempunyai kehebatan menimang bola. Sewaktu dia ingin menemui ratna untuk memujuknya menyertai pasukan, libas terserempak dengan seorang remaja gemuk (Kumok) yang mempunyai kelebihan pada perutnya. Kumok dapat menyambut buah-buahan dan sayur-sayuran yang di lontarkan kerpadanya, malah telur yang di lontar tidak pecah bila di tampan dengan perutnya.

Akhirnya raja libas dapat mengumpulkan regu pasukannya iaitu  Megat, Hamadi dan Kumok. Raja libas berusaha mengajar mereka dengan segala pengetahuan yang dia ada untuk permainan libas. Libas sedar pasukannya tidak sehebat pasukan lawan. Namun dia masih mengharapkan Megat dapat mengepalai pasukan. Di hari perlawanan, megat tidak muncul, raja libas resah. Dia terus memupuk semangat Hamadi dan Kumok. Tanpa di duga, mereka berdua dapat mengalahkan pasukan dari china. Semangat raja libas bertambah dan Ak Nangkhon cemas bila melihat potensi pasukan malaysia. Ak Nangkhon merencana sabotaj kepada pasukan malaysia yan menyebabkan Kumok dan Hamadi tercedera ketika di perlawanan separuh akhir dengan Iraq. 

Raja libas sedar ada sesuatu yang di kehendaki oleh Ak Nangkhon bila Megat tiba-tiba muncul dalam keadaan parah selepas di belasah Ak Nangkhon. Akhirnya raja libas mengeluarkan bola warisan dari tempat simpanan rahsianya dan mempertaruhkan bola itu untuk perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand.

Di perlawanan akhir pasukan Malaysia teruk di belasah oleh pasukan Thailand. Jurulatih mula kelihatan tidak yakin dan ketika raja libas melambung kain putih mengaku kalah, Ratna muncul menyelamatkan keadaan. Kelebihan ratna dengan aura rambutnya menyelamatkan Malaysia dari kekalahan. Dan ketika pasukan Malaysia alpa meraikan kejayaan, bola warisan di curi oleh Mr. Wilson. Namun jurulatih cepat sedar dan raja libas dengan libasan luar biasanya dapat menghalang bola itu dari di bawa lari oleh Mr. Wilson dan lebih mengujakan bila juru latih dan raja libas melihat bola itu di pegang oleh seorang budak lelaki sambil melaung “Malaysia juara”. Raja libas melihat pewaris kepada bola warisan.

Trailer Filem Libas


SC: Mari sama-sama kita melibas dengan filem Libas.....