Followers

Friday, September 18, 2015

Polis EVO

HARI ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua info berkenaan filem yang sedang ditayangkan di pawagam kini. Filem yang SC maksudkan ialah filem Polis Evo. Filem Polis Evo dibintangi oleh Pelawak terkenal Zizan Razak atau lebih dikenali dengan nama Zizan Raja Lawak Astro.

Filem ini dijangka mendapat kutipan pecah panggung namun sejauh mana pencapaian tayangan filem ini SC belum tahu. Namun, daripada filem-filem yang dibintangi Zizan yang lepas-lepas ternyata ia tidak mengecewakan.

Sebelum SC jadi lebih mengarut adalah lebih baiknya kita terus kepada Sipnopsis Filem Polis Evo. Filem ini boleh dikatakan filem pertama Zizan menjadi anggota polis atau lebih tepat lagi melakonkan watak sebagai seorang anggota polis.

Sipnopsis filem Polis Evo anda boleh baca di bawah ini, SC berharap ia akan menjadi panduan berguna buat anda untuk memilih filem apa yang anda ingin tonton di Pawagam kelak. Keputusan di tangan anda semua.


SIPNOPSIS FILEM POLIS EVO

Inspektor Khai yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam merupakan inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur. Beliau ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Biarpun kes ini mempunyai kaitan dengan Inspektor Khai, namun dia harus bekerjasama dengan seorang Inspektor polis yang bertugas di Terengganu. Inspektor tersebut ialah Inspektor Sani. Watak Inspektor Zani dilakonkan oleh Zizan Razak. Kerjasama itu perlu memandangkan Inspektor Sani berasal daripada Terengganu dan lebih arif tentang selok-belok tempat kelahiranya itu.

Sebenarnya kedua-dua Inspektor ini mempunyai personaliti berbeza di mana Inspektor Sani merupakan seorang yang mengikut peraturan, prosedur dan protokol. Berbeza dengan Inspektor Khai yang merupakan seorang yang tegas dan bertindak pantas. Ketidak serasian ini membawa kepada misi mereka hampir gagal.

Namun, semuanya berubah apabila Izrail selaku Ketua Penjenayah mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini, Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu bekerjasama di dalam menyelesaikan misi mereka. Adakah misi mereka berjaya melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Apakah pengorbanan Inspektor Sani di dalam menyelamatkan keluarganya?

VIDEO TRAILER

2 comments:

  1. Filem aksi Melayu terbaik setakat ni. Rasa nk tgk sekali lagi...gud job shaheizy sam n zizang...

    ReplyDelete
  2. Filem aksi Melayu terbaik setakat ni. Rasa nk tgk sekali lagi...gud job shaheizy sam n zizang...

    ReplyDelete