Followers

Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Saturday, July 22, 2017

OST Mat Rukun

MAT RUKUN merupakan sebuah drama Melayu yang menarik. Ia telah disiarkan pada Jun 2017 dalam segmen Kelakarama TV9. Mat Rukun dibintangi oleh Zoey Rahman, Elisya Sandha, Feiyna Tajuddin, Syed Ali, Ropie, Marissa, Yasmin dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 20 Episod. 

Pengarah bagi drama ini ialah Jamal Khan. Drama ini diterbitkan oleh Hujan Lebat Sdn Bhd. Watak utama Mat Rukun iaitu Mat Rukun atau Mamat dilakonkan oleh Zoey Rahman. Elisya Sandha pula sebagai Ayu manakala Feiyna Tajuddin sebagai Rozie.

Pada posti SC pada kali ini, SC ingin berkongsi dengan anda  semua lagu runut bunyi atau Original Sound Track (OST) drama Mat Rukun.

Thursday, November 12, 2015

Mat Rempit Dulu Mat Rempit Sekarang

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua satu info mungkin juga berguna untuk anda semua. Info ini juga mungkin juga boleh dijadikan fakta sekiranya anda semua memerlukan fakta. Hari ini SC akan menyentuh sedikit berkenaan Mat Rempit, bukan bermakna SC menggalakkan aktiviti rempit tetapi sekadar untuk memberi anda semua pengetahuan tambahan tentang mat rempit.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, rempit ialah aktiviti yang dikaitkan dengan lumba haram menggunakan motosikal. Sekali lagi SC tegaskan di sini, artikel SC kali ini bukanya bertujuan untuk memberi definisi mengenai rempit tetapi dengan definisi ini membantu kita memahami apa itu yang dikatakan dengan rempit.

Kali ini SC hanya mahu membincangkan beza Mat Rempit dulu dan Mat Rempit Sekarang.

MAT REMPIT DULU

  1. Muka mereka selelalunya seperti muka pecah rumah.
  2. Mereka kurang membuat aksi bahaya di jalan raya yang sibuk.
  3. Mereka lebih gemar lumba haram daripada membuat aksi-aksi lagak ngeri.
  4. Topi kaledar yang paling top bagi mereka ialah SGV dan Magnum.
  5. Apollo dan MS88 dia tolak tepi kalau siapa pakai memang kena hina.
  6. Kurang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
  7. Kurang terlibat dengan kes-kes jenayah selain daripada trafik.
  8. Tidak kenal apa itu ketum
  9. Tidak kenal apa itu mebron
  10. Tidak kenal apa itu Metapethamine
  11. Hanya mengubah suai motor mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Monday, August 19, 2013

Filem KL Zombie

FILEM baru yang akan ditayangkan di pawagam 29 Ogos 2013 nanti ialah filem KL Zombie. Oleh yang demikian hari ini SC mengambil keputusan untuk berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan filem ini yang dijangka akan mendapat sambutan hangat penonton.

Menurut laman blog budiey, filem ini sememangnya wajar menjadi senarai wajib tonton anda sekiranya anda inginkan sesuatu yang lain di dalam industri perfileman kita. Menurutnya lagi filem ini berdasarkan skrip yang mencuit hati dan dijangka bakal mengelikan hati dan menghiburkan hati penonton.

Menurut buzzera pula, filem ini memang patut menjadi filem wajib tonton terutamanya kepada pengemar-pengemar filem-filem tempatan, Filem ini diadatapsi daripada novel Fixi yang berjudul Zombijaya dan diarahkan oleh Woo Ming Jin.

Wednesday, November 16, 2011

Filem Misteri Jalan Lama

FILEM Misteri Jalan Lama diarahkan oleh Afdlin Shauki mungkin sebuah filem pertama yang berngere supernatural di Malaysia. Hari ini SC memilih untuk berkongsi dengan korang semua maklumat atau info mengenai filem yang bakal ditayangkan di pawagam kelak.

Bercakap mengenai filem adalah lebih elok terlebih dahulu kita membincangkan berkenaan Sipnopsis Filem Misteri Jalan Lama dan mungkin dengan sipnopsis ini boleh dijadikan panduan oleh anda semua untuk menonton filem ini di pawagam. Sipnopsis filem tersebut korang boleh baca di bawah ini:

SIPNOPSIS FILEM MISTERI JALAN LAMA

Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada Ah Long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.

Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.  Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi mereka berdua ? siapakah sebenarnya mereka ? Apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ? Nantikan filem Fantasi Drama pertama arahan Afdlin Shauki ini yang bakal menemui penonton pada 24 November 2011.

VIDEO TRAILER FILEM MISTERI JALAN LAMA
SC: Daripada Trailer ni filem ni nampak macam hebatnya...apa tunggu lagi....

Tuesday, August 16, 2011

Filem Momok Jangan Panggil Aku


FILEM yang menjadi pilihan SC pada kali ini untuk dikongsi dengan korang semua ialah filem Momok Jangan Panggil Aku. SC telah pun menonton filem ini, boleh dikatakan SC berpuas hati dengan apa yang cuba diberikan oleh filem ini.

Filem ini lahir dalam genre seram mungkin juga seram komedi, walau bagaimanapun klimaks seram itu wujud dalam filem ini walaupun ia seram komedi. Keseluruhan filem ini bagi SC tidak membosankan dan penonton sentiasa ternanti-nantikan bilakah persoalan-persoalan yang bermain di kepala mereka akan terjawab.

Sipnopsis Filem Momok Jangan Panggil Aku

Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.

Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku.

Kebosanan dalam perjalanan bertukar menjadi satu perjalanan yang menimbulkan rasa seram. Mereka terserempak dengan realiti cerita seram di lebuhraya apabila berselisih dengan kereta yang tidak berpemandu. Mereka juga telah melanggar imej misteri yang membuat mereka terpaksa membuat laporan di Balai Polis. Mereka bertambah bingung apabila pihak polis memberitahu terdapat 5 aduan yang sama tetapi tidak menemui tubuh yang dilanggar. Di tengah perjalanan mereka turut menumpangkan seorang gadis yang bernama Ita dan seorang lelaki misteri yang hanya dipanggil Abang Long. Tujuan mereka bertiga menumpangkan Ita dan Abang Long adalah bertujuan untuk menemankan mereka yang ketakutan dalam perjalanan memandu. Namun kehadiran Abang Long dan Ita telah menambahkan curiga kepada mereka bertiga. Mereka telah menurunkan Ita di sebuah rumah yang berhampiran dengan kawasan perkuburan manakala Abang Long akhirnya menemankan rakan bertiga ini untuk menuju ke destinasi mereka di Pahang. Setelah didesak oleh Qaseh, Pak Long turut menceritakan cerita seram kepada Qaseh sebagai bahan novelnya.

Dalam perjalanan, Ramlee sekali lagi menerima panggilan dari Aziz dan menyuruh beliau segera untuk sampai ke kampungnya. Mereka bertiga sedikit kehairanan dengan sikap Aziz yang menyuruh mereka segera sampai walaupun majlis diadakan lewat pagi. Insiden menyeramkan muncul ketika mereka berhenti rehat di sebuah gerai di tepi lebuhraya yang mereka lalui.

Mereka sampai ke kampung Pulau Rusa Pahang menjelang subuh dan tercari-cari simpang ke rumah Aziz ketika itu mereka telah diganggu `hantu’ yang mengakibatkan Ramlee dan Sudin pengsan . Hanya Qaseh yang agak berani dan cuba merakamkan imej ‘hantu’ dengan lensa kameranya. Abang Long juga telah ghaib entah ke mana. Menjelang pagi mereka terus mencari simpang ke rumah Aziz. Mereka berjumpa Aziz di simpang jalan dan Aziz telah menunjukkan arah ke rumahnya. Namun apabila mereka sampai ke rumah Aziz satu misteri telah terungkap…Misteri yang mengakhiri destinasi Ramlee, Sudin dan Qaseh. Siapakah Ita, Abang Long dan Aziz yang sebenarnya…..Saksikanlah cerita seram selanjutnya dengan menonton MOMOK… Jangan Panggil Aku....

Trailer Momok Jangan Panggil Aku



SC: Best juga filem ni, ada seram, ada lucu, tidak membosankan rugi korang tak tengok.....