Followers

Showing posts with label porn. Show all posts
Showing posts with label porn. Show all posts

Monday, July 24, 2017

BoBoiBoy Galaxy Episod 4

KALI ini SC ingin berkongsi dengan anda sambungan siri animasi tempatan yang begitu popular dan viral dewasa ini iaitu BoboiBoy Galaxy. Sebelum ini SC telah berkongsi dengan anda semua siri animasi Boboiboy Galaxy ini di dalam tiga episod iaitu Episod 1, Episod 2 dan yang terakhir Episod 3. 

Pada hari ini pula SC memilih untuk berkongsi episod seterusnya siri animasi Boboiboy Galaxy ini. Episod yang SC maksudkan kali ini ialah Episod 4. Episod ini menceritakan tentang amukan gergasi comel yang dipanggil dengan Cattus. Di mana di kalung kucing kaktus ini terdapat satu sfera kuasa (power sphere). 

Ikutilah misi menyelamatkan sfera kuasa Boboiboy dan kawan-kawan mereka. Mampukah mereka menyelamatkan sfera kuasa (power sphere) dalam episod kali ini? Jawapanya anda semua boleh dapati setelah menonton siri animasi Boboiboy Galaxy Episod 4 ini. 

Sebenarnya siri animasi Boboiboy Galaxy ini bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak ribena namun ia juga turut mendapat tempat di kalangan penonton dewasa sepertimana yang berlaku pada siri kartun barat yang tidak kurang popular pada masa kini iaitu Spongebob Square pants. 

Saturday, July 22, 2017

OST Mat Rukun

MAT RUKUN merupakan sebuah drama Melayu yang menarik. Ia telah disiarkan pada Jun 2017 dalam segmen Kelakarama TV9. Mat Rukun dibintangi oleh Zoey Rahman, Elisya Sandha, Feiyna Tajuddin, Syed Ali, Ropie, Marissa, Yasmin dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 20 Episod. 

Pengarah bagi drama ini ialah Jamal Khan. Drama ini diterbitkan oleh Hujan Lebat Sdn Bhd. Watak utama Mat Rukun iaitu Mat Rukun atau Mamat dilakonkan oleh Zoey Rahman. Elisya Sandha pula sebagai Ayu manakala Feiyna Tajuddin sebagai Rozie.

Pada posti SC pada kali ini, SC ingin berkongsi dengan anda  semua lagu runut bunyi atau Original Sound Track (OST) drama Mat Rukun.

Thursday, July 20, 2017

Motosikal Bobber Acid Welding

KREATIF itulah yang boleh SC katakan dengan kehebatan bakat tempatan apabila mampu menghasilkan sebuah Motosikal Bobber dengan menggunakan enjin Nissan Skyline RB20 Turbo . Siapa kata orang tempatan tidak mampu menghasilkan sebuah motosikal yang bernilai tinggi.

Khabarnya Motosikal Bobber itu dihasilkan oleh Acid Welding. SC berharap bakat yang ada pada beliau tidak disia-siakan begitu sahaja oleh Kerajaan Malaysia kerana ianya adalah aset yang begitu bernilai pada negara, sukar untuk mencari orang yang kreatif dan berbakat sepertinya kalau ada pun satu dalam sejuta. 

Pembuat Motosikal Bobber itu bernama Abdul Rasid tetapi sebenarnya dia lebih dikenali dengan nama Acid Welding. Kejayaanya menghasilkan Motosikal Bobber tersebut dengan menggunakan enjin kereta Nissan Skyline RB20 Turbo ternyata benar-benar menaikkan nama beliau apabila kisah mengenai beliau tiba-tiba sahaja menjadi tular di laman-laman sosial.

Abdul Rasid atau lebih dikenali dengan nama Acid Welding dilahirkan di Batu Pahat, Johor sekaligus ia juga mungkin dapat membanggakan Bangsa Johor yang sememangnya sudah tersohor itu. Sebelum, ini ada yang mengatakan usaha Acid Welding itu sebagai tidak masuk akal dan mungkin juga boleh diibaratkanya sebagai kerja gila. Mana taknya motosikal dijanakan oleh enjin kereta bukankah tak masuk akal bunyinya.

Monday, July 3, 2017

NOKIA 3

NOKIA sebuah jenama telefon bimbit yang amat popular tak lama dahulu, namun selepas kehadiran peranti-peranti yang mempunyai sistem pengoperasian Android, Nokia berada di ambang kejatuhan apabila model-model barunya gagal di dalam persaingan telefon pintar tempatan. Namun, kini Nokia kembali dengan semangat yang baru dan cuba memasuki pasaran telefon pintar dunia kembali. Dapatkah Nokia kembali ke zaman kegemilanganya? Apa yang SC boleh katakan kita hanya tunggu dan lihat sahaja.

Hari ini SC memilih untuk membuat sedikit review salah satu model telefon bimbit keluaran Nokia yang mungkin akan menarik minat anda semua untuk membelinya. Siapa tahu Nokia mampu mengembalikan semula zaman kegemilanganya. Model yang SC maksudkan ialah Nokia 3.

Nama Pengeluar: Nokia
Nama Model: Nokia 3
Dilancarkan pada: Jun 2017

Saturday, July 1, 2017

HONDA RS150R

BOON SIEW HONDA merupakan satu pengeluar motosikal yang sudah tidak asing lagi ni negara kita. Hari ini SC ingin berkongsi dengan anda semua sebuah model motosikal yang dikeluarkan oleh Boon Siew Honda ini. Model yang SC maksudkan ialah Honda RS150R salah satu model yang dijangka akan menjadi kegemaran ramai satu hari nanti.

Spesifikasi Honda RS150R

Enjin: 150CC DOHC, 4 Lejang
Kuasa Maksimum: 15.4hp @ 9000rpm
Tork Maksimum: 13.5Nm @ 6500rpm
Transmisi: 6 Kelajuan
Sistem Suntikan Bahan Api: PGM-Fi
Saiz: 2,025mm x 725mm x 1,102mm
Suspensi Depan: Teleskopik
Suspensi Belakang: Monoshock
Roda Depan: 90/80-17
Roda Belakang: 120/70-17
Kapasiti Tangki: 4.5L
Berat: 123Kg
Harga Termasuk GST tanpa insurans: RM8,213.94

Sunday, June 11, 2017

BoBoiBoy Galaxy Episod 2

BARU-baru ini SC telah berkongsi satu video animasi terkenal negara iaitu BoboiBoy Galaxy Episod 1, hari ini SC memilih untuk berkongsi satu lagi episod dalam siri animasi yang terkenal dan mendapat sambutan hangat di negara kita dewasa ini. Kali ini Episod 2 BoboiBoy Galaxy akan dikongsi khas untuk pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini.

BoboiBoy Galaxy mendatangkan satu fenomena baru di dalam arena animasi tempatan, di mana kualitinya dah hampir setaraf bukan sahaja animasi dari barat, malah setanding juga dengan animasi daripada Jepun contohnya Naruto mahupun One Piece. 

BoBoiBoy Galaxy mengisahkan perjalanan lima sahabat yakni BoboiBoy, Yin, Yaya, Gopal dan Fang di Galaxy di dalam menjalankan misi menyelamatkan Power Sphere daripada jatuh ke tangan mereka-mereka yang jahat di bawah satu organisasi menyelamatkan Power Sphere yang lebih dikenali dengan nama T.A.P.O.P.S. Lima sahabat ini mempunyai kuasa-kuasa mereka yang tersendiri.

BoBoiBoy merupakan watak utama di dalam animasi ini, selain itu beliau juga memiliki kuasa terhebat di antara mereka berlima namun, walaubagaimanapun BoBoiBoy bukanlah seorang yang suka berbangga walaupun kuasa beliau merupakan yang terhebat.