KREATIF itulah yang boleh SC katakan dengan kehebatan bakat tempatan apabila mampu menghasilkan sebuah Motosikal Bobber dengan menggunakan enjin Nissan Skyline RB20 Turbo . Siapa kata orang tempatan tidak mampu menghasilkan sebuah motosikal yang bernilai tinggi.
Khabarnya Motosikal Bobber itu dihasilkan oleh Acid Welding. SC berharap bakat yang ada pada beliau tidak disia-siakan begitu sahaja oleh Kerajaan Malaysia kerana ianya adalah aset yang begitu bernilai pada negara, sukar untuk mencari orang yang kreatif dan berbakat sepertinya kalau ada pun satu dalam sejuta.
Pembuat Motosikal Bobber itu bernama Abdul Rasid tetapi sebenarnya dia lebih dikenali dengan nama Acid Welding. Kejayaanya menghasilkan Motosikal Bobber tersebut dengan menggunakan enjin kereta Nissan Skyline RB20 Turbo ternyata benar-benar menaikkan nama beliau apabila kisah mengenai beliau tiba-tiba sahaja menjadi tular di laman-laman sosial.
Abdul Rasid atau lebih dikenali dengan nama Acid Welding dilahirkan di Batu Pahat, Johor sekaligus ia juga mungkin dapat membanggakan Bangsa Johor yang sememangnya sudah tersohor itu. Sebelum, ini ada yang mengatakan usaha Acid Welding itu sebagai tidak masuk akal dan mungkin juga boleh diibaratkanya sebagai kerja gila. Mana taknya motosikal dijanakan oleh enjin kereta bukankah tak masuk akal bunyinya.
Namun, usaha tangga jaya kejayaan Acid Welding membuat Motosikal Bobber menggunakan enjin kereta itu sedikit sebanyak telah membuatkan orang ramai 'membuka mata' dan mereka akhirnya kagum dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh Acid Welding.
SC berharap Acid Welding terus menghasilkan Motosikal Bobber daripada enjin-enjin kereta terpakai yang ada di seluruh dunia bagi memastikan nama Malaysia menjadi harum semerbak bak mawar berduri setidak-tidaknya kita sebagai rakyat Malaysia boleh menumpang bangga dengan kejayaan Acid Welding tersebut.
No comments:
Post a Comment