Followers

Wednesday, July 5, 2017

IKLAN RAYA PELABURAN MARA - IKHLAS

KITA MASIH berada di bulan Syawal, di mana Hari Raya Aidilfitri masih disambut dengan rumah terbuka di sana-sini, kata orang raya kan sebulan. Oleh yang demikian pada hari ini SC ingin berkongsi dengan anda semua satu iklan raya yang mempunyai mesejnya yang tersendiri.

Iklan raya tersebut bertajuk Ikhlas yang dibuat oleh Syarikat Pelaburan MARA Berhad sebuah subsidiari MARA. Sepertimana iklan-iklan raya yang lain sudah tentu iklan Pelaburan MARA ini juga mempunyai kreativitinya sendiri, padat dengan mesej yang mungkin boleh dijadikan iktibar oleh para penonton.

Pelaburan MARA Berhad sebuah syarikat yang utuh, kalau sebut tentang pelaburan sudah tentu kita akan tak lupa bahawa PMB Investment merupakan salah satu subsidiari Pelaburan Mara Berhad yang menjalankan aktiviti pelaburan berteraskan Amanah Saham. Mungkin anda semua di luar sana mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya padahal ia sebenarnya tidak mampu memberikan apa-apa pulangan kalau ada pun janji-janji kosong, janji tinggal janji akhirnya kita juga yang merana.

Oleh yang demikian, Kalau anda semua mahu mendapatkan keuntungan daripada kita menyertai mana-mana skim cepat kaya yang akhirnya duit kita yang lebur adalah lebih baik kita melabur dengan Saham Amanah yang dikendalikan oleh PMB Investment yang ternyata lebih selamat dan sah di sisi undang-undang.


Bagi mana-mana yang belum lagi menyimpan, apa tunggu lagi pilihlah PMB Investment sebagai instrumen untuk menyimpan wang anda. Menyimpan ini untuk masa depan yang lebih cerah apatah lagi kalau kita menyimpan dalam bentuk saham amanah, apa tunggu lagi jom kita ke PMB Investment untuk membuat simpanan dengan pelaburan.

Antara mesej yang begitu mendalam yang ditunjukkan oleh iklan ini ini ialah Allah tidak menilai kepada ketampanan seseorang tetapi ia memandang sejauhmana keikhlasan yang ada di dalam seseorang itu di dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan.

SC: Buatlah sesuatu dengan ikhlas nescaya anda akan mendapat balasan pahala.

No comments:

Post a Comment