PADA posting SC pada kali ini SC ingin berkongsi dengan anda semua video sebuah motosikal yang telah diubahsuai dan dilengkapkan dengan sistem turbo. Pengubahsuaian telah dibuat ke atas Motosikal berjenama Honda dan modelnya adalah Honda RS 150. Hebat betul motor pun pakai turbo sekarang ni. Jangan main-main tau.
Cuba anda semua bayangkan bagaimana sebuah motosikal yang dilengkapkan dengan turbo, apakah kehebatan tersembunyi motosikal ini? Adakah dengan memasang sistem turbo di motosikal ini mampu membuatkan motosikal ini mampu terbang sepertimana kapal terbang.
Bagaimana pula kalau semua motosikal yang ada kat atas dunia yang fana ini dilengkapkan dengan sistem turbo. Berapakah kelajuan yang motosikal tersebut mampu cecah selepas sistem turbo ini dapat dipasang di motosikal tersebut. Berapakah kos untuk memasang sistem turbo pada motosikal mereka.
Mungkin satu hari nanti orang akan berlumba-lumba untuk memasang sistem turbo pada motosikal kesayangan mereka tambahan pula sekiranya video ini menjadi viral sudah tentu ia akan menjadi kegilaan ramai terutamanya kepada mat-mat motor di luar sana kerana bagi mereka kelajuan adalah satu kemajuan.
Namun, bagi SC orang yang mampu membuat sistem turbo untuk motosikal ini ternyata seorang yang kreatif dan bertuah kerana bakat terpendam tersebut ada pada mereka. Apa-apa pun semoga anda semua dapat ilmu yang berguna dengan menonton video ini.
SC: Memang gempak lah Honda RS150 Turbo ni
No comments:
Post a Comment