Followers

Wednesday, July 26, 2017

Penipuan Skim Cepat Kaya

BERCAKAP mengenai nak jadi kaya, SC percaya sudah tentu ramai anda semua di luar sana yang mahu cepat kaya. Mungkin ada sesetengah orang tapi bukan semua yang berpandangan jika mereka kaya mereka akan bahagia walaupun sebenarnya ia sebaliknya ramai yang kaya di luar sana tidak mampu mendapat kebahagiaan kerana wang ringgit bukanya dapat membeli kebahagian. 

Berbalik kita kepada isu skim cepat kaya ini. Ramai orang yang terlalu fanatik untuk menjadi kaya apatah lagi jika ada jalan pintas untuk mereka menjadi kaya sudah tentu mereka jalan itu sehinggakan mereka lupa bahawa tiada jalan mudah untuk menjadi kaya hinggakan terpengaruh dengan skim-skim cepat kaya akhir sekali mereka tertipu dengan skim yang menjanjikan bulan dan bintang ini.

Hari ini SC ingin berkongsi tips dengan anda semua berhubung penipuan skim cepat kaya ini. SC akan memberi ilmu yang berguna buat anda semua agar kita semua tidak tertipu lagi dengan skim yang mengarut ini. 

1. Saya mempunyai modal tunai sebanyak RM100, 000 saya buka satu syarikat/skim yang ada tawar 3 pakej pelaburan kepada orang ramai:
A. Gold - RM400
B. Platinum - RM4000
C. Diamond RM 40,000


2. Bagi tahap permulaan ini bukan mudah untuk menarik pelabur tahap pertama adalah strategi untuk menjadi dipercayai. Pada permulaan ramai yang ragu-ragu dan takut ditipu tapi nak tahu kebanyakkan orang ramai yang suka mencuba akan letakkan pakej yang paling minima seperti Pakej Gold -RM400, Pakej ini menawarkan pulangan sebanyak RM100 sebulan selama 3 bulan dan pelaburan ini akan matang pada bulan ke 4 dan mereka mempunyai pilihan untuk mendapat RM800 (keuntungan) dan pakej akan segera ditamatkan. Contohnya 1000 orang yang masuk jumlah kutipan yang saya akan dapat ialah RM400, 000. Duit ini cukup digunakan untuk membayar habuan bulanan pelabur selama 4 bulan. Duit modal saya RM100,000 digunakan untuk membayar sebahagian kecil mereka yang stop pada bulan ke 4. Kalau 100 orang berhenti saya kena keluar RM800x100 - RM80, 000. Tak mengapa saya habiskan sedikit modal saya janji saya dapatkan kepercayaan  mereka. Tengok nanti bagaimana saya makan duit mereka balik. 

3. Psikologi emosi dimainkan waktu ini di mana pelabur akan menjadi tamak sebab dengan hanya  menunggu lagi 5 bulan mereka akan mendapat RM3600 disamping RM100 tiap bulan. Kebanyakkan mereka tidak akan berhenti pada bulan ke 4 tersebut kerana mereka menanti habuan yang lebih lumayan di hadapan. Maka mereka mengambil pilihan teruskan habuan bulanan RM100.

4. Pada bulan keempat pelabur -pelabur sudah termakan dengan 'kepercayaan' dengan dana tersebut.  sebahagian kecil yang berhenti yang berhenti dan dapat RM800 menjadi bukti kononya skim itu kononya sangat-sangat boleh dipercayai. 

5. Waktu ini keprcayaan terhadap skim ini akan menebal. Maka berbondong-bondonglah diajak keluarga, rakan pejabat, sahabat handai, orang kampung kerana taksub dengan keyakinan tersebut. Diajak joint venture , kumpul modal ramai-ramai dan melabur.

6. Jadikanya ringkas...Contoh 1000 orang tadi yakin dan dipukau dengan Skim Boleh Dipercayai menaiktaraf kepada Pakej Diamond - RM40, 000 duit tu mungkin dari joint venture, kumpul duit orang, personal loan, jual harta, pinjam 'Along' RM40, 000 x 1000 = RM40,000,000

7. Senangnya saya nak dapatkan RM40 juta dengan hanya membayar nilai lakonan 'boleh dipercayai' Bila dah dapat duit masa tu saya dah boleh isytihar macam-macam kepada pelabur saya paling senang kena rompak, kena tipu atau pecah amanah (tuduh je sesiapa sahaja dalam syarikat dan jadikan kambing hitam). Dan saya tak mampu pulangkan modal pelaburan tersebut kepada pelabur-pelabur. Untuk meredakan amarah pelabur saya, saya minta tempoh 6 bulan untuk selesaikan & recovery , cukup 6 bulan saya minta tangguh lagi 6 bulan. Lama-lama mereka putus harap dan pasrah duit mereka telah hangus (disini saya akan mainkan sentimen agama sikit seperti rezeki itu Allah yang tentukan). Mereka akan lupa hari demi hari.

Tuduh pulak kerajaan melalui Bank Negara rampas semua wang & aset syarikat sebagai penutup cerita & lakonan. Jangan tertipu dengan skim cepat kaya. Kalau nak sangat cepat kaya jangan masuk skim cepat kaya tapi jadilah pengajur skim cepat kaya. 

SC: Sebelum buat sebarang keputusan sila beringat terlebih dahulu. Ingatlah tiada jalan mudah untuk menjadi kaya. 

No comments:

Post a Comment