Followers

Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

Thursday, August 17, 2017

Ribut Kencang di Paka Terengganu Pada 14 Ogos 2017

BEBERAPA hari yang lalu satu kejadian ribut kencang telah melanda Paka. Paka merupakan salah sebuah daerah di dalam naungan Kerajaan Negeri Terengganu, di mana Sultan bagi negeri Terenganu ialah DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin dan kerajaan negerinya diketuai oleh YAB Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif.

Dilaporkan bahawa ribut kencang itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa. Alhamdullillah semuanya selamat. Kejadian ribut tersebut sebenarnya telah berjaya dirakam dan turut menjadi viral di media sosial. Oleh yang demikian SC pun ingin turut berkongsi rakama video amatur tersebut kepada anda semua selaku pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini.

Video tersebut telah merakamkan detik-detik cemas berlakunya ribut kencang berhampiran loji penapisan minyak di Kerteh. Melihat video tersebut SC sangat terkejut dan berharap tiada yang menjadi korban mangsa ribut kencang tersebut, Alhamdulillah sepertimana yang dilaporkan tiada kemalangan jiwa akibat daripada ribut kencang itu berlaku.

Wednesday, July 5, 2017

IKLAN RAYA PELABURAN MARA - IKHLAS

KITA MASIH berada di bulan Syawal, di mana Hari Raya Aidilfitri masih disambut dengan rumah terbuka di sana-sini, kata orang raya kan sebulan. Oleh yang demikian pada hari ini SC ingin berkongsi dengan anda semua satu iklan raya yang mempunyai mesejnya yang tersendiri.

Iklan raya tersebut bertajuk Ikhlas yang dibuat oleh Syarikat Pelaburan MARA Berhad sebuah subsidiari MARA. Sepertimana iklan-iklan raya yang lain sudah tentu iklan Pelaburan MARA ini juga mempunyai kreativitinya sendiri, padat dengan mesej yang mungkin boleh dijadikan iktibar oleh para penonton.

Pelaburan MARA Berhad sebuah syarikat yang utuh, kalau sebut tentang pelaburan sudah tentu kita akan tak lupa bahawa PMB Investment merupakan salah satu subsidiari Pelaburan Mara Berhad yang menjalankan aktiviti pelaburan berteraskan Amanah Saham. Mungkin anda semua di luar sana mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya padahal ia sebenarnya tidak mampu memberikan apa-apa pulangan kalau ada pun janji-janji kosong, janji tinggal janji akhirnya kita juga yang merana.

Oleh yang demikian, Kalau anda semua mahu mendapatkan keuntungan daripada kita menyertai mana-mana skim cepat kaya yang akhirnya duit kita yang lebur adalah lebih baik kita melabur dengan Saham Amanah yang dikendalikan oleh PMB Investment yang ternyata lebih selamat dan sah di sisi undang-undang.

Wednesday, June 21, 2017

Iklan Raya 2017 Hypp TV Ispirasi: Pengorbanan Seorang Bapa

AIDILFITRI sudah makin dekat, Ramadhan pun sudah nak melabuhkan tirainya cuma tinggal beberapa hari lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut hari kemenangan yakni Hari Raya Aidilfitri atau lebih dikenali dengan nama Hari Raya Puasa. 

Begitu pantas masa berlalu, sedar tak sedar kita nak habis bulan puasa. Kadang-kadang SC terfikir juga sempatkan SC merasa bulan puasa di tahun yang mendatang, adakah SC diizinkan Allah lagi atau tak merasai suasana bulan ibadah yang penuh makna ini. SC hanya mampu berdoa agar diberi peluang sekali lagi untuk sama-sama beribadah di dalam bulan yang penuh keberkatan ini di tahun-tahun yang mendatang.

Berbalik kita kepada apa yang ingin kongsi dengan anda semua di dalam artikel SC kali ini ialah iklan raya 2017 yang bertajuk Pengorbanan Seorang Bapa yang dibuat oleh Hypp TV Inspirasi. Namun, apa yang ingin SC tegaskan di sini bukan ini satu-satunya iklan raya yang SC akan kongsikan untuk pembaca setia blog SC ini, cuma ini salah satu iklan yang menjadi pilihan SC untuk dikongsi sebagai tatapan semua. Apa yang pasti setiap Iklan Raya sudah tentu ada mesejnya sendiri.

Tuesday, June 6, 2017

JOM BAYAR ROADTAX DI KRY GLOBAL ENTERPRISE

HARI ini SC berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan insurans am yang sedang berkembang maju di Bandar Jerteh, Besut, Terengganu. Syarikat ini semakin menjadi pilihan utama terutamanya di kalangan penduduk sekitar Besut. 

Syarikat yang SC maksudkan ialah KRY Global Enterprise. KRY Global Enterprise menawarkan khidmat pembaharuan cukai jalan dan juga polisi insurans kenderaan yang semakin terkenal sejak akhir-akhir ini. Ia menjadi pilihan kerana tawaran murahnya yang menarik minat terutamanya mereka-mereka yang gemar berjimat cermat. 



Lokasi yang menjadi pejabat induk kepada KRY Global Enterprise ini ialah di alamat PT365, Tingkat Bawah, Bangunan DPMMT, Jalan Pasir Akar, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu. KRY Global Enterprise juga boleh dihubungi di talian 09-6975188.

KRY Global Enterprise diuruskan oleh seorang usahawan muda yang baru meningkat naik iaitu En Khairy merupakan salah seorang peserta mentor usahan Dr Azizan Osman. Ketekunan beliau berusaha telah menjadikan KRY Global Enterprise sebagai pilihan utama untuk mendapatkan khidmat pembaharuan insurans kenderaan mahupun pembaharuan cukai jalan. 

Sunday, June 4, 2017

Jalal Bomb Prank

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua sebuah video yang turut menjadi viral akhir-akhir ini, video ini amat popular di youtube sehinggakan ia menjadi trending sejak akhir-akhir ini, Video mengisahkan seorang lelaki yang suka mengenakan orang dengan menggunakan helah dan ancaman palsu kepada orang ramai.

SC pun hairan adakah di negara mereka tiada undang-undang bagi melarang membuat video-video berupa ancaman bom palsu. Adakah negara di mana mereka tinggal tidak menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras penerbitan video yang berupa ancaman bom palsu ini kepada orang ramai. 

Tidakkah ia akan membahayakan nyawa orang ramai, cuba bayangkan kalau ada satu ancaman bom sebenar tetapi ia disangka hanyalah satu gurauan, sudah pasti mereka yang berhampiran dengan bom itu tidak akan melarikan diri kerana menyangka ianya adalah ancaman bom palsu, ini mungkin akan menyebabkan lebih ramai yang akan tercedera mahupun terbunuh kerana menyangka bom sebenar itu bom palsu. 

Mungkin ada yang mengatakan itu adalah sebahagian kreativiti seseorang itu untuk menghiburkan orang ramai, tapi bagi SC ianya sesuatu yang tidak patut berlaku kerana kreativiti tidak semestinya kita perlu membahayakan nyawa seseorang.

Saturday, May 27, 2017

Pakej Percutian Bajet Pulau Perhentian

TERLEBIH dahulu SC ingin memohon maaf kepada semua pembaca setia blog ini kerana sudah begitu lama tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukkan dengan tugas-tugas rasmi SC. Hari ini SC ingin berkongsi dengan pembaca setia blog ini satu Pakej Percutian Bajet di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.

Pakej Percutian Bajet ini adalah bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa negara kita. Pakej Percutian bajet ini merupakan pilihan terbaik kepada mereka-mereka yang ingin bercuti pada kadar harga Bajet. Pakej ini begitu lebih ekonomi daripada pakej-pakej yang lain. 









MAKLUMAT MENGENAI PAKEJ INI ADALAH SEPERTIMANA BERIKUT:

3 Hari 2 Malam Pulau Perhentian

Pakej Termasuk:-

Bot Pergi dan Balik
Penginapan
Makan
Snorkeling

Harga Pakej Ditawarkan RM 300 / pax

Tempahan Pakej Dibuka Sekarang
Bermula Hari Raya Kedua Aidilfitri Hingga Akhir Musim 2017

SILA HUBUNGI HAIRI DI TALIAN  019 7873779 UNTUK TEMPAHAN
DEPOSIT HARGA PENUH DIPERLUKAN, TEMPAHAN TANPA DEPOSIT TIDAK AKAN DILAYAN.

Wednesday, April 6, 2016

JOM HIKING DI BUKIT KELUANG


SETELAH beberapa bulan SC tidak mengemaskini blog ini, akhirnya hari ini SC ada kesempatan untuk mengemaskini blog ini khas buat pengikut atau pembaca setia blog ini. Kesibukkan SC dengan tugas-tugas SC menyebabkan kerja-kerja pengemaskinian blog ini tergendala oleh yang demikian SC memohon maaf di atas kesilapan SC ini. 



Pada artikel kali ini SC ingin mengajak anda semua untuk menikmati satu tarikan baru yang kini menjadi kegilaan ramai di Besut, Terengganu. Di daerah inilah letaknya sebuah bukit yang dinamakan sebagai Bukit Keluang. Tempat yang menjadi pilihan ramai yang meminati aktiviti 'hiking' di mana pengunjungnya bukan sahaja daripada dalam daerah Besut, malahan dari seluruh negara. 


Sebenarnya aktiviti 'hiking' di Bukit Keluang ini bukanlah satu aktiviti baru, malah ianya telah lama menjadi acara wajib mingguan SC semasa di bangku persekolahan dulu, malah SC menjadikan aktiviti hiking di Bukit Keluang itu sebagai latihan sebelum SC berangkat ke XPDC ke Gunung Tebu. Kata orang kita kena membiasakan diri kita dengan aktiviti pendakian agar kita tidak sukar sewaktu menyertai XPDC Gunung Tebu tersebut. Namun, pada waktu dulu aktiviti Hiking di Bukit Keluang ini tidak mendapat sambutan hangat sepertimana sekarang, dulu hanya sebilangan kecil sahaja yang meminati aktiviti lasak yang 'hiking' di Bukit Keluang. 

SC tidak pasti kenapa sejak akhir-akhir ini aktiviti Hiking di Bukit Keluang tiba-tiba 'meletup' dan menjadi kegilaan ramai. SC mengandaikan mungkin juga ia disebabkan aktiviti selfie yang menyebabkan ramai yang terliur untuk 'hiking' di Bukit Keluang. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa aktiviti ini mendapat sambutan hangat di dalam dan luar Besut. 

Saturday, September 5, 2015

Hazury Permata Baru Industri Muzik Tanah Air

KALAU dulu kita sering mendengar lagu nyanyian penyanyi cilik daripada seberang yakni Indonesia sehimggakan auranya berjaya masuk ke negara kita, Penyanyi cilik yang dimaksudkan ialah Tegar. Pada waktu itu kita hanya mampu kagum dengan kehebatan persembahan Tegar walaupun ianya dari Indonesia.

Hari ini akhirnya negara kita mempunyai penyanyi cilik yang namanya baru meningkat naik. Penyanyi yang SC maksudkan ialah adik Hazury. Hazury dikatakan didik oleh KRU Music. Berasal daripada kemaman dan baru sahaja darjah 3 bersekolah di Sekolah Kebangsaan Chukai, Kemaman, Teremgganu.

Mendengar nyanyian beliau ternyata beliau boleh menjadi pencabar terdekat Tegar. Sekiranya beliau mendapat didikan yang baik tak mustahil satu hari nanti dia boleh  menewaskan Tegar sekaligus mampu mengharumkan nama negara di seantero dunia.

Siapa sangka budak darjah tiga bukan sahaja dapat menyanyikan lagu dengan baik malah vokal beliau ternyata unggul jika nak dibandingkan dengan anak-anak yang sebaya denganya. Kemampuan beliau bermain gitar merupakan satu perkara yang boleh disifatkan sebagai menakjubkan.

Bersama-sama dengan artikel ini SC akan kongsikan bersama video-video yang ada kaitan dengan penyanyi cilik bernama Hazury tersebut.

Saturday, December 29, 2012

Banjir 2012 Pantai Timur

BARU-BARU ini satu bencana alam yang menimpa menjadi kelaziman setiap bulan Disember tiap-tiap tahun di negeri-negeri Pantai Timur. SC semua dah tahu apa negeri-negeri yang terletak di bawah Pantai Timur, tetapi untuk lebih berkesan adalah lebih elok SC nyatakan bahawa negeri-negeri di Pantai Timur ialah Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Banjir di penghujung Disember 2012 mungkin akan meninggalkan kesan mendalam terutamanya kepada mangsa-mangsa banjir,sebenarnya banjir ini adalah salah satu bentuk ujian daripada Allah s.w.t. terhadap kita oleh yang demikian kita perlulah lalui laluan sukar ini dengan penuh sabar.

Oleh kerana isu banjir masih hangat diperkatakan kali ini SC akan cuba berkongsi maklumat mengenai banjir yang telahpun melanda di kesemua negeri di Pantai Timur. Mungkin kejadia banjir yang menimpa kawan-kawan kita boleh dijadikan iktibar untuk kita.


Smiley face
Smiley face

Marilah bersama-sama kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana tempat kita tidak dilanda banjir. Sama-samalah kita berdoa agar mangsa-mangsa banjir sentiasa tabah mengharungi dugaan yang menimpa mereka. Ingat hari ini mungkin hari mereka diuji mana tahu akan datang kita pula akan diuji. 

SC: Bersama-samalah kita membantu mangsa banjir....

Thursday, October 27, 2011

Final Piala Malaysia 2011

BOLA SEPAK menjadi pilihan SC pada kali ini untuk SC muatkan di dalam blog Sembang Cerita ini. Sepertimana umum sudah mengetahui bahawa kehangatan Piala Malaysia yang merupakan piala yang berprestij di Malaysia semakin hangat terasa. 

SC percaya semua ternanti-nanti laungan "Peteh Teganung Peteh" dan "Hobin Jang Hobin" di stadium pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada hujung minggu ini. Bagi yang belum mengetahui pasukan mana yang akan beraksi di gelanggang akhir tersebut izinkan SC beritah bahawa skuad Penyu atau The Turtle Warrior akan berentap menentang Skuad Rusa iaitu skuad Terengganu menentang Skuad Negeri Sembilan. 

Beberapa hari lalu, berlaku kekecohan sedikit apabila peminat-peminat bola sepak tanah air terutamanya penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan ekoran keputusan FAM menetapkan harga tiket untuk perlawanan tersebut pada harga RM50 untuk satu tiket.

Keputusan FAM tersebut membuatkan kebanyakkan penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan "Naik Minyak" nak menyifatkan tindakan FAM tersebut telah membuktikan FAM cuba "Cekik Darah". Ramai penyokong-penyokong para finalis tersebut cuba meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung kenaikkan tersebut. 

Kerajaan Negeri Terengganu mengambil langkah proaktif apabila menawarkan 50% subsidi untuk tiket perlawanan akhir Piala Bola Sepak yang berprestij di Malaysia itu. Tindakan proaktif Kerajaan Negeri Terengganu itu ternyata melegakkan penyokong setia bola sepak Terengganu.

SC melihat perlawanan akhir kali ini mungkin berlaku satu perlawanan yang sengit. Setiap pasukan ada kelebihan masing-masing contohnya Negeri Sembilan mempunyai banyak pengalaman beraksi di pentas akhir manakala Terengganu pula pernah menewaskan pasukan tuan rumah di stadium yang sama. Pendek kata perlawanan tersebut mungkin kita boleh katakan 50-50. 

SC tak pasti kenapa Perlawanan Akhir kali ini diadakan di Stadium Shah Alam dan bukanya di Stadium Bukit Jalil sebagaimana kebiasaan Piala Malaysia, namun SC merasakan Stadium Shah Alam tidak sesuai untuk dijadikan venue untuk perlawanan akhir tersebut ditambah pula dengan keadaan padang yang begitu teruk. Keadaan padang sebegitu rupa mungkin akan mendatangkan marabahaya terhadap pemain-pemain.

SC berharap tidak ada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku pada perlawanan tersebut dan berharap perlawanan itu bermula dengan Selamat dan berakhir dengan Selamat. 

SC: Peteh Teganung Peteh...Harap Terengganu berjaya menjulang Piala Malaysia.....

Friday, September 2, 2011

Masjid Kayu Seberang Jerteh, Besut, Terengganu


HARI ini SC memilih untuk berkongsi dengan korang semua pembaca setia blog Sembang Cerita sekeping gambar yang memaparkan gambar Masjid Kayu Seberang Jerteh, Besut, Terengganu. Bagi yang belum mendapat apa-apa maklumat mengenai masjid ini sebenarnya ianya baru dibina dan hampir siap dibina.

Masjid ini letaknya di Seberang Jerteh, Besut, Terengganu dan ianya berhampiran dengan kediaman mantan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Jerteh.

Kos pembinaan masjid ini ialah 12 Juta dengan menggunakan material asas kayu dan menggunakan 100% kayu cengal untuk bangunan masjid ini. Mungkin masjid ini akan menjadi mercutanda baru bagi daerah Besut.

Apa yang menariknya, masjid ini akan mengembalikan nostalgia silam apabila ia kelihatan unik tambahan pula jarang sekali kita dapat lihat masjid baru yang diperbuat daripada kayu. Mungkin selepas ini ia akan menjadi satu lagi tarikan pelancongan bagi daerah Besut.

SC: Kalau datang besut, singgahlah di masjid ni.....