Followers

Thursday, October 27, 2011

Final Piala Malaysia 2011

BOLA SEPAK menjadi pilihan SC pada kali ini untuk SC muatkan di dalam blog Sembang Cerita ini. Sepertimana umum sudah mengetahui bahawa kehangatan Piala Malaysia yang merupakan piala yang berprestij di Malaysia semakin hangat terasa. 

SC percaya semua ternanti-nanti laungan "Peteh Teganung Peteh" dan "Hobin Jang Hobin" di stadium pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada hujung minggu ini. Bagi yang belum mengetahui pasukan mana yang akan beraksi di gelanggang akhir tersebut izinkan SC beritah bahawa skuad Penyu atau The Turtle Warrior akan berentap menentang Skuad Rusa iaitu skuad Terengganu menentang Skuad Negeri Sembilan. 

Beberapa hari lalu, berlaku kekecohan sedikit apabila peminat-peminat bola sepak tanah air terutamanya penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan ekoran keputusan FAM menetapkan harga tiket untuk perlawanan tersebut pada harga RM50 untuk satu tiket.

Keputusan FAM tersebut membuatkan kebanyakkan penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan "Naik Minyak" nak menyifatkan tindakan FAM tersebut telah membuktikan FAM cuba "Cekik Darah". Ramai penyokong-penyokong para finalis tersebut cuba meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung kenaikkan tersebut. 

Kerajaan Negeri Terengganu mengambil langkah proaktif apabila menawarkan 50% subsidi untuk tiket perlawanan akhir Piala Bola Sepak yang berprestij di Malaysia itu. Tindakan proaktif Kerajaan Negeri Terengganu itu ternyata melegakkan penyokong setia bola sepak Terengganu.

SC melihat perlawanan akhir kali ini mungkin berlaku satu perlawanan yang sengit. Setiap pasukan ada kelebihan masing-masing contohnya Negeri Sembilan mempunyai banyak pengalaman beraksi di pentas akhir manakala Terengganu pula pernah menewaskan pasukan tuan rumah di stadium yang sama. Pendek kata perlawanan tersebut mungkin kita boleh katakan 50-50. 

SC tak pasti kenapa Perlawanan Akhir kali ini diadakan di Stadium Shah Alam dan bukanya di Stadium Bukit Jalil sebagaimana kebiasaan Piala Malaysia, namun SC merasakan Stadium Shah Alam tidak sesuai untuk dijadikan venue untuk perlawanan akhir tersebut ditambah pula dengan keadaan padang yang begitu teruk. Keadaan padang sebegitu rupa mungkin akan mendatangkan marabahaya terhadap pemain-pemain.

SC berharap tidak ada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku pada perlawanan tersebut dan berharap perlawanan itu bermula dengan Selamat dan berakhir dengan Selamat. 

SC: Peteh Teganung Peteh...Harap Terengganu berjaya menjulang Piala Malaysia.....

No comments:

Post a Comment