Followers

Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Final Piala Malaysia 2011

BOLA SEPAK menjadi pilihan SC pada kali ini untuk SC muatkan di dalam blog Sembang Cerita ini. Sepertimana umum sudah mengetahui bahawa kehangatan Piala Malaysia yang merupakan piala yang berprestij di Malaysia semakin hangat terasa. 

SC percaya semua ternanti-nanti laungan "Peteh Teganung Peteh" dan "Hobin Jang Hobin" di stadium pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada hujung minggu ini. Bagi yang belum mengetahui pasukan mana yang akan beraksi di gelanggang akhir tersebut izinkan SC beritah bahawa skuad Penyu atau The Turtle Warrior akan berentap menentang Skuad Rusa iaitu skuad Terengganu menentang Skuad Negeri Sembilan. 

Beberapa hari lalu, berlaku kekecohan sedikit apabila peminat-peminat bola sepak tanah air terutamanya penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan ekoran keputusan FAM menetapkan harga tiket untuk perlawanan tersebut pada harga RM50 untuk satu tiket.

Keputusan FAM tersebut membuatkan kebanyakkan penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan "Naik Minyak" nak menyifatkan tindakan FAM tersebut telah membuktikan FAM cuba "Cekik Darah". Ramai penyokong-penyokong para finalis tersebut cuba meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung kenaikkan tersebut. 

Kerajaan Negeri Terengganu mengambil langkah proaktif apabila menawarkan 50% subsidi untuk tiket perlawanan akhir Piala Bola Sepak yang berprestij di Malaysia itu. Tindakan proaktif Kerajaan Negeri Terengganu itu ternyata melegakkan penyokong setia bola sepak Terengganu.

SC melihat perlawanan akhir kali ini mungkin berlaku satu perlawanan yang sengit. Setiap pasukan ada kelebihan masing-masing contohnya Negeri Sembilan mempunyai banyak pengalaman beraksi di pentas akhir manakala Terengganu pula pernah menewaskan pasukan tuan rumah di stadium yang sama. Pendek kata perlawanan tersebut mungkin kita boleh katakan 50-50. 

SC tak pasti kenapa Perlawanan Akhir kali ini diadakan di Stadium Shah Alam dan bukanya di Stadium Bukit Jalil sebagaimana kebiasaan Piala Malaysia, namun SC merasakan Stadium Shah Alam tidak sesuai untuk dijadikan venue untuk perlawanan akhir tersebut ditambah pula dengan keadaan padang yang begitu teruk. Keadaan padang sebegitu rupa mungkin akan mendatangkan marabahaya terhadap pemain-pemain.

SC berharap tidak ada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku pada perlawanan tersebut dan berharap perlawanan itu bermula dengan Selamat dan berakhir dengan Selamat. 

SC: Peteh Teganung Peteh...Harap Terengganu berjaya menjulang Piala Malaysia.....

Sunday, March 20, 2011

Red Warrior Menang Bergaya di Gelanggang Lawan


HARI ini SC ingin bercerita mengenai kejayaan Skuad Bola Sepak Kelantan atau lebih dikenali dengan nama The Red Warrior yang menempah tiket ke Separuh Akhir Piala FA. Apa yang menariknya perlawanan kali ini dikira kemenangan di Gelanggang Lawan walaupun ia diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-iv.

Semalam SC berkesempatan untuk ke Stadium tersebut dan apa yang SC dapat lihat ialah Stadium tersebut dibanjiri oleh penyokong-penyokong The Red Warrior kerana di dalam Stadium kelihatan warna Merah dan Putih sahaja yang nampak menyerlah.

Sebelum SC terlupa, Perlawanan tersebut adalah yang melibatkan Felda United melawan Kelantan. Keputusan apabila wisel penamat dibunyikan ialah Felda United -0 dan Kelantan -3, secara agregatnya Kelantan menang dengan jumlah agregat 5-2.

Daripada apa yang SC lihat di dalam perlawanan semalam ternyata, pengadil perlawanan di dalam perlawanan semalam lebih menyebelahi Felda United apabila beberapa kekasaran terhadap pemain Kelantan kebanyakkan diabaikan oleh Pengadil Perlawanan.

Perkara ini juga mendatangkan kemarahan kepada penyokong-penyokong Kelantan, sehingga ada yang gagal mengawal emosi membaling objek masuk ke dalam padang dan ada yang lebih berani membaling mercun ke dalam padang.

SC: Go...Go...Go Red Warrior....berjuanglah para Pahlawan Merah.

Thursday, December 23, 2010

Mari Doakan Kejayaan Skuad Malaysia


HARI INI SC ingin bercakap mengenai sukan bola sepak, sepertimana yang kita semua tahu Skuad Bola Sepak Kebangsaan Negara kita telah pun berjaya menempah tempat ke Final Piala AFF Suzuki, sebagai rakyat Malaysia SC tumpang berbangga mengenainya.

Namun, bagi SC mungkin terlalu awal kita hendak memuji skuad kebangsaan kita jadi apa yang terbaik adalah bersama-sama kita doakan kejayaan skuad kebangsaan negara kita menjulang Piala AFF Suzuki.

Sekiranya Malaysia berjaya berjaya menjulang Piala AFF Suzuki, SC akan rasa gembira denganya, SC rasa bukan sahaja SC yang gembira malah seluruh rakyat Malaysia daripada seluruh pelusuk Malaysia juga akan bergembira denganya.

Malah kejayaan itu merupakan satu pencapaian terbaik selepas mutu skuad bola sepak kebangsaan semakin merosot beberapa tahun yang lalu. Kedudukan skuad bola sepak negara kita dalam ranking dunia juga terjejas beberapa tahun lalu, mungkin dengan kemenangan ini boleh memperbaiki sedikit kedudukan ranking dunia skuad bola sepak negara kita.

SC: SC sentiasa doakan yang terbaik buat rakyat Malaysia, semoga skuad Malaysia berjaya di Piala AFF Suzuki.