Followers

Showing posts with label SC. Show all posts
Showing posts with label SC. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

PCGAME: World Of Tanks

BLOG ini sudah lama tidak dikemaskini oleh SC, ini adalah kerana SC terlalu sibuk dengan tugas-tugas seharian SC. Kebetulan hari ini SC ada sedikit kelapangan, jadi SC tidak mensia-siakan kelapangan tersebut untuk mengemaskini blog ini.

Topik yang menjadi pilihan SC pada kali ini untuk dikongsi dengan korang semua ialah mengenai Permainan Video Komputer Peribadi atau dalam Bahasa Inggerisnya "PC Game" yang boleh dimainkan di dalam talian atau dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Online Games.

Online Games tersebut dikenali dengan nama Wolrd of Tanks. Sebelum itu adalah lebih elok kita mengenali dengan dekat mengenai Wolrd of Tanks. Sila baca mengenai Wolrd of Tanks di bawah ini:

Wolrd of Tanks berasaskan pasukan secara besar-besaran pelbagai-tindakan permainan dalam talian didedikasikan untuk perang berperisai. Membuang diri ke dalam pertempuran tangki epik Perang Dunia II dengan koboi keluli lain di seluruh dunia. Senjata anda termasuk lebih daripada 160 kereta perisai dari Amerika, Jerman, Perancis dan Kesatuan Soviet, dengan teliti diperincikan dengan ketepatan sejarah.

 Satu sistem yang fleksibel menaik taraf kenderaan yang sahih dan pembangunan membolehkan anda untuk mencuba mana-mana kenderaan dan senjata dalam permainan. Sama ada anda lebih suka untuk menghabiskan musuh anda dengan tangki cahaya yang cepat dan mudah dikendalikan, membuat pelanggaran yang mendalam dalam barisan musuh dengan semua tujuan sederhana tangki, menggunakan daya tangki gergasi untuk menghapuskan tenaga berlawan perisai, atau menjadi sniper berat dengan howitzers jarak jauh, setiap jenis unit mempunyai kelebihan tersendiri dan boleh menjadi amat berkesan apabila dikendalikan oleh ace tangki sebenar.

 Tetapi menjadi komander tangki besar sahaja tidak cukup untuk menang! Dalam Dunia Tangki, ia semua tentang kerja berpasukan. Kemenangan dicapai dengan menggabungkan kemahiran pertempuran anda dengan yang lain-lain ahli pasukan anda, masing-masing memainkan peranan mereka sendiri di medan perang. Hanya tambah strategi kegemaran anda untuk membina empayar besi anda sendiri dan memanifestasikan pihak berkuasa tidak dapat dinafikan kuasa tangki!

(PS: Tangki di sini bermaksud kereta kebal)
Layari:  http://worldoftanks-sea.com/game/guide/en/general/about_world_tanks

Video Wolrd of Tanks


SC: Memang Hebatlah Game Wolrd of Tanks ini

Friday, January 20, 2012

Apabila Tupai Jadi Kaki Judi




SALAM hormat SC ucapkan kepada semua terutamanya pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini, mungkin sudah berjuta kali dah SC ucapkan terima kasih kepada pembaca setia itulah tandanya SC menghargai sumbangan semua pembaca setia di dalam memberikan semangat kepada SC untuk terus mempertahankan blog ini untuk tatapan semua pembaca.

Lama juga SC tidak mengemaskini blog SC ini, bukan kerana SC tidak mahu mengemaskini tetapi masa tidak mengizinkan kerana terlalu banyak tugas yang SC perlu selesaikan. Harap maaf semua pembaca setia. Bagi mengubat kerinduan pembaca setia dengan blog SC ini kali ini SC akan berkongsi satu gambar yang menarik mungkin juga melucukan.

Tajuk gambar ini SC namakanya dengan nama "Apabila Tupai Jadi Kaki Judi" so jangan ingat manusia je pandai berjudi, dan kaki judi ini wujud hanya di kalangan manusia. Siapa tahu tupai sekarang ni pun dah pandai berjudi sepertimana yang digambarkan di dalam gambar yang akan SC kongsikan ini.

Walaubagaimanapun ingin SC tegaskan di sini bahawa sebarang bentuk perjudian adalah diharamkan di dalam Islam, oleh yang demikian janganlah ada di antara kita yang beragama Islam ini menceburkan diri di dalam bidang perjudian. Gambar yang SC nak kongsi ini hanyalah sekadar hiburan dan bukanya untuk menggalakkan perjudian. Jadi Fikir-fikirkanlah.
Smiley face

SC: Hebat tupai zaman sekarang ni yer....

Thursday, December 29, 2011

1Malaysia IPTV

HARI ini SC ingin berkongsi dengan korang semua sebuah saluran televisyen yang beronrientasikan protokol internet atau bahasa Inggerisnya "Internet Protocol Television". Saluran ini dikhabarkan semakin mendapat sambutan akhir-akhir ini.

Bagi mereka yang gemar menonton tv sambil melayari internet, saluran 1Malaysia IPTV memang sesuai untuk korang semua. Di samping itu, korang semua boleh menonton siaran rtm1, rtm2 dan tv3 secara dalam talian dengan menggunakan platform 1Malaysia IPTV.

Bagi mereka yang ingin mencuba saluran 1Malaysia IPTV bolehlah dengan sukarela melayari http://www.1malaysiaiptv.com.my. Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan adalah percuma tak tahulah pula SC dalam masa-masa akan datang adakah ia akan dikenakan bayaran atau tidak. 

Mungkin di masa-masa yang akan datang, pihak 1Malaysia IPTV akan menyediakan lebih banyak lagi saluran untuk tontonan anda semua. Bagi mereka yang belum melayari laman web berkenaan  bolehlah mula melayarinya sekarang kerana ianya percuma. 

Selain daripada itu, pengendali turut menyertakan radio dalam talian yang diberi nama KLpop Radio. Banyak juga lagu-lagu yang menarik di putarkan untuk hiburan korang semua. Jadi apa lagi korang nak tunggu layarilah sekarang lagipun bukan kena bayar pun. 

SC: Memang best 1Malaysia IPTV ini memang rugilah kalau korang tak try tengok.....

Thursday, January 6, 2011

Tok Bomoh Baca Ayat

HARI INI SC ingin berkongsi satu cerita yang sememangnya layak dikongsi untuk bacaan korang semua tajuk cerita ini ialah Tok Bomoh Baca Ayat, ikuti cerita ini di dalam dialog sepertimana yang SC sertakan di bawah ini:

Hendak dijadikan cerita dikisahkan dua orang sahabat sedang rancak bebual di sebuah kedai kopi yang letaknya di Kampung Jin Bertendang. Dua orang sahabat ini ialah Faisal dan Nordin:

Faisal: Aku berkenan betul lah dengan Jamilah anak Pak Mat Soya tu, aku dah cuba tackle tak dapat.

Nordin: Kau Tackle tak kena cara kot

Faisal: Tak kena cara camna macam-macam cara dah aku cuba, aku dah habis cara dah nak guna.

Nordin: ala kalau dah nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih.

Faisal: Ye la tu, Oh ya kau ada kenal tak Bomoh baca ayat, aku nak minta dia baca ayat kat Jamilah.

Nordin: Kalau fasal baca ayat tu, kau tak payah jumpa bomoh, adik aku pun boleh.

Faisal: Betul ke kau ni?

Nordin: Ye la, betul la.

Faisal: Kalau begitu marilah kita jumpa adik kau sekarang.

Nordin: Ok Jom Pergi.

Mereka berdua pun bergegas ke rumah Nordin untuk bertemu dengan adik nordin. Setibanya mereka di rumah Nordin nampaknya Faisal bernasib baik kerana adik Nordin kelihatan ada di rumah nordin. Nordin pun meminta adiknya untuk baca ayat. Adik segera mencapai buku di atas rak buku dan membacanya.

Adik Nordin: Saya ada buku, buku saya sangat tebal, saya suka baca buku.

Mendengar ayat yang dibaca oleh adik Nordin Faisal segera melenting.

Faisal: Hampeh Kau Nordin, kalau ayat macam ni aku pun boleh baca tak perlu kau suruh adik kau baca.

Nordin: La tadi kau kata nak baca ayat, tu adik aku dah baca ayat tu.

Faisal: Apa lah yang bangang sangat kau ni maksud aku, baca ayat tu bomoh yang boleh buat minyak pengasih.

Nordin: La kau tak cakap terang-terang mana aku tau.

Faisal: Sudahlah sudah......buang masa betul kau ni.

Friday, December 24, 2010

Al-Kisah Sembang Cerita

HARI INI SC nak bercerita mengenai sejarah bagaimana blog Sembang Cerita ditubuhkan. Walaupun blog Sembang Cerita ini kelihatan baru sahaja ditubuhkan, sebenarnya sudah lama blog ini ditubuhkan tetapi ia tidak menggunakan nama Sembang Cerita.

Dulunya blog ini dikenali dengan nama JomBersembang, namun atas sebab-sebab teknikal penjenamaan semula terhadap blog JomBersembang terpaksa dilakukan. Oleh sebab-sebab teknikal juga artikel-artikel yang ada di dalam JomBersembang tidak dapat diselamatkan lagi.

Daripada JomBersembang kini blog ini telah dikenali dengan nama Sembang Cerita, tetapi apa-pun nama yang diberi tak kiralah Sembang Cerita mahupun JomBersembang janji kami sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anda pembaca setia kami.

Kepada yang masih belum mengemaskini bookmark anda jangan lupa kemaskini menggunakan alamat blog Sembang Cerita kerana JomBersembang sudah tidak lagi wujud selepas penjenamaan semula dilakukan.

SC:
SC berjanji untuk terus menjadi blog yang terbaik di antara yang terbaik dan terus menjadi medium hiburan dan informasi kepada pembaca setia.

Thursday, December 23, 2010

Mari Doakan Kejayaan Skuad Malaysia


HARI INI SC ingin bercakap mengenai sukan bola sepak, sepertimana yang kita semua tahu Skuad Bola Sepak Kebangsaan Negara kita telah pun berjaya menempah tempat ke Final Piala AFF Suzuki, sebagai rakyat Malaysia SC tumpang berbangga mengenainya.

Namun, bagi SC mungkin terlalu awal kita hendak memuji skuad kebangsaan kita jadi apa yang terbaik adalah bersama-sama kita doakan kejayaan skuad kebangsaan negara kita menjulang Piala AFF Suzuki.

Sekiranya Malaysia berjaya berjaya menjulang Piala AFF Suzuki, SC akan rasa gembira denganya, SC rasa bukan sahaja SC yang gembira malah seluruh rakyat Malaysia daripada seluruh pelusuk Malaysia juga akan bergembira denganya.

Malah kejayaan itu merupakan satu pencapaian terbaik selepas mutu skuad bola sepak kebangsaan semakin merosot beberapa tahun yang lalu. Kedudukan skuad bola sepak negara kita dalam ranking dunia juga terjejas beberapa tahun lalu, mungkin dengan kemenangan ini boleh memperbaiki sedikit kedudukan ranking dunia skuad bola sepak negara kita.

SC: SC sentiasa doakan yang terbaik buat rakyat Malaysia, semoga skuad Malaysia berjaya di Piala AFF Suzuki.