Followers

Showing posts with label game. Show all posts
Showing posts with label game. Show all posts

Monday, August 6, 2012

PC Game: Battlefield Heroes

Hari ini SC nak berkongsi sebuah permainan video dalam talian yang dikatakan semakin hangat sejak akhir-akhir ini, Permainan Video tersebut menggunakan tajuk Battlefield Heroes. Mungkin ia akan menjadi permainan maya terbaru yang akan menjadi kegilaan ramai.

Permainan Video Battlefield Heroes ini terletak di dalam kategori First Person Shooter (FPS). Kalau dalam bahasa mudahnya main tembak-tembak dan seolah-olah kita yang berperang di dalam permainan tersebut. SC kira dengan penjelasan ini lagi mudah anda semua pembaca setia blog SC untuk memahaminya. 

Perkara paling penting yang perlu kita titik beratkan sebelum bermain mana-mana permainan video ialah kita hendaklah pastikan adakah ia sesuai untuk dimainkan di sistem komputer kita atau tidak, kerana sekiranya tidak sesuai kita tidak akan dapat bermain permainan video maya tersebut.

Perkara paling penting ialah keperluan minima sistem komputer anda adalah sepertimana berikut:

Sistem Operasi/Operating System: Windows XP/Windows Vista
CPU: Intel Pentium 4/AMD Athlon 1.0 Ghz
RAM: 512MB on Windows XP or 1Gb on Windows Vista
Kad Grafik: 64MB DirectX compliant video card, Pixel shader 2.0 and above. (AGP and PCIe only)
Kad Bunyi: DirectX 9.0c compatible
Saiz Storan Cakera Keras: 1GB diperlukan untuk proses instalisasi.
Sambungan Internet: 256kbit Cable/DSL connection

Permainan ini mungkin akan dapat membantu anda untuk mengisi masa terluang anda di rumah. Sebelum SC terlupa permainan ini boleh dimainkan secara percuma walaubagamainapun sekiranya anda inginkan senjata tertentu makanya anda perlulah membuat sedikit pelaburan dengan menambah nilai di laman sensawang mereka. 

Permainan video ini diterbitkan dan dikendalikan oleh EA Digital Illusions CE AB. Sebarang maklumat lanjut korang boleh dapatkanya di http://www.battlefieldheroes.com/en.

Trailer Battlefield Heroes:


SC: Seronok juga SC main permainan ni, korang apa tunggu lagi muat turun dan mainlah sekarang.

Wednesday, May 9, 2012

PCGAME: World Of Tanks

BLOG ini sudah lama tidak dikemaskini oleh SC, ini adalah kerana SC terlalu sibuk dengan tugas-tugas seharian SC. Kebetulan hari ini SC ada sedikit kelapangan, jadi SC tidak mensia-siakan kelapangan tersebut untuk mengemaskini blog ini.

Topik yang menjadi pilihan SC pada kali ini untuk dikongsi dengan korang semua ialah mengenai Permainan Video Komputer Peribadi atau dalam Bahasa Inggerisnya "PC Game" yang boleh dimainkan di dalam talian atau dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Online Games.

Online Games tersebut dikenali dengan nama Wolrd of Tanks. Sebelum itu adalah lebih elok kita mengenali dengan dekat mengenai Wolrd of Tanks. Sila baca mengenai Wolrd of Tanks di bawah ini:

Wolrd of Tanks berasaskan pasukan secara besar-besaran pelbagai-tindakan permainan dalam talian didedikasikan untuk perang berperisai. Membuang diri ke dalam pertempuran tangki epik Perang Dunia II dengan koboi keluli lain di seluruh dunia. Senjata anda termasuk lebih daripada 160 kereta perisai dari Amerika, Jerman, Perancis dan Kesatuan Soviet, dengan teliti diperincikan dengan ketepatan sejarah.

 Satu sistem yang fleksibel menaik taraf kenderaan yang sahih dan pembangunan membolehkan anda untuk mencuba mana-mana kenderaan dan senjata dalam permainan. Sama ada anda lebih suka untuk menghabiskan musuh anda dengan tangki cahaya yang cepat dan mudah dikendalikan, membuat pelanggaran yang mendalam dalam barisan musuh dengan semua tujuan sederhana tangki, menggunakan daya tangki gergasi untuk menghapuskan tenaga berlawan perisai, atau menjadi sniper berat dengan howitzers jarak jauh, setiap jenis unit mempunyai kelebihan tersendiri dan boleh menjadi amat berkesan apabila dikendalikan oleh ace tangki sebenar.

 Tetapi menjadi komander tangki besar sahaja tidak cukup untuk menang! Dalam Dunia Tangki, ia semua tentang kerja berpasukan. Kemenangan dicapai dengan menggabungkan kemahiran pertempuran anda dengan yang lain-lain ahli pasukan anda, masing-masing memainkan peranan mereka sendiri di medan perang. Hanya tambah strategi kegemaran anda untuk membina empayar besi anda sendiri dan memanifestasikan pihak berkuasa tidak dapat dinafikan kuasa tangki!

(PS: Tangki di sini bermaksud kereta kebal)
Layari:  http://worldoftanks-sea.com/game/guide/en/general/about_world_tanks

Video Wolrd of Tanks


SC: Memang Hebatlah Game Wolrd of Tanks ini

Sunday, August 21, 2011

RYL 2 Down Of Ages (DOA)


ARTIKEL SC pada kali ini adalah untuk berkongsi dengan korang semua sebuah permainan komputer atas talian (online computer games) khas untuk korang semua pembaca setia blog Sembang Cerita.

Nama penuh permainan komputer ini ialah Risk Your Life 2: Down of Ages (RYL2 DOA). Permainan ini memerlukan korang semua mendaftarkan akaun secara percuma di sini. Selain itu anda juga perlu memuat turun game client permainan komputer ini. Game Client permainan komputer ini boleh dimuat turun di sini.

Permainan komputer ini memang sesuai dimainkan oleh mereka-mereka yang meminati permainan komputer terutama yang suka mengadap komputer 24 jam kerana permainan ini memang mengasyikkan.

Setiap hari pemain baru RYL2 DOA ini terus bertambah, dan ia terus mendapat sambutan hangat, jadi anda bila lagi nak memulakan pengembaraan yang mengasyikkan dengan RYL2 DOA ini.

Sebagai pengetahuan korang semua RYL 2 DOA ini merupakan platform RYL yang menggunakan private server dan ia bukanlah official server. Korang juga diberi peluang untuk membeli beberapa item untuk permainan ini. Item boleh dibeli di sini.

Walaubagaimapun permainan ini adalah percuma untuk dimainkan, jadi bagi mereka yang kurang berkemampuan usah bimbang mereka juga dapat bermain permainan komputer atas talian ini.



SC: Memang best game ni, rugilah korang tak main...jadi apa tunggu lagi....

Saturday, February 5, 2011

Game Mission Against Terror


HARI INI SC memilih untuk berkongsi dengan pembaca setia blog SC ialah sebuah permainan komputer atas talian yang semakin popular sejak akhir-akhir ini. Permainan komputer atas talian atau dalam nama bahasa inggerisnya Online Gaming Platform.

Permainan yang berada di dalam kategori First person shooting ini bernama Mission Against Terror atau ringkasnya (MAT Online). Ramai yang sudah mula mengemari permainan komputer ini sejak akhir-akhir ini.

Permainan ini boleh dimuat turun di laman web rasmi pengendali permainan komputer dalam talian itu di http://mat.cibmall.net/ secara percuma tanpa sebarang bayaran, walaubagaimanapun senjata-senjata yang ditawarkan dalam permainan ini kebanyakkan memerlukan pemain untuk top-up terlebih dahulu game tersebut.

Bagi SC game ini merupakan sebuah game yang mampu menghilangkan rasa bosan, terutamanya di waktu-waktu yang memerlukan kepada hiburan tertentu. Kelemahan game ini pula ialah terlalu ramai pemain yang bermain menggunakan speeder atau hack tool.



SC: Apa tunggu lagi marilah sama-sama kita melayan game ini, semoga pembaca setia kami terhibur dengan posting tak seberapa ini.