Followers

Sunday, August 21, 2011

RYL 2 Down Of Ages (DOA)


ARTIKEL SC pada kali ini adalah untuk berkongsi dengan korang semua sebuah permainan komputer atas talian (online computer games) khas untuk korang semua pembaca setia blog Sembang Cerita.

Nama penuh permainan komputer ini ialah Risk Your Life 2: Down of Ages (RYL2 DOA). Permainan ini memerlukan korang semua mendaftarkan akaun secara percuma di sini. Selain itu anda juga perlu memuat turun game client permainan komputer ini. Game Client permainan komputer ini boleh dimuat turun di sini.

Permainan komputer ini memang sesuai dimainkan oleh mereka-mereka yang meminati permainan komputer terutama yang suka mengadap komputer 24 jam kerana permainan ini memang mengasyikkan.

Setiap hari pemain baru RYL2 DOA ini terus bertambah, dan ia terus mendapat sambutan hangat, jadi anda bila lagi nak memulakan pengembaraan yang mengasyikkan dengan RYL2 DOA ini.

Sebagai pengetahuan korang semua RYL 2 DOA ini merupakan platform RYL yang menggunakan private server dan ia bukanlah official server. Korang juga diberi peluang untuk membeli beberapa item untuk permainan ini. Item boleh dibeli di sini.

Walaubagaimapun permainan ini adalah percuma untuk dimainkan, jadi bagi mereka yang kurang berkemampuan usah bimbang mereka juga dapat bermain permainan komputer atas talian ini.



SC: Memang best game ni, rugilah korang tak main...jadi apa tunggu lagi....

No comments:

Post a Comment