Followers

Showing posts with label jombersembang. Show all posts
Showing posts with label jombersembang. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

PCGAME: World Of Tanks

BLOG ini sudah lama tidak dikemaskini oleh SC, ini adalah kerana SC terlalu sibuk dengan tugas-tugas seharian SC. Kebetulan hari ini SC ada sedikit kelapangan, jadi SC tidak mensia-siakan kelapangan tersebut untuk mengemaskini blog ini.

Topik yang menjadi pilihan SC pada kali ini untuk dikongsi dengan korang semua ialah mengenai Permainan Video Komputer Peribadi atau dalam Bahasa Inggerisnya "PC Game" yang boleh dimainkan di dalam talian atau dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Online Games.

Online Games tersebut dikenali dengan nama Wolrd of Tanks. Sebelum itu adalah lebih elok kita mengenali dengan dekat mengenai Wolrd of Tanks. Sila baca mengenai Wolrd of Tanks di bawah ini:

Wolrd of Tanks berasaskan pasukan secara besar-besaran pelbagai-tindakan permainan dalam talian didedikasikan untuk perang berperisai. Membuang diri ke dalam pertempuran tangki epik Perang Dunia II dengan koboi keluli lain di seluruh dunia. Senjata anda termasuk lebih daripada 160 kereta perisai dari Amerika, Jerman, Perancis dan Kesatuan Soviet, dengan teliti diperincikan dengan ketepatan sejarah.

 Satu sistem yang fleksibel menaik taraf kenderaan yang sahih dan pembangunan membolehkan anda untuk mencuba mana-mana kenderaan dan senjata dalam permainan. Sama ada anda lebih suka untuk menghabiskan musuh anda dengan tangki cahaya yang cepat dan mudah dikendalikan, membuat pelanggaran yang mendalam dalam barisan musuh dengan semua tujuan sederhana tangki, menggunakan daya tangki gergasi untuk menghapuskan tenaga berlawan perisai, atau menjadi sniper berat dengan howitzers jarak jauh, setiap jenis unit mempunyai kelebihan tersendiri dan boleh menjadi amat berkesan apabila dikendalikan oleh ace tangki sebenar.

 Tetapi menjadi komander tangki besar sahaja tidak cukup untuk menang! Dalam Dunia Tangki, ia semua tentang kerja berpasukan. Kemenangan dicapai dengan menggabungkan kemahiran pertempuran anda dengan yang lain-lain ahli pasukan anda, masing-masing memainkan peranan mereka sendiri di medan perang. Hanya tambah strategi kegemaran anda untuk membina empayar besi anda sendiri dan memanifestasikan pihak berkuasa tidak dapat dinafikan kuasa tangki!

(PS: Tangki di sini bermaksud kereta kebal)
Layari:  http://worldoftanks-sea.com/game/guide/en/general/about_world_tanks

Video Wolrd of Tanks


SC: Memang Hebatlah Game Wolrd of Tanks ini

Sunday, July 31, 2011

Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak

ALHAMDULLILAH akhirnya kita bertemu di bulan yang penuh keberkatan dan seribu rahmat ini setelah SC sekian lama tidak dapat mengemaskini blog milik SC kerana sibuk dengan tugas-tugas harian SC yang semakin hari semakin menimbun tugasanya.

SC bersyukur ke hadrat Ilahi kerana SC diberi kesempatan untuk mengemaskini blog milik SC pada bagi bulan Ramadhan Al-Mubarak bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Semalam juga SC berkesempatan menunanaikan Solat Sunat Terawikh berjemaah di Masjid Al-Quddus, Paya Bemban, Kota Bharu, Kelantan.

SC berdoa agar SC diberi kesempatan untuk menyempurnakan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan dan terus diberi kekuatan dan kesabaran untuk meneruskan Ibadah ini. Hari ini adalah hari pertama umat-umat Islam di seluruh Malaysia menunaikan Ibadah Puasa.

Bercakap mengenai Ibadah Puasa SC ingin berkongsi dengan korang semua iaitu satu video niat Puasa mungkin boleh dijadikan panduan oleh semua pembaca setia mahupun pembaca baru blog SC ini.

Niat Puasa Di Bulan Ramadhan




SC sebenarnya baru selesai bersahur, Kali ini menu sahur SC ialah Maggi Goreng apa nak buat inilah nasib berpuasa di negeri orang. Waktu berbuka karang tak tahu lagi berbuka dengan apa.

Sebut kata berbuka, SC ingin berkongsi dengan korang semua satu video doa berbuka puasa untuk amalan korang semua setiap kali berbuka puasa.


Doa Berbuka Puasa

SC: SC berharap pada Ramadhan tahun ini SC berkemampuan untuk menyempurnakan sebagaimana Ramadhan tahun-tahun yang lalu.

Tuesday, February 15, 2011

Mengapa Engkau Sukar Memahami

LAMA JUGA SC tidak mengemaskini blog SC ini, maaf dipohon di atas kesulitan yang timbul ekoran daripada kegagalan SC untuk mengemaskini blog ini, bukan sengaja SC tidak mengemaskini blog ini tetapi terlalu sibuk dengan tugas-tugas yang melibatkan rutin harian SC. Kebetulan hari ini SC mempunyai kesempatan jadi memilih untuk menerbitkan sebuah sajak yang bertajuk Mengapa Engkau Sukar Memahami:

Mengapa Engkau Sukar Memahami

Aku rasa resah di dalam diri
Hari-hari hidupku kian kelabu
Kenapa sukarnya engkau memahami
Kenapa kau terus menekan aku

Aku hanyalah manusia biasa
Tak terdaya olehku untuk semua menyempurnakan permintaanmu
Aku bukanlah orang yang berada
Aku hanyalah orang yang biasa saja padaku

Kenapa kau menyiksa aku
Memang benar aku menyayangimu bagai adik kandung
Namun ada waktu-waktu tertentu aku juga tidak mampu
Aku bukanya ada harta berbondong-bondong

Wahai adikku tolonglah faham keadaanku
Aku dah berusaha untuk menjadi yang terbaik
Namun kau tetap menyalahkanku
Entah bila kau akan anggap aku yang terbaik

Tolonglah fahami keadaan aku
Aku harap kau memahami
Hentikanlah siksaan ini di jiwaku
Jangan terus kau guris hatiku ini

SC: Jangan buat orang terguris hatinya, lama-lama kita sendiri bakal dilukan hatinya.

Friday, December 24, 2010

Al-Kisah Sembang Cerita

HARI INI SC nak bercerita mengenai sejarah bagaimana blog Sembang Cerita ditubuhkan. Walaupun blog Sembang Cerita ini kelihatan baru sahaja ditubuhkan, sebenarnya sudah lama blog ini ditubuhkan tetapi ia tidak menggunakan nama Sembang Cerita.

Dulunya blog ini dikenali dengan nama JomBersembang, namun atas sebab-sebab teknikal penjenamaan semula terhadap blog JomBersembang terpaksa dilakukan. Oleh sebab-sebab teknikal juga artikel-artikel yang ada di dalam JomBersembang tidak dapat diselamatkan lagi.

Daripada JomBersembang kini blog ini telah dikenali dengan nama Sembang Cerita, tetapi apa-pun nama yang diberi tak kiralah Sembang Cerita mahupun JomBersembang janji kami sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anda pembaca setia kami.

Kepada yang masih belum mengemaskini bookmark anda jangan lupa kemaskini menggunakan alamat blog Sembang Cerita kerana JomBersembang sudah tidak lagi wujud selepas penjenamaan semula dilakukan.

SC:
SC berjanji untuk terus menjadi blog yang terbaik di antara yang terbaik dan terus menjadi medium hiburan dan informasi kepada pembaca setia.

Monday, December 20, 2010

Bertolak......

Cerita ini mengisahkan perbualan dua orang sahabat karib, yang sentiasa merancang untuk melakukan program-program sekiranya ada kelapangan masa. Ikuti perbualan mereka.

Zaid: Kau nak pergi tak Bukit Jalil tengok Malaysia main bola Final Piala AFF Suzuki?

Kamil: Boleh juga, bila tu kau nak pergi?

Zaid: Pagi esok kita bertolak dalam pukul 6 pagi, boleh tak?

Kamil: Aku on je.

Keesokan paginya Kamil pun pergi ke rumah Zaid untuk bertolak ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Sebelum mereka bertolak, sempat juga mereka berdua berbual-bual:

Zaid: baguslah kau tiba tepat pada waktunya

Kamil: Macam kau tak tau aku kalau berjanji mesti tepati.

Zaid: Ok lah jangan berlengah lagi marilah kita bertolak

Kamil: Ok, jomlah

Zaid kelihatan tergaman apabila melihat Kamil menolak keretanya, oleh kerana mahukan kepastian Zaid bertanyakan kepada kamil kenapa dia menolak kereta tersebut.

Zaid: Yang kau tolak, kereta tu apa pasal??

Kamil: Semalam ko kata, pukul 6 kita nak bertolak, jadi sekarang dah pukul 6 jadi aku tolak lah kereta ni.

Zaid: La aku bukanya suruh kau tolak kereta ni pukul 6, tapi kita nak pergi ke Kuala Lumpur pukul 6. Apalah bangang sangat kau ni.

Kelihatan Kamil tersipu-sipu malu.

Saturday, December 18, 2010

Selamat Datang Ke Blog Sembang Cerita

ARTIKEL kali ini merupakan edisi pengenalan Blog Sembang Cerita, terima kasih kepada pelawat-pelawat yang baru mahupun yang lama melawati blog ini. Terlebih dahulu SC terangkan di sini bahawa blog ini dibuka untuk menggantikan blog JomBersembang atau dengan istilah yang lebih kompleks blog ini lahir hasil daripada penjenamaan semula blog JomBersembang.

SC ingin tegaskan di sini bahawa, penyiaran blog JomBersembang terpaksa dihentikan dengan serta-merta kerana timbulnya beberapa masalah teknikal yang akan mengganggu kedudukan blog JomBersembang dan juga pemiliknya.

Walaupun JomBersembang sudah bertukar kepada Sembang Cerita, namun SC tetap akan berusaha untuk menjadikan blog ini sebagai blog pelbagai guna dan akan memberi ilmu yang berguna kepada pelawat-pelawat yang setia.

Dalam masa yang sama, SC akan berusaha untuk menjadikan blog SC ini menjadi sama popularnya dengan blog JomBersembang tidak lama dahulu.

SC: "Patah tumbuh hilang berganti" Tak kiralah JomBersembang ke Sembang Cerita ke.....janji ia amat berguna pada kita. Sekian, Salam 1Malaysia.