Followers

Showing posts with label teknikal. Show all posts
Showing posts with label teknikal. Show all posts

Friday, March 4, 2011

Kenali Kerosakkan Komputer Berpandukan Bunyi Beep

HARI ini SC ingin berkongsi dengan pembaca setia yang tidak jemu-jemu membaca blog SC yang tak seberapa ini dengan satu tips untuk mengenalpasti kerosakkan komputer berpandukan bunyi beep bios.

Pendek kata ini adalah sifir kerosakkan komputer berpandukan kepada bunyi beep yang anda akan dengar di komputer peribadi masing-masing. Kerosakkan biasanya akan lebih mudah dikesan sekiranya kita mengetahui sifir Error Beep komputer anda.

Di bawah ini SC senaraikan beberapa keterangan bunyi beep dan jenis kerosakkan yang komputer anda alami:

Beep Code Kerosakkan
1 short DRAM refresh failure
2 short Parity circuit failure
3 short Base 64K RAM failure
4 short System timer failure
5 short Process failure
6 short Keyboard controller Gate A20 error
7 short Virtual mode exception error
8 short Display memory Read/Write test failure
9 short ROM BIOS checksum failure
10 short CMOS shutdown Read/Write error
11 short Cache Memory error
1 long, 3 short Conventional/Extended memory failure
1 long, 8 short Display/Retrace test failed

SC: Moga-moga dengan tips ini akan memberi anda tips yang berguna.

Saturday, December 18, 2010

Selamat Datang Ke Blog Sembang Cerita

ARTIKEL kali ini merupakan edisi pengenalan Blog Sembang Cerita, terima kasih kepada pelawat-pelawat yang baru mahupun yang lama melawati blog ini. Terlebih dahulu SC terangkan di sini bahawa blog ini dibuka untuk menggantikan blog JomBersembang atau dengan istilah yang lebih kompleks blog ini lahir hasil daripada penjenamaan semula blog JomBersembang.

SC ingin tegaskan di sini bahawa, penyiaran blog JomBersembang terpaksa dihentikan dengan serta-merta kerana timbulnya beberapa masalah teknikal yang akan mengganggu kedudukan blog JomBersembang dan juga pemiliknya.

Walaupun JomBersembang sudah bertukar kepada Sembang Cerita, namun SC tetap akan berusaha untuk menjadikan blog ini sebagai blog pelbagai guna dan akan memberi ilmu yang berguna kepada pelawat-pelawat yang setia.

Dalam masa yang sama, SC akan berusaha untuk menjadikan blog SC ini menjadi sama popularnya dengan blog JomBersembang tidak lama dahulu.

SC: "Patah tumbuh hilang berganti" Tak kiralah JomBersembang ke Sembang Cerita ke.....janji ia amat berguna pada kita. Sekian, Salam 1Malaysia.