Followers

Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Sajak: Cerita Seorang Manusia

HARI ini SC memilih untuk berkongsi dengan korang semua sebuah sajak nukilan SC sendiri untuk kita sama-sama hayatinya maksud tersurat dan juga maksud tersirat di sebalik sajak tersebut. Terlebih dahulu SC memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan di dalam sajak tersebut kerana maklumlah SC ini hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.

Cerita Seorang Manusia

Kau sentiasa suka mencari kekayaan
Kau juga sentiasa membuang masa
Kau juga suka membuat dosa
Kau tak kenal apa itu baik dan apa itu jahat

Kau sanggup lakukan apa sahaja untuk mengumpul harta
Kau tak tahu duniawi hanya sementara
Hidup ini hanyalah pinjaman kau tak pedulikanya
Kau mencari harta bertimbun-timbun hingga lupakan pembalasan akhirat

Kau tak peduli rasuah itu berdosa
Kau tak kesah sekiranya harta yang kau cari dari sumber haram
Kau sanggup memberi sumber haram untuk anak kau
Kau tak peduli tentang pembalasan tuhan

Disaat kau mewah, tikar sejadah entah ke mana
Disaat kau fakir, barulah kau cari mana dia masjid
Disaat kau mewah kau lupa fakir miskin
Disaat kau susah, kau menangis tak sudah

Apabila kau lihat orang lain mewah kau rasa iri hati
Bagi kau orang lain tidak boleh lebih mewah daripada kau
Kau sanggup menjatuhkan orang yang lebih mewah daripada kau
Perlbagai cara yang kau gunakan termasuk cara yang syirik

Diwaktu kau sihat, kau lupa akhirat sibuk dengan duniawi
Diwaktu kau sakit, barulah kau mengingati tuhan seru sekian alam
Adakah ini cara kamu wahai manusia
Adakah kamu hanya ingat Allah sewaktu ditimpa kesusahan saja

Inilah yang menjadi kisah sajak ini
Kisah yang mengisahkan cerita seorang manusia
Lupa Allah di waktu senang
Di waktu susah barulah tahu Allah itu Maha Besar
[Nukilan: SC D'Kota Bharu, Kelantan]

SC: Inilah cerita seorang manusia yang kita boleh dapati pada hari ini.

Friday, March 18, 2011

Hindarilah Negaraku daripada Bencana

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua pembaca setia blog SC sebuah sajak yang bertajuk Hindarilah Negaraku Daripada Bencana. Ini adalah bersesuaian dengan keadaan di mana negara Jepun yang baru sahaja dilanda Tsunami dan juga Gempa bumi baru-baru ini.

Sajak ini mungkin boleh dijadikan pedoman atau perigatan buat rakyat negara kita yang masih selamat maklum sahajalah Malaysia letaknya di lokasi yang selamat, berbanding negara-negara lain. Itulah kelebihan Malaysia, namun tidak semestinya lokasi kita yang selamat membolehkan kita buat apa sahaja yang kita suka, ingat sekali Allah turunkan bala dalam sekelip mata juga keselamatan yang kita nikmati sebelum ini akan hilang.

Hindarilah Negaraku Daripada Bencana

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku sungguh sedih dan pilu melihat derita rakyat Jepun
Tsunami yang membadai Jepun bukti kekuasaanmu
Aku sungguh takut dan gerun

Ya Allah Ya Tuhanku
Hindarilah negaraku daripada bencana
Aku bersyukur di atas nikmat pemberianmu
Kau peliharakanlah negaraku daripada sebarang bala bencana

Ketinggian ombak Tsunami
Benar-benar mengisafkan diriku
Harapanku agar negaraku tidak dilanda Tsunami
Wahai manusia insaflah di dalam dirimu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku memohon ampun sekiranya ada yang kau murka
Aku akan berusaha agar dosa jauh dari diriku
Aku pohon maaf kerana sesekali aku terleka

Marilah rakyat negaraku di luar sana
Sama-samalah kita bertaubat di atas dosa kita sebelum ini
Sudah tiba masanya kita menghindari dosa
Jangan tunggu sampainya Tsunami


Tuesday, February 15, 2011

Mengapa Engkau Sukar Memahami

LAMA JUGA SC tidak mengemaskini blog SC ini, maaf dipohon di atas kesulitan yang timbul ekoran daripada kegagalan SC untuk mengemaskini blog ini, bukan sengaja SC tidak mengemaskini blog ini tetapi terlalu sibuk dengan tugas-tugas yang melibatkan rutin harian SC. Kebetulan hari ini SC mempunyai kesempatan jadi memilih untuk menerbitkan sebuah sajak yang bertajuk Mengapa Engkau Sukar Memahami:

Mengapa Engkau Sukar Memahami

Aku rasa resah di dalam diri
Hari-hari hidupku kian kelabu
Kenapa sukarnya engkau memahami
Kenapa kau terus menekan aku

Aku hanyalah manusia biasa
Tak terdaya olehku untuk semua menyempurnakan permintaanmu
Aku bukanlah orang yang berada
Aku hanyalah orang yang biasa saja padaku

Kenapa kau menyiksa aku
Memang benar aku menyayangimu bagai adik kandung
Namun ada waktu-waktu tertentu aku juga tidak mampu
Aku bukanya ada harta berbondong-bondong

Wahai adikku tolonglah faham keadaanku
Aku dah berusaha untuk menjadi yang terbaik
Namun kau tetap menyalahkanku
Entah bila kau akan anggap aku yang terbaik

Tolonglah fahami keadaan aku
Aku harap kau memahami
Hentikanlah siksaan ini di jiwaku
Jangan terus kau guris hatiku ini

SC: Jangan buat orang terguris hatinya, lama-lama kita sendiri bakal dilukan hatinya.