Followers

Monday, August 6, 2012

PC Game: Battlefield Heroes

Hari ini SC nak berkongsi sebuah permainan video dalam talian yang dikatakan semakin hangat sejak akhir-akhir ini, Permainan Video tersebut menggunakan tajuk Battlefield Heroes. Mungkin ia akan menjadi permainan maya terbaru yang akan menjadi kegilaan ramai.

Permainan Video Battlefield Heroes ini terletak di dalam kategori First Person Shooter (FPS). Kalau dalam bahasa mudahnya main tembak-tembak dan seolah-olah kita yang berperang di dalam permainan tersebut. SC kira dengan penjelasan ini lagi mudah anda semua pembaca setia blog SC untuk memahaminya. 

Perkara paling penting yang perlu kita titik beratkan sebelum bermain mana-mana permainan video ialah kita hendaklah pastikan adakah ia sesuai untuk dimainkan di sistem komputer kita atau tidak, kerana sekiranya tidak sesuai kita tidak akan dapat bermain permainan video maya tersebut.

Perkara paling penting ialah keperluan minima sistem komputer anda adalah sepertimana berikut:

Sistem Operasi/Operating System: Windows XP/Windows Vista
CPU: Intel Pentium 4/AMD Athlon 1.0 Ghz
RAM: 512MB on Windows XP or 1Gb on Windows Vista
Kad Grafik: 64MB DirectX compliant video card, Pixel shader 2.0 and above. (AGP and PCIe only)
Kad Bunyi: DirectX 9.0c compatible
Saiz Storan Cakera Keras: 1GB diperlukan untuk proses instalisasi.
Sambungan Internet: 256kbit Cable/DSL connection

Permainan ini mungkin akan dapat membantu anda untuk mengisi masa terluang anda di rumah. Sebelum SC terlupa permainan ini boleh dimainkan secara percuma walaubagamainapun sekiranya anda inginkan senjata tertentu makanya anda perlulah membuat sedikit pelaburan dengan menambah nilai di laman sensawang mereka. 

Permainan video ini diterbitkan dan dikendalikan oleh EA Digital Illusions CE AB. Sebarang maklumat lanjut korang boleh dapatkanya di http://www.battlefieldheroes.com/en.

Trailer Battlefield Heroes:


SC: Seronok juga SC main permainan ni, korang apa tunggu lagi muat turun dan mainlah sekarang.

No comments:

Post a Comment