Followers

Showing posts with label Gambar Lucu. Show all posts
Showing posts with label Gambar Lucu. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Kereta Kucing

KERETA merupakan kenderaan yang menjadi keperluan pada masa kini, hari ini topik SC ada kena mengena dengan kereta yang merupakan aset yang terpenting buat mereka yang bernama manusia sejak akhir-akhir ini. Cuma hari ini SC memilih sebuah kereta yang begitu unik rekabentuknya.

Ternyata memang unik sekali gambar kereta yang ingin SC kongsikan kepada semua pada hari ini. Sesuailah dengan tajuk artikel SC hari ini yang berbunyi "Kereta Kucing" rekabentuk kereta yang SC maksudkan itu berbentuk seperti kucing.

Malang sekali SC tidak mendapat maklumat mengenai jenama, model dan tahun keluaran kereta tersebut kerana gambar tersebut SC dapat tanpa maklumat yang cukup diterangkan spesifikasinya secara detail . Namun tidak mengapa gambar yang ada ini sudah memadai untuk dikongsi dengan korang daripada tidak dikongsikan langsung. 

Cantik juga lah kereta ini sekali pandang, SC pun hairan macamana tuan punya kereta timbul idea nak ubahsuai keretanya sehinggakan menjadikan keretanya berbentuk seperti kucing. Entah berapa riban duit yang dihabiskan oleh tuan punya kereta untuk menghasilkan kereta bereka bentuk kucing. 

SC menjangkakan kos pengubahsuaian kereta tersebut mungkin sampai beriban-riban ringgit. Alah bagi mat-mat kereta ni bukanya sayang sangat duit riban-riban melayang apa yang penting biar hati mereka puas barulah terasa nikmatnya mempunyai sebuah kenderaan bernama kereta ini. 

Bagi tidak membuang masa tatapilah gambar Kereta Kucing sepertimana yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah ini:

Kereta Kucing

SC: Korang nak ubahsuai kereta korang dalam rekabentuk apa pula?

Friday, January 20, 2012

Apabila Tupai Jadi Kaki Judi




SALAM hormat SC ucapkan kepada semua terutamanya pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini, mungkin sudah berjuta kali dah SC ucapkan terima kasih kepada pembaca setia itulah tandanya SC menghargai sumbangan semua pembaca setia di dalam memberikan semangat kepada SC untuk terus mempertahankan blog ini untuk tatapan semua pembaca.

Lama juga SC tidak mengemaskini blog SC ini, bukan kerana SC tidak mahu mengemaskini tetapi masa tidak mengizinkan kerana terlalu banyak tugas yang SC perlu selesaikan. Harap maaf semua pembaca setia. Bagi mengubat kerinduan pembaca setia dengan blog SC ini kali ini SC akan berkongsi satu gambar yang menarik mungkin juga melucukan.

Tajuk gambar ini SC namakanya dengan nama "Apabila Tupai Jadi Kaki Judi" so jangan ingat manusia je pandai berjudi, dan kaki judi ini wujud hanya di kalangan manusia. Siapa tahu tupai sekarang ni pun dah pandai berjudi sepertimana yang digambarkan di dalam gambar yang akan SC kongsikan ini.

Walaubagaimanapun ingin SC tegaskan di sini bahawa sebarang bentuk perjudian adalah diharamkan di dalam Islam, oleh yang demikian janganlah ada di antara kita yang beragama Islam ini menceburkan diri di dalam bidang perjudian. Gambar yang SC nak kongsi ini hanyalah sekadar hiburan dan bukanya untuk menggalakkan perjudian. Jadi Fikir-fikirkanlah.
Smiley face

SC: Hebat tupai zaman sekarang ni yer....

Friday, November 25, 2011

Jangan Lihat Ke Dalam Lubang Ini

VIDEO LAWAK menjadi pilihan SC pada kali ini untuk dikongsikan bersama semua pembaca setia malah pembaca baru blog SembangCerita. Mungkin video ini boleh dijadikan hiburan buat korang semua di kala rasa bosan menjelma....ceeeewaah ayat berbunga-bunga tu.

SC rasa mungkin lawak lah jugak video ini, jadi di kesempatan ini SC ingin  kongsikan video lawak yang bertajuk Jangan Lihat Ke Dalam Lubang ini. Tajuknya bunyi macam menarik kan, malah mungkin ada yang akan salah tafsir tajuk video lawak ini.

Cuba tonton video di bawah ini, sudah diletak tanda amaran di kotak tersebut Jangan Lihat Ke Dalam Lubang ini, tetapi ada insan yang degil tetap melanggar amaran tersebut dengan melihat di dalam lubang tersebut. Hasilnya dia mendapat balasan daripada tindakan mereka sendiri. Tu lah orang dah larang tapi yang ko tetap degil nak lihat kat dalam lubang tu kenapa.



Daripada video di atas kita dapat lihat yang sudah menjadi lumrah manusia melakukan apa yang dilarang. Teringat pula SC dengan kata orang putih tu yang berbunyi "Trying an Error". Itulah nak lihat sangat apa yang dilarang tengok kan dah dapat malu.....

SC: Hairan juga SC sudah diletak amaran di situ jangan lihat ke dalam lubang ini tetap dia tu tetap lihat ke dalam lubang itu. Itulah degil sangat kan dapat penyakit....moral of the stories: jangan melakukan apa yang dilarang....

Sunday, September 4, 2011

Ini baru betul mat rempit

INI baru betl mat rempit menjad tajuk artikel SC pada kali ini, kali ini SC ingin berkongsi dengan korang semua sebuah gambar lawak yang lagi melucukan untuk hiburan kita semua sebagai manusia biasa yang sememangnya dahagakan hiburan.

Terlebih dahulu SC ingin tegaskan di sini, gambar ini bukan bertujuan untuk menghina sesiapa tetapi ianya hanya sekadar hiburan semata-mata tidak lebih daripada itu. Kata orang sekeping gambar seribu makna, oleh yang demikian carilah 1000 makna yang ada pada gambar ini.

SC ni asyik pula berceloteh sampait terlupa pulak nak tunjukkan gambar tu kat korang semua. Gambar tu korang tengoklah kat bawah ni:

Ini baru rempit

Inilah baru dikatakan rempit, Korang yang dok sibuk-sibuk merempit tu, kalau nak merempit biarlah boleh macam dalam gambar ni kalau setakat dengan motor kategori sama tu lupakan aje lah.

SC: Di mana ada kemahuan di situ ada highway....

Saturday, March 5, 2011

Muatan Melebihi Had Dibenarkan

HARI INI SC ingin berkongsi dengan anda semua yang budiman satu gambar yang mungkin melucukan, kata orang sekeping gambar memberi seribu makna, jadi tak tahulah gambar ini memberi berapa juta makna, apa yang penting gambar ini melucukan.

Tajuk gambar ini ialah Muatan Melebihi had yang dibenarkan. Kalau di Malaysia sudah kena saman tak dengan Polis dengan JPJ pun boleh kena saman sini. So Don't try this at Malaysia ok. Hehe syok juga sesekali SC speaking ni. Biarpun English tunggang-langgang tetapi lebih baik mencuba daripada tidak mencuba kan.

Kat bawah nilah gambar yang SC maksudkan:
Angry face


SC: Semoga anda semua tertawa dengan gambar lucu ini di lain hari SC akan berikan gambar yang lain pula.

Wednesday, January 12, 2011

Apabila Kambing Dipikul Manusia

HARI INI SC nak berkongsi dengan semua pembaca setia blog Sembang Cerita satu gambar yang cantik, menarik, tertarik dan sungguh lawak sekali khas untuk tatapan pembaca setia blog Sembang Cerita sebagai tanda penghargaan, siapalah blog Sembang Cerita tanpa pembaca setia.

Bagi membuat semua pembaca tertawa hari ini SC memilih untuk berkongsi gambar yang mungkin melucukan dan juga mungkin melawakkan. Bersama-samalah kita ketawa denganya. Hidup ini tak bermakna tanpa riang gembira.

Gambar yang dimaksudkan ialah sepertimana di bawah ini:

Apabila Kambing Digalas Manusia

SC: Semoga anda terhibur dengan gambar ini, hehe, kalau korang nak guna ambik je lah tak ada siapa yang nak marah.........